3 July 2014

Percutian - Bali 2014 *Tips 6 #Beach

Hai uolls..

Wah, rupanya banyak juga entry pasal Bali yang dah iolls buat. Pejam celik pejam celik tak pejam-pejam dah masuk tips yang ke-6. So consider banyak lah kan bagi blogger yang malas macam iolls ni. Hoccay, kali ini iolls nak bercerita pasal pasir pantai di Bali.


Hari ke-4 di Bali, iolls decided untuk berjalan di pantai. Maklumlah ramai yang cakap pantai Bali ni cantik-cantik. Jadi jom habiskan masa satu hari untuk ke pantai. Weolls jalan-jalan je kat pantai ni tapi tak ada hati pon nak mandi sebab weolls tak nak kena sunburn plus memang weolls tak ada plan pon nak mandi-mandi di tepi pantai pada hari ke-4 ni.

Weolls keluar dari hotel lebih kurang pukul 9 pagi. Sampai sahaja kat sepeda, dengan bangganya weolls pon pasanglah waze dan click search ke Dreamland beach. Jarak antara Hotel weolls di Kuta dan Dreamland beach tak jauh. Lebih kurang 45 minit lah kalau tak macet sesak. Nak masuk pantai dreamland ini kena bayar untuk parking motor. Iolls tak berapa ingat harga yang iolls bayar tapi tak ada lah mahal mana pon. Bayar je lah kan sebab kalau tak bayar tak dapat masuk. Masuk toilet pon kena bayar wehhh...

Lepas parking weolls pon berjalan la menuju ke pantai tapi on the way nak ke pantai tu ada la gerai-gerai yang jual ole-ole. Ada hat, ada bikini selipar, shawl, dan macam-macam la. Tapi iolls tak tanya harga pon sebab iolls malas nak kena kejar plus iolls tak ada niat pon nak membeli seba iolls tahu harga dia pasti cekik darah punya. Iolls hanya beli jagung bakar dan eskim strawberry sahaja.. Jagung bakar dia pon enak. Boleh lah buat alas perut.

Tiba je kak kawasan pantai iolls macam shock!! wow, SubhanAllah cantik sungguh ciptaan Mu ya Allah. Memang tak di nafikan yang pantai di Bali sangat cantik. Dengan keadaan pasir pantai yang putih dan air laut yang biru kehijauan serta bersih memang tak rugi lah weolls mengharungi jalan raya di Bali ini. Ombak dia pulak agak besar dan sesuai untuk surfing.

*DSLR

*DSLR

*DSLR

*DSLR

*DSLR
*SJ4000
Hoccay, dah habis bergambar sakan, weolls pon move ke pantai seterusnya which is Padang-padang beach. Jarak antara Dreamland Beach dengan Padang-padang beach tak lah jauh mana pon. Lebih kurang 20 minit. Pantai ni agak thrill sebab kena turun anak tangga ala-ala gua. Turun itu memang lah best tapi bab nak naik balik tu tiba-tiba jadi malas sebab penat kan. Hihihi..

Sampai sahaja di pasir pantai padang-padang, tengok lah mamat ni ambil gambar apa? Itu daun sembahyang yang di letak oleh kaum hindu di Bali. Di mana-mana sahaja di area Bali pasti ada benda alah ni. Setiap pintu rumah, pintu hotel, pintu kedai dan segala jenis pintu ada benda alah ni. iolls pon tak tahu lah nak describe benda alah ni. Tapi memang benda ini ada di merata-rata lah di Bali ni. 

focus *SJ4000
Padang-padang beach ni pon ramai jugak omputih yang dok berjemur. Al-maklumlah omputih ni kalau tau berjemur memang tak sah. Bukan macam kita ni. Kita ni orang Malaysia memang takut sikit dengan cahaya matahari kan. Konon-konon puteri lilin lah padahal kulit tu memang dah jenis yang sawo matang. 

omputih ni relax je berjemur. *Nikon DSLR

gambar sendiri mesti ada *Nikon DSLR






Lihatlah gambar-gambar di atas. Ini lah Padang-padang beach. Beach yang cantik dengan pasir putih. Ombak pantai yang seuai untuk bawa anak-anak kecil mandi. Tp kena pejam mata sikit lah sebab ramai sangat yang berjemur dengan pakaian yang tidak berapa cukup kain. Tapi nama pon Bali kan, apa ada hal. 

Lepas ke Padang-padang beach, weolls malas dah nak berjalan dan di sebabkan perut weolls ni meanggil-manggil untuk di isi, weolls pon decide untuk jalan-jalan cari makan. 

Next entry iolls akan cerita pasal trip ke Uluwatu pula. Iolls harap uolls dapat lah cuci mata sikit dengan gambar-gambar yang iolls sajikan ini. Maaf lah kalau uolls rasa iolls ni macam over plak bergambar ala-ala model tak bertauliah. Iolls ni bukanlah fotogenik tapi lebih kepada FOTOGEDIK.. hihi.. 

see u back soon. 


Terima Kasih Sudi Singgah

2 si baik hati :

  1. serius sgt cantik dekt bali.. bilalah dpt menjejakkan kaki ke sana nie.. haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @azrin rahim memang cantik sangat kat bali ni. Best lah. Worth to go.

      Delete