31 March 2011

sendawa

hallo..




hai korang-korang..
aku nak tanya.. korang ni pernah sendawa tak? haa.. tolong jangan nak menipu ok.. tak kan seumur hidup tak pernah sendawa kan?



Terima Kasih Sudi Singgah

Tanjung Piai, Johor..

nothing to say...
just reflection of light maybe...


Terima Kasih Sudi Singgah

29 March 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta- Ayushita


Terima Kasih Sudi Singgah

28 March 2011

Dinner at Tanjung Piai Resort


Tanjung piai Resort terletak di penghujung benua asia.. wahh.. ayat nak gempak je.. tapi memang betul ok.. memang betul pon Tanjung Piai ni terletaak kat penghujung benua asia.. kalau korang tak nak percaya, pergi la google sendiri ok.
Ok.. ok.. jangan nak gado-gado kat sini.. so baca aja kalau nak baca.. kalau x nak x pe la, aku tak paksa
Sabtu yang lepas bersamaan 26 March 2011, aku dengan course mate aku (Pija, Diba and Calista) gi dinner sampai kat tanjung piai resort ni.. gila jauh semata-mata nak cari makan. Kitorang gerak dari UTM skudai dlm jam 6.45 petang.. kelewatan amat dikesali.. hihi
Sampai je dekat pontian, kami singgah kat giant dulu.. macam la kat skudai x de giant kan saje je pon gi giant kat sini.. saja nak jejalan.. bagi kami landscape student ni, bukan selalu dapat melalui hari yang  bahagia macam ni.. suusah tau nak dapat hari yang bahagia.. maksud aku hari bahagia itu adalah hari yang free.. padahal x de la free pon
Ok.. dekat giant aku dengan pija tak de nak beli apa-apa pon, Cuma calista dengan Diba je yang beli barang. Aku Cuma beli waffle je.. waffle peanut + chocolate.. perghh.. sedap.. favorite aku ni.. Haaa.. time nak bayar waffle ni aku nak cerita sikit.. nak cerita dengan bangga.. perghh.. ayat nak bangga.. perasan.. cet!! Korang nak tahu tak, adik yang buat waffle tu boleh cakap macam ni tau.. sila baca betul-betul.. 
‘Akak ni cantik la’..
perghhh.. kembang siot.. ishh.. jgn macam tu reen.. bawak-bawak bersabar.. bersyukur dengan apa yang dah di beri oleh-Nya.. jadi aku pon balas la cam ni..  (^_^) terima kasih adik.. smbil tersenyum lebar.. hihi.. perasan siot.. uwelkkk.. muntah hijau..
Ok.. lepas pergi giant, singgah kat Watson dengan cosway.. pas tu baru la direct pergi ke tempat yang di tuju…  dalam jam 9 malam baru la kami semua ni sampai kat tanjung Piai resort.. huh.. lega.. perut pond ah bunyi-bunyi minta di isi.. al-maklum lah.. dari pagi tak di isi… hanya di isi dengan air suam sahaja.. huhu..
Ok.. ni la gambar-gambar kami dekat Tanjung Piai Resort.. just check it out yeah bebeh..

makan ketam.. ermm.. sedap nye...

Diba and Calista.. senyuman mu menggoda.. phew.. haha

pija shafiee.. senyum bebeh..

eh.. habis siot... di cekik oleh 4 orang anak dara UTM




 Ok.. lepas habis makan kitorang pon blah la apa lagi kan??
Choww….

Terima Kasih Sudi Singgah

26 March 2011

Bila perempuan......


Bila perempuan bawak kereta slow
Lelaki: ini lah perempuan. Bawak kereta Lembab macam siput..

Bila Perempuan bawak kereta laju
Lelaki : Ini lah perempuan.. bawak kereta macam tak tahu undang-undang

Bila perempuan bawak kereta macam pelesit
Lelaki : ini lah perempuan. Bawak kereta macam tak reti bawak kereta.. ingat jalan ni mak bapak diorang yang punya.

Bila lelaki bagi salam kat perempuan dan perempuan menjawab salam
Lelaki : wah.. Ade chance ni. Gatal gak pompuan ni

Bila lelaki bagi salam dan perempuan tidak menjawab
Lelaki : Sombong btol la pompuan ni.. Die ingat die cantik sangat kot

Hishh.. semua salah perempuan ke? So lelaki tu tak ada kesalahan la eh?
Aiyooooo… unfair btol la..

Terima Kasih Sudi Singgah

25 March 2011

Taman Layang-Layang Kepong Metropolitan

Taman Metropolitan Kepong.
kepada sesiapa yang duduk dekat area sini, kalau x singgah kat Taman Metropolitan ni memang boleh di kira ketinggalan kot.. tapi tak tahu la pulak kalau ade orang yang tak suka ke tempat yang cantik macam ini.
Taman metropolitan Kepong ini merupakan taman buatan dan mempunyai satu kawasan yang sangat besar untuk bermain layang-layang. al-maklum lah, orang-orang kl kan tak cukup tanah nak main layang-layang. Kat Taman Metropolitan ini juga terdapat tasik buatan yang cantik dan besar. aku selalu pegi jogging kat sini.. konon nak kurus..

kalau korang lalu petang-petang dekat MRR2, mesti korang akan nampak UFO pelbagai rupa terbang melayang-layang di udara macam gambar kat bawah ni..

pelbagai jenis layang-layang
 kat Taman Metropolitan ini juga terdapat kawasan taman permainan bagi kanak-kanak. kalau orang dewasa nak main pon boleh KOT. jgn sesekali menjadi kanak-kanak ok .. tapi sebenarnye kemudahan taman permainan ini khas untuk  kanak-kanak sahaja la.. jgn buat  malu ok..

taman permainan kanak-kanak

masa aku pergi kat Taman Metropolitan ini, aku tak sangka sangat-sangat yang aku dapat mengambil gambar rainbow... PELANGI.. bukan satu pelangi tau.. tapi dua pelangi dalam satu masa..
ini lah yang di namakan kejadiaan-Nya.. sangat-sangat aku tak sangka.. KUN FAYAKUN.. apa sahaja yang dikehendaki-Nya akan berlaku.. lihat betul-betul dua gambar di bawah ini ok..

pelangi petang


dua pelangi yang kelihatan jelas..
nampak kan? cantikkan pelangi tu.. kalau korang perasan, di sebelah kanan pelangi, awan kelihatan cerah tapi di sebelah kiri.. awan kelihatan gelap.. semua ini berlaku dengan kehendak-Nya..
P/S: gambar ini tidak di edit ok..

n gambar kat bawah ni pulak adalah gambar matahari terbenam yang di ambil di Taman Metropolitan Kepong.. sangat cantik.. walaupun aku ni hanyalah jurucamera yang sangat amatur.. tapi aku suka dengan hasil tangan aku sendiri.. credit to me.. perasan gile

pancaran matahari yang memukau

ok.. itu sahaja.. sambung kejap lagi kalau aku rajin nak sambung..
Terima Kasih Sudi Singgah

pendendam

dendam.. korang tau tak apa itu pengertian bagi dendam?
ok.. aku ada info sedikit la tentang dendam yang ingin di kongsikan bersama

dendam.. dendam ialah perasaan yang ada dalam diri seseorang seperti merasa berat hati terhadap seseorang yang lain seperti membenci, perasaan yang ingin menjauhkan diri dari seseorang yang di benci.. lari-lari, dan sifat itu akan kekal bersemadi di dalam hati orang itu jika tidak di buang. pergi buang dalam tong sampah cepat.. selalunya perasaan dendam ini akan hilang bila dapat di balas semula.

keburukan dendam.

terdapat banyak keburukan yang akan terjadi daripada sifat dendam kesumat yang muncul ini.dan salah satu daripadanya ialah:

perasaan hasad dengki  (PhD)

rasa dengki yang kadang kala boleh membawa kepada pembunuhan sesama manusia.. tapi kadang-kadang manusia ni ada juga yang berdendam dengan haiwan kan? pendengki bukan sahaja akan menyimpan perasaan hasad dengki dalam diri, malah ia akan merasa sangat senang sekali apabila orang yang didengkinya itu di timpa sesuatu kecelakaan atau bencana. puas hati aku.. hahaha

sebenarnye kan.. dengki ngan dendam tu tak elok tuk kesihatan dan keselamatan.
utamakan keselamatan, jauhi dendam dan iri hati..
mula merepek
Terima Kasih Sudi Singgah

24 March 2011

sedili besar

venue : sedili besar kota tinggi..
such a nice place to go.. even though it have nothing but it have a nice scenery. nice place to get a nice photo-shoot.. 
mengaharapkan diri ini untuk kembali ke sana semula untuk menghayati keindahan alam. selain itu, ia juga merupakan satu tempat yang mempunyai gaya hidup nelayan yang tidak mungkin di jumpai di Kuala Lumpur tempat lahir ku.. huh.. bandar yang tidak mempunyai nature resources. haiyooo

Terima Kasih Sudi Singgah

desaru

malam nan indah disinari cahaya bulan.. 
venue : desaru

aku suka sangat dengan suasana pada malam itu.. 
malam di sinari cahaya bulan
malam yang penuh dengan keterangan


Terima Kasih Sudi Singgah

23 March 2011

dadali - di saat aku mencintaimu



mengapa kau pergi
mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu 
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidup ku

menyendiri lagi
menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hari ku
di saat aku terbangun dari tidurku...

aku inginkan dirimu
datang dan temui aku
kan ku katakan padamu 
aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu 
datang dan temui aku
kan  ku katakan padamu
aku sangat mencinta...

menyendiri lagi
menyendiri lagi
disaat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi diriku
disaat aku terbangun dari tidurku...

aku ingin kan dirimu
datang dan temui aku
kan ku katakan pada mu 
aku sangat mencintai dirimu...

aku ingin kan dirimu
datang dan temui aku
dan ku katakan padamu
aku sangat mencinta

***semoga engkau kan mengerti***
***tentang perasaan ini***
***maaf ku telah terbuai***
***akan indahnya cinta***
***maaf sungguh ku tak bisa***
***untuk kembali padamu***
***maaf ku telah terbuai ***
***akan indah nya cinta***

aku inginkan dirimu
datang dan temui aku
kan ku katakan padamu
aku sangat mencinta
aku inginkan dirimu
datang dan temui aku
kan ku katakan padamu
aku sangat mencinta........
Terima Kasih Sudi Singgah

Amalan SIHAT yang SALAH


Sihat.. semua orang nak sihat kan? Ada ke orang yang tak nak sihat? Kalau ada, meh habaq kat aku.. biar aku tampaq laju-laju.. Confirm tros tak sihat.. 
 MySpace
Dalam pada semua orang nak sihat…. Tapi korang tahu tak, tidak semua amalan sihat yang kita cuba lakukan selama ini merupakan amalan yang dilakukan dengan cara yang tepat. Terdapat beberapa amalan sihat yang sering di amalkan didapati salah dan boleh membahayakan kesihatan kita.. (eh, betol ke?) ha.. nape? korang tak nak caya eh? Heii… aku dapat info ni dari majalah wanita tau tak? Tak kan la tak betol kan? Anyway, cub abaca dulu.. baru la korang tau betol ke tak ape yang aku nak merepekkan ni.
1.       Menghindari matahari


-hei.. kenapa korang nak lari dari matahari tu yea?
Sebenarnyekan, korang pon mesti tahu kan yang tubuh badan kita ni memerlukan Vitamin D untuk membuat tulang agar tetap sihat dan mencegah penyakit dengan meningkatkan system kekebalan tubuh kita. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapatkan vitamin D untuk tubuh badan kita adalah melalui pendedahan terhadap cahaya matahari (tapi tak de la aku nak suruh korang berjemur masa matahari kat atas kepala)
Jadi, korang tak yah la takut dengan cahaya matahari. Seelok-eloknya cuba dapatkan paparan matahari sebelum jam 10 pagi ok.. so jangan lah korang nak cakap yang korang tu puteri lilin tak boleh kene cahaya ok.. hihihi -->kene kat diri sendiri (konon puteri lilin) podahh
 

2.       Menggunakan sabun antibakteria

Sekarang ni senang je nak dapat sabun antibakteria ni kan? Pergi saja dekat mana-mana farmasi, Watson, Guardian, shopping kompleks, hatta kedai runcit sekalipon, mesti ada sabun anti bacteria ini kan? (tak percaya korang pergi cari sendiri ok).. sabun dan gel antibakteria ini memang praktikal la untuk di bawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil, namun jangan lah terlalu taksub dengannya kerana ia sebenarnya boleh melemahkan kemampuan tubuh untuk melawan bacteria. Sebenarnya, dengan hanya mencuci tangan menggunakan air hangat (air suam) dan sabun selama 20 saat juga mampu melindungi korang badan kita dari kuman tau.. lebih murah bukan? Hihi (saving itu sangat di perlukan) hihi
3.       Bergantung pada hawa dingin atau lebih di kenali sebagai air-cond.


Sapa yang tak suka duduk dalam air-cond betul tak? Mesti korang semua sama macam aku.. suka duduk kat dalam air-cond.. sejuk, nyaman.. tapi sebenarnya tak elok tau kalau duduk lama sangat kat dalam persekitaran yang menggunakan air-cond. Ini kerana ruang yang menggunakan air-cond mengandungi bacteria dan kuman dan pastinya mengandungi semua jenis partikel debu.
Oleh itu, setiap beberapa jam, cubalah matikan air-cond tu dan bukak tingkap untuk menikmati udara segar.. udara buatan Allah lebih bermakna.  (jadi, budak-budak studio aku tu, silalah tutup air-cond.. aku boleh beku dok kat air-cond tu tau) aiyooo

4.       Olahraga berlebihan

Korang ni suka tak bersukan? Kalau korang Tanya aku, memang aku jawab aku sangat suka untuk bersukan.. percaya tak? Percaya lah beb.. hihi
Bersukan ni penting untuk tubuh badan. Ianya bukan sahaja boleh mengembalikan tenaga kita, selain itu, dengan bersukan, kita boleh kurus.. yea.. aku ulangi.. KURUS.. aku sangat suka kurus.. sebab aku ni GEMOK.. huhu.. mengaku gemok seyh.. cet..
Namun…. Sebenarnya, tubuh badan dan fikiran kita ni tidak memerlukan lebih dari 3-4 kali latihan kardio selama 30 hingga 40 minit seminggu. Ini bermakna, kita tak perlulah nak buat olahraga yang berat-berat dan boleh memudaratkan tubuh badan kita ni. Cukuplah sekadar dilakukan olahraga versi santai, ringan, dan menyenangkan seperti berenang, main tenis, golf ataupun aerobic..
Sumber: mingguan wanita

Terima Kasih Sudi Singgah

21 March 2011

gunung panti

Gunung Panti adalah setinggi lebih kurang 1684 kaki dari paras laut dan ianya terletak di kota tinggi. Gunung panti boleh di daki dari dua laluan yang berlainan dan salah satu dari laluan yang di gunakan adalah laluan dari Jalan Kota Tinggi- Air terjun Kota Tinggi. Trek pendakian di laluan ini agak terang dan juga lebar, agak landai di satu dua tempat namun terdapat juga trek gak agak mencabar. Kira-kira dua rantai atau kira-kira 100 meter sebelum sampai ke puncak Gunung Panti, pendaki perlu memanjat kawasan batu yang mempunyai kecuraman hampir 90 darjah.

ok.. sekarang aku nak cerita pulak kisah pendakian kami anak-anak UTM menawan ke puncak gunung.. aku rasa, dengan hanya 1 gambar, ianya boleh memberikan 1001 makna.. jadi....

*****
****
***
**
*
**
***
****
******
****
***
**
*
cik nana dan jann sinuja

adik-adik.. jalan elok-elok ok.. jatuh bangun sendiri ok

melihat batu tuk di daki

panjat yea kak

batu yang 90 darjah

sempat lagi ko pandang camera yea zaim oi

senyuman bahagia dapat daki ke puncak eh?

jann sinuja

zaim azman.

at last ada jugak orang nak amek gambar aku..

yea.. kami pelajar landscape architect berjaya menawan lagi satu gunung

smile

lompatan yang berjaya

siap sedia untuk turun

kika apple smile

so ini sahaja gambar yang ingin dikongsi for u guys.. so, kalau nak daki, boleh lah daki gunung panti ni especially for beginner just like us ni.
Terima Kasih Sudi Singgah

19 March 2011

walau hanya dengan sepotong ayat..


Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?"
Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

...Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"
Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?" Jawab Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?"

Jawab Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?"
Jawab Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu"

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan"

Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang"
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT :

"Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku".

Maka kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah "Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

Rasulullah s. a. w. Bersabda :
"Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"

Terima Kasih Sudi Singgah

18 March 2011

mengapa WANITA sangat istimewa?

aku ada terbaca satu entry dari link seorang hantu.. ops.. seorang hantu yea?? yea.. seorang hantu.. bila baca entry tu, sangat menusuk ke kalbu.. dan sesungguhnya aku sangat bersetuju dengan entry yang di tulis oleh hantu ni... entry tu bertajuk seperti tajuk entry aku kali ini mengapa wanita sangat istimewa?



cerita nya macam ni:


                                                                         


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...


ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...



Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."



                                                  


masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..



bukak almari...emmm. ..pakai baju hjau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok  settle.. 



dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
                                                                                




ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
 ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit  ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....


So?....apa yang peliknya..?



Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...



Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better.. foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lag

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...



Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.

kredit to pencipta asal.

n credit to hantu

Terima Kasih Sudi Singgah

15 March 2011

ya Allah.. selamatkan mereka di Yaman.

Assalamualaikum.

Seramai lebih kurang 450 orang para pelajar dari Malaysia yang menuntut di Yaman dikatakan tersepit dan menghadapi kesukaran akibat daripada peningkatan kes pertempuran antara tentera dengan pembangkang dan sehingga hari ini, lebih kurang 30 orang telah terbunuh akibat pertempuran yang berlaku.

Menurut presiden persatuan pelajar islam Malaysia di Yaman, Mohd Iqbal Abu Aziz, keadaan di sana semakin sukar kerana pertempuran berlaku hampir setiap hari.

Keadaan di Yaman dikatakan semakin buruk berikutan rakyat di sana bebas membawa senjata ketika menyertai demonstrasi. Meraka dikatakan telah merampas senjata dari balai polis dan pada masa ini, bukan lah polis yang menjaga keamanan negara, tetapi ianya telah di galas oleh para tentera negara Yaman itu sendiri.

Menurut sumber dari Berita ABNA, demonstrasi berlaku kerana rakyat ingin menuntut pembubaran pemerintahan Abdullah Shaleh. Ribuan rakyat tempatan Yaman yang menyertai demonstrasi menginginkan adanya perubahan dalam kerajaan.



salah seorang penunjuk perasaan
keadaan kacau bilau







ya Allah.. Kau selamatkan lah mereka di sana.. sama-sama lah kita doakan anak Malaysia kembali pulang dengan selamat..

bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia..

sumber:
berita harian

warta berita
Terima Kasih Sudi Singgah

14 March 2011

i'm sorry good bye

Sebelum bertemu denganmu
Diriku bahagia

Semenjak bertemu denganmu
Ku makin bahagia

Semakin lama aku
Semakin tahu tentang engkau

Sedikit kecewa
Ternyata engkau tak baik

Pertama tama semua manis
Yang engkau berikan
Membuat aku merasakan
Cinta sebenarnya

Semakin hari
Semakin terungkap

Yang sesungguhnya

Kumakin kecewa

Ternyata kau penuh dusta

Maafkan ku harus pergi
Ku tak suka dengan ini

Aku tak bodoh

Seperti kekasihmu yang lain

Terima kasih oh Tuhan
Tunjukkan siapa dia

Maaf kita putus

So thank you so much

i'm sorry good bye

seribu cara kau membuat
ku dengan puitis

maybe kau lupa
bahawa aku juga manusia

yang punya mata, telinga hati dan perasaan
maaf aku pergi
dan tak kan untuk mu lagi..

maafkan ku harus pergi
ku tak suka dengan ini

aku tak bodoh
seperti kekasihmu yang lain

terima kasih tuhan
tunjukkan siapa dia

maaf kita putus

so thank you so much

i'm sorry good bye

by: krisdayanti


Terima Kasih Sudi Singgah

8 March 2011

tanjung buai

-->
Holla

Hello

Hallu

Selalunye kawasan cantik mesti dikaitkan dengan pulau atau pantai atau laut kan? Tu sume kawasan pemandangan yang cantik-cantik la.. contoh pulau yang cantik yang aku sendiri pernah pergi ialah pulau perhentian. Pulau perhentian ni memang cantik.. dengan coral atau terumbu nya yang masih asli dah masih di jaga rapi.. selain terumbu nya yang cantik, ikan-ikan kat pulau perhentian ni pon sangat ‘peramah’ dan comel-comel belaka.. (dah mula merepek).. hihi..  kalau korang ni jenis yang suka pergi scuba mesti korang tersangat suka pergi kat pulau perhentian ni kan? Ni salah satu je.. tapi kat Malaysia ni kan banyak lagi pulau-pulau yang cantik.. aku suke pergi pulau tapi aku tak tau nak pergi pulau mane lagi dah.. hihi..

What ever lah..

Sekarang ni aku nak tunjuk pulak kawasan yang cantik di mata aku sendiri.. kawasan ni dekat daerah kota tinggi.. tanjung buai name nye.. kawasan tanjung buai ni still under preservation.. masih di jaga,.. tak banyak development yang ada.. Cuma rumah-rumah kampong je..

Jalan nak masuk tanjung buai ni tak de apa-apa.. kalau korang tak tahu kawasan ni sebagaimana aku ni tak tahu, for sure korang tak expect ada kawasan yang cantik.. korang tak caye eh?? Tak pe.. meh la aku buktikan..

***

**

*

**

***



 

Haa.. see.. korang tengok sendiri.. cantik kan? Ishh.. cakap la cantik.. pleaseee… hehe
Kawasan tanjung buai ni actually merupakan one of the tourism spot.. kalau hari minggu ramai la yang datang kat sini nak memancing.. kat tanjung buai ni ade jojo rakit yang boleh di sewa.. tapi aku tak de lah nak tahu sangat pasal jojo rakit ni..

Ok.. dari pandangan korang semua, korang rasa tanjung buai ni laut ke sungai??
Teka
Teka
Teka…
Sebenarnya ni kawasan sungai.. sungai johor.. yea..  ini adalah sungai johor.. ingin aku tekankan lagi bahawa tanjung buai ni sebahagian dari SUNGAI JOHOR ok..
So??
Ade rasa nak pergi sana tak?? Hehe..




 p/s : gambar tidak di edit tau..

Terima Kasih Sudi Singgah