hai korang-korang..
aku nak tanya.. korang ni pernah sendawa tak? haa.. tolong jangan nak menipu ok.. tak kan seumur hidup tak pernah sendawa kan?
ok.. Kebiasaannya sendawa ni berlaku lepas makan. tapi cuba korang bayangkan jika korang selalu sangat sendawa.. mesti terasa pelik.. betul tak? bukan korang je yang akan pelik tapi orang keliling pon mesti pelik jugak tau.
Ada yang cakap sendawa ni lebih kurang macam kentut.. sendawa ni kita akan anggap keadaan itu sebagai angin. Angin yang ada dalam perut.. yang tersimpan dan bersemadi dalam perut tu..
Namun, apa yang pasti, apabila kita terdengar seseorang sendawa atau kentut, mengadu kembung perut atau berasa tidak selesa pada bahagian perut, secara umum, kita anggap keadaan itu sebagai angin.
Bagaimanapun, jangan sekali-kali memandang ringan jika anda sering mengalami sendawa dan sebaik-baiknya dapatkan pemeriksaan lanjutan untuk mengetahui punca sebenar sendawa, apatah lagi jika anda mengalami keadaan itu bertahun-tahun lamanya.
Perunding bedah di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Zain al-Rashid Mohd Nor, berkata punca sendawa boleh dibahagi kepada dua faktor utama iaitu organik dan penyebab luaran atau functional.
Beliau berkata, faktor organik dikaitkan kepada sesuatu penyakit yang berpunca daripada struktur di dalam gastro usus yang membabitkan penyakit dan kanser tertentu.
Katanya, faktor penyebab luaran membabitkan sebab-sebab psikologi seperti tekanan, kemurungan, perasaan cemas, pengambilan ubat-ubatan penahan sakit dan menahan pengeluaran angin.
Selain itu, katanya, perubahan hormon, gangguan kitaran haid, masalah personaliti, tekanan dalam kehidupan juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap sendawa.
Beberapa faktor lain yang turut menyebabkan sendawa ialah apabila seseorang itu terlalu sensitif apabila dipegang, yang mana angin akan tertolak keluar apabila badan individu itu disentuh.
Bagaimanapun, katanya, amat penting bagi setiap orang untuk mengenal pasti punca sendawa terlebih dulu. Ini kerana, katanya, salah satu petanda seseorang itu berpenyakit kanser dan menghidap penyakit tertentu ialah apabila mereka kerap sendawa dalam tempoh yang lama, iaitu sehingga tujuh tahun. Apakah penyakit yang dikaitkan dengan sendawa?
Kanser perut.
Kanser esofagus.
Peptik ulser.
Duodenal ulser.
Peningkatan tahap asid di dalam perut.
Kembung perut.
Infeksi helicobacter pylori.
Batu di dalam hempedu.
Sembelit.
Bagaimana pemeriksaan dan diagnosa dilakukan?
Doktor akan mengambil sejarah pesakit. Pesakit kemudiannya dikehendaki menjalani beberapa pemeriksaan iaitu:
Ujian darah.
Ujian air kencing.
Pemeriksaan najis.
Pemeriksaan ultra bunyi.
Ujian gastroskopi.
Kesemua ujian itu penting bagi membolehkan doktor mengenal pasti faktor yang menjadi punca kepada masalah sendawa yang sedang dialami pesakit.
Selain itu, rawatan bagi sendawa pula bergantung kepada punca sendawa. Sebagai contoh, jika ia disebabkan penyakit seperti batu di dalam hempedu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan. Bagaimanapun, jika ia disebabkan oleh masalah kembung perut, sembelit, ulser peptik atau duodenal, doktor akan memberikan pesakit ubat-ubatan.
Secara am, angin di dalam perut tidak berbahaya dan memudaratkan dan keadaan ini selalunya menyebabkan ramai orang memandang ringan keadaan itu.
jadi.. jangan pandang ringan pada gejala sendawa ni ok kawan-kawan..
tapi kawan aku sendawa boleh bagi salam.. haiyooo..
apakah??
xtau la jenis sendawa ni
ReplyDeleteKITA KAN SENDAWA TIAP KALI ADEK KITA ADA KAT SEBELAH KITA. HAHAA
ReplyDeletesendawa ni sebab banyak hangin kot...
ReplyDelete