31 May 2012

kata maaf

Kadang-kala kita tak perlukan hadiah yang lumayan untuk memberikan kemaafan kat org lain.. Hanya kata-kata maaf yang diperlukan.


Eh.. Jatuh ke maruah tu bila kita ucapkan kata maaf?? Hello boys, hello girls, x jatuh la maruah anda tu dgn kata maaf yang dikeluarkan.. Tak payah la nak jaga ego kalau hubungan silaturrahim terjejas..


Fikir-fikirkan dan selamat beramal..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

21 May 2012

Di atas satu cinta - Indah Dewi Pertiwi



Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


Terima Kasih Sudi Singgah

17 May 2012

Dugaan

"Dalam kehidupan penuh dengan kejutan dan juga dugaan"
memang tak dinafikan dalam hidup ini banyak sangan cabaran, dugaan, rintangan yang perlu kita hadapi.. we need to face it by hook or by crook.. Setiap manusia yang dicipta olehNya pasti akan diberikan ujian tidak kira kecil mahupun besar. Tipulah jika seseorang itu berkata dia tidak pernah ditimpa musibah. Seperti yang kita ketahui, setiap makhluk mempunyai masalah mereka sendiri sama ada masalah di rumah, ditempat kerja, di tempat belajar, masalah bersama kawan mahupun pasangan. Semua ini merupakan ujian dr-Nya. Dia menguji kita kerana Dia tahu apa rahsia yang tersembunyi dan pasti ada hikmah dalam setiap ujian yang menimpa.


"Hidup ini sangat indah jika kita memandang dan melihatnya dengan mata yang indah.. 
Hidup ini juga boleh jadi derita jika kita memandangnya sebagai satu penderitaan.."

jadi pilihlah dari kaca mata mana yang kita inginkan.. adakah dari keindahan atau dari penderitaan..
Anggaplah segala kejutan dan dugaan yang dihadapi dalam hidup ini sebagai satu ujian dari-Nya..
Maafkan aku jika aku pernah melakukan kesilapan dan juga kesalahan.. maafkan juga jika aku pernah melukakan..


Terima Kasih Sudi Singgah

15 May 2012

hari ibu

Kebiasaannya ramai yang Akan menyambut 13 may sebagai hari ibu.. Tapi mengapa 13 may merupakan hari ibu?? Apa yg Istimewa dengan 13 may?? Aiyooo... Cuba la selidik dulu sebelum meraikan sesuatu tu ok ..

Menurut sumber yg diperoleh.. Hari ibu sebenarnya merupakan mempunyai sejarahnya tersendiri.. Hari ibu ini dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga bagi org Greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea isitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 org2 England telah meraikan hari yang mereka namakan sebagai ''mothering sunday''. Dalam tempoh ini, sebahagian besar org2 Kristian akan berhenti dari melakukan sebarang tugas dan juga memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother mary. Mother mary ini pula merupakan Seo4ang yg dipanggil sebagai Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan mereka.

Dalam tempoh mothering sunday tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin berkerja sebagai pembantu rumah.. Menjelang hari ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu dan setiap ibu akan dihadiahkan denga Mothering cake atau kek hari ibu sempena meraikan perayaan tersebut.

Amalan dan juga tradisi ini telah menular ke seluruh dunia dan kini ianya telah disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother church ini telah dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung dan ia dapat memberikan manusia kehidupan dan juga dapat memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, penghormatan mereka terhadap ibu adalah sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja..

Namun pada tahun 1907, ada sumber yang mengatkan Anna jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari ibu. beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di grafton, West Virginia agar  meraikan Hari Ibu pada hari ulangtahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan mei dan semenjak hari itu, hari ibu telah dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Dan semenjak dari itu, sehingga kini, ramai yang telah menyambut hari ibu.

Sebenarnya, kita sebagai umat-Nya, harus menghargai ibu kita pada tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa. Setiap dari kita mempunyai cara yang berbeza dalam menunjukkan kasih sayang, tapi apa yang paling penting kita harus ingat bahawa SYURGA anak-anaknya terletak di bawah kaki IBU.. hargailah mereka setiap hari dan bukan hanya setahun sekali.. 

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

13 May 2012

Masa yang panjang



Penah tak rasa ngantuk dlm class?? Ahh.. Tipu lettew kalau u all kata u all tak penah langsung rasa ngantuk dok dalam class.. Meh sni aku ketuk kepala sorang2 sbb kecik2 da pandai menipu.. Sape ajor ni.. Dush dushh kedebush..

Cuba bayangkan kalau u all kne dok dlm class dr jam 9 pagi smpai 2 ptg.. Non stop.. Yes, i repeat.. NON STOP ok.. Ape la yg u all akan buat untuk duduk lama2?? Is it korang akan dok selama 5 jam tanpa ada perasaan Jahat dlm hati.. Aishh.. Aku nak jugak ckp yg korg ni pentipu.. Dlm sedar x sedar mst ada gak makhluk No 3 yg bertanduk dlm diri u all tu.. Am i right?? Sila tumbuk aku kalau aku tak btol.. Hihihi..

Sekarang aku dlm kelas yang mengambil masa 5 jam NON STOP ok.. Sila lah percaya cakap aku ni.. 5 jam beb dalam kelas.. Sampai la ni da tak tau nak buat ape.. Siap boleh update blog dalam kelas.. Rasa bangga dlm diri.. Miahaha.. (tembak sampai mati) sila jangan jadi macam aku sebab dah membangga diri.. Ish3.. Terok btol la perangai.. Tapi ni la salah satu fakta yang aku nak prove kan..

Haish..  kelas di hari ahad.. Memang sangat menghilangkan mood.. Percaya lah.. Eh.. Nak suruh org percaya benda yg x elok plak kan. Sila jangan tiru macam saya.. Pleasee.. Please..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

9 May 2012

bayi itu tidak bersalah

Apa kesalahan si kecil itu??

Tiada kata yang terluah tatkala melihat si kecil yang tidak bersalah diperlakukan sebegitu kejam. Ya Allah.. Tidak perberikemanusiaan sungguh manusia yang melakukan perbuatan sebegini..

Bayangkan sekiranya anak yang dikandung selama 9 bulan di dera sebegini rupa.. Apa salah dia?? Besar sangatkah salah si kecil itu??

Tiada rasa belas kasihankah si pelaku yang sanggup memukul si kecil dengan bantal.. Bukan sahaja dengan bantal, malah si kecil yang tak bersalah itu juga telah ditampar,ditendang dan dicubit tanpa ada sekelumit belas kepada si kecil.. Inikah yang dinamakan manusia yang mempunyai akal dan fikiran??

Ya Allah... Kasihanilah si kecil itu.. Menangis dia dengan perlakuan yang tidak disangka.. Si kecil itu juga tahu akan erti kesakitan.. Siapa yang tahu akan erti tangisan si kecil itu?? Apa yang difikirkan olehnya?? Merangkaklah si kecil menggagahkan diri untuk lari dari diperlakukan sedemikian, tapi di tolak oleh si pelaku seperti bola.. Seperti patung..

Inikah yang dipanggil erti kemanusiaan...

Di pukul dengan bantal.. 

di cubit sekuat hati

di sepak sesuka hati.. 

Cuba bayangkan jika kita yang telah dewasa, telah mempunyai akal yang sempurna, mempunyai hati dan perasaan ini diperlakukan sebegitu rupa.. sakit kan? jadi.. apa perasaan si kecil itu? tidak sakitkah beliau? meraung dia dengan tangisan tapi tidak di endahkan.. namun makin disakiti.. terus disakiti..






Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

6 May 2012

hari bermalas-malasan

Da masuk hari ahad.. Whaaattt??? Mcm tak percaya hari ni aku tak buat apa2.. Whattt!? Dushh dushh.. Tumbuk diri sendiri lg skali atas kemalasan yang melanda.. Yea.. Tp inilah reality yg patut diterima.. Hari ini aku telah melepakkan diri tanpan melakukan sebarang kerja yang perku disiapkan dan akhirnya, semuanya tertangguh dan bertimbun..


Yeah. Walaupun aku sendiri tau bahawa aku sgt2 banyak dan terlampau melampau banyak kerja, tp aku masih lagi mampu untuk menghupdate blog ni.. Giler la terbaikkn.. keje malas buat tp update blog rajin plak kan.. Tak senonoh punye budak.. Miahaha


Kerja yang aku telah buat untuk hari sbtu adalah... Bangun tidur lewat mcm tak ada kerja yg perlu disiapkn.. Pas tu kekuar jejalan g pesta konvo mcm kau ada masa yang panjang dan sempat untuk siapkan semua kerja.. Lepas tu berchatting macam dunia ini kau yang punya.. Hambekk kauu..


Haa.. Suke lettew sebab dpt berehat-rehat bagai.. Sok lusa kau yg terhegeh-hegeh nak siapkan thesis ko tu.. Miahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

4 May 2012

plase dont be rude

If u expect other to respect u, u need to respect other as well..

Please la.. Tolong jaga tingkah laku.. Rugi blaja tinggi-tinggi tp tak reti nak respect org lain.. Rugi beb.. Walau setinggi mana skali pon kita blaja, asas utama yg perlu ada dalam diri adalah rasa hormat.. Kalau tak de, rasanya baiklah korang g terjun bangunan (menggalakkan benda yg haram) tumbuk diri sndiri dushh dushh... Ishhh...

Ok.. Cuba korang bayangkan kalau someone rude kat korang, adakah korang akn respect them??

So fikirkan lah... Respect other before u expect other to respect u... Ok



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

2 May 2012

percubaan pertama

Yea.. This is first time aku cuba mengupdate blog guna hp.. Macam tak caya.. Woo.. Rasa macam ketinggalan zaman plk sebab slama ni baca org update di mana-mana tiap masa dan ketika.. Eh.. Ayat ko tak nak skema lagi kan.. Hihi..


Ok now kat kedai makan.. Meh la makan same2 nak tak? Blagak gile ko ni kannn..

hihi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah