Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

31 May 2013

Bertukar angin

Assalamualaikum w.b.t

Semenjak aku habis belajar rasanya tak ada sekalipun aku post pasal kerja kan? Actually benda tu tak adalah penting sangatkan, asalkan pekerjaan yang kita buat tu halal untuk di gunakan dan juga duit itu berkat di sisiNya. Chewahh.. Berceramah pulak. Tak apa, sikit je pon ceramah ni.. Untuk pembuka bicara la katakan..

Lepas aku habis belajar sekitar pertengahan tahun lepas, alhamdulillah aku terus masuk kerja dalam satu company consultant. Maknanya, aku memang kerja dalam bidang yang aku belajar selama empat tahun bersengkang mata serta berseronok di UTM dulu la. Aku kerja sebagai Landscape Architect a.k.a LA. Nama company tu biarlah menjadi rahsia antara aku dan dia.. cheewwaahh..

Aku kerja kat company ni tak ada lah lama sangat.. lebih kurang setengah tahun je.. Awal tahun 2013 aku dah hantar surat resign 24 hour atas alasan-alasan tertentu. Ex-office mate semua best. sporting. Rindu gila-gila mereka semua. Tapi aku ada sikit je gambar yang boleh dikongsi.

Ini lah semua ex-office mate aku. 

Yang tengah ambil lauk tu one of my ex-boss.

Sekarang ni aku dah bertukar angin. Aku tidak lagi bekerja dengan company consultant tapi aku bekerja dengan company contractor dan 100% bukan contractor landscape tapi contractor dalam bidang cleaning services. Walau bagaimanapun, company sekarang ini still ada buat maintenance dalam bidang landscaping, jadi aku tetap dapat praktikkan apa yang aku belajar dulu.

Aku suka sangat dengan company sekarang sebab aku tak stress menghadap design 24/7 tapi aku perlu selalu keluar menghadap client. Tapi best, sebab makan semua di tanggung beres.. ngeh ngeh ngeh (gelak jahat) 

**Kalau korang nak cari company untuk cleaning services boleh la direct contact aku kat ddzureen@yahoo.com. 


Terima Kasih Sudi Singgah

27 May 2011

. 10 things that i hate

hurmm.. sorry.. iolls lame gile tak update blog kesayangan ZZ ni.. 
bukan ZZ malas walaupun memang malas tapi ZZ banyak kerja nak settle kan.. 
lagi pon ZZ baru je kena food poisoning.. rasa macam dah kurus.. sakit sangat-sangat.. 
ok lah.. jangan nak merepek.. jadi apa bendakan 10 benda yang ZZ benci atau tidak suka a.k.a tidak enak di fikiran..

10. Sakit
dah tentu iolls tak suka sakit. sapa yang suka sakit sila angkat kaki. haa.. see.. korang pon tak suka sakit kan? as iolls mentioned just now, iolls baru lepas kena food poisoning yang amat menyakitkan yang menyebabkan iolls dapat MC sehari dan duduk seperti puteri raja di rumah selama sehari.. yeayyy   sakit...

9.Kerja Tertangguh
iolls tak suka kerja tertangguh.. tapi iolls suka tangguhkan kerja.. Ya Allah.. macam mana nak buat yea? ada idea tak? hishhhh

8. Tak cukup tidur
iolls ni kan suka tidur.. jadi bila iolls rasa masa tidur iolls tak cukup, jadi iolls sangat lah tidak suka.. tapi jangan salahkan ibu yang mengandung sebab bukan salah ibu yang mengandung tapi salah kan diri sendiri sebab tak reti nak manage time. cuba kalau iolls reti manage time, mesti iolls terlebih tidur kan kan kan? hihi..

7. Tak suka di bebel
ewwww.. geramnya bila dengar orang membebel.. tah-tah cam tu la rasanya bila adik-adik iolls kena dengan iolls bebel kan? tapi kenapa adik-adik iolls tak takut dengan iolls bila iolls bebel? geramnyeee...

6. Jadual lari
Ni lagi satu hal.. bila iolls dah plan cantik punya... smooth punya.. licin punya.. tiba-tiba, tup-tup, tap-tap.... tak jadi.. rasa nak mengamuk pun ada tapi selamat tak leh mengamuk.. bila tak boleh nak mengamuk, selamat la belog ada kan? boleh la berjalan kat dalam blog.. best jugak.. huhu...

5. Tak suka kena tengking
yea.. yang ini memang iolls sangat benci.. tolong jangan nak TENGKING iolls kalau tak nak kena tengking balik ok..

4. Tak suka binatang kecik
Ewww.. statement tak boleh blah betul.. binatang kecik yang iolls maksudkan bukan lah kecik masam semut tu kan? tapi iolls tak suka binatang kecik yang boleh terbang.. nak tahu kenapa? sebab binatang kecik yang boleh terbang ini pernah masuk dalam telinga iolls.. owhh.. mentang-mentang telinga iolls macam telinga Nabil piring astro suka-suka je die nak masuk.. hahaha

3. Maki Hamun
benci la bila bukak-bukak fb je, nampak si polin dan si polan mencarut-carut dalam fb.. dah tak ada tempat lain ke nak mencarut ha? nape la nak mencarut dalam tempat yang terbuka.. kang adik-adik bawah umur baca apa pulak yang diorang fikir kan? kan tak elok tu.. tak belajar English education ke? hehe

2. Tak ada transport nak keluar
benci nye la saat ni.. tak kan nak dok jalan kaki g stesen bas? ZZ ni dah la bertahun tak pernah naik bas.. harapkan naik bas UTM je la ZZ reti.. kalau di suruh aik public bas, mmg ZZ tahan cab je la.. senang cerita.. huhu..

1. HP buat hal
haa... tang ini memang no 1 punya benci.. kalau HP iolls buat hal.. mati la iolls.. mati la.. iolls ni dah la seorang yang jujur, baik, amanah, fatonah, segala apa kebaikan tah nak muntah sebab iolls ada satu Hp je.. orang kata kalau ada banyak HP ni kuat tipu? tapi orang yang kata cam tu yang kuat tipu kot? lantak la orang lain nak ada berpa HP pon kan kan? yang hang pi sibuk hal orang kenapa? hehe.. 
ok ok.. iolls ni ada 1 hp je.. so kalau Hp ni buat hal, mmg x de HP backup.. jadi iolls harap sangat HP iolls tak buat hal sebab iolls tak suke la.. tak la.. tak reti nak cakap dah.. k la.. out dulu.. 

gOOd NiGht...





Terima Kasih Sudi Singgah

15 May 2011

.10 things that i love

apakah yang tersenarai dalam list 10 benda yang paling iolls suke..
korang rasaa korang boleh teka tak apa benda yang iolls suke?
tak boleh yea? tak pe la.. biar iolls je bagi tau..
hehe

seperti biasa, iolls nak mulakan dari no 10 dulu ok..
baru la jeng jeng jeng.. eh.. apakah?

10. Main game adalah salah satu benda yang iolls suke.. macam-macam game yang iolls suke.. kadang-kadang time tengah pening-pening lalat hitam, iolls akan habiskan masa main game sebab nak bagi lalat itam tu tak pening dah.. best kan main game.. sape yang tak suke main game, sila angkat kaki.. haa... tgk, korang pon tak de yang angkat kaki kan kan kan? hehe

9. Alamak.. bila iolls listkan semua apa yang iolls suka.. rupa-rupanya, blogging ni jatuh kat no 9.. ala.. tapi tak apa la kan? termasuk jugakla dalam senarai daripada tak ada langsung btol tak? Blogging ni best kan? dengan ber blogging, kita dapat luahkan perasaan, dapat berkongsi ilmu dan juga dapat menambahkan ilmu kita sendiri btol tak? and sebab itu lah iolls suke ber blogging even sometimes iolls malas nak berblog.. hehe.. 

8. Yang no 8 ni sebenarnya iolls dah lama tak buat.. tapi benda ini termasuk dalam list yang iolls suka dan sayang sangat.. iolls suka main bowling dan iolls jugak suka main bowling padang.. Bowling best tapi iolls jarang pergi main sebab tak ada sapa-sapa pon yang rajin nak temankan iolls kecuali kalau iolls balik KL.. kat KL ni, adik-adik iolls rajin la temankan.. hehe.. Bowling padang plak iolls dah lama sangat tak main dan teringin nak main balik.. tapi tak apa. Naik semester depan, iolls harap iolls dapat main bowl balik.. hehe.. wish me ok?

7. iolls suka baca novel.. skali dah baca novel, memang tak ingat dunia.. kadang-kadang tu sanggup sampai tak tidur semata-mata nak baca novel punya pasal.. hishhh.. tapi membaca kan amalan mulia.. hehe..

6. hobi yang ini susah sikit la.. iolls suka berjalan a.k.a melancong.. tapi susah sebab iolls xde income sendiri.. tak kan nak berjalan je, kena mintak duit papa.. segan plak rasanya.. so simpan je la hajat ni buat masa sekarang.. hehe... Tapi melancong tu bukan bermakna kena pergi luar negara je kan? dalam negara pon consider melancong.. hehe.. so jom ramai-ramai pergi melancong di dalam negara.. hehe..

5. Semalam baru je iolls pergi tengok wayang.. iolls minat gila tengok wayang sebab tengok wayang ni boleh dapat kepuasan.. Tengok wayang ni lain daripada tengok TV.. iolls tak minat nak tengok TV sebab banyak iklan.. Iklan kat TV tu mak aiii.. tak nak banyak plak.. kalau tengok wayang, tak de iklan-iklan kan? Tu yang syok tu.. huhu

4. Main dengan adik-adik dan anak-anak buah yang ramai pon iolls suka.. iolls suka budak-budak.. best2.. eii.. tak sabar plak.. tetibe rasa gatal..  haha

3. Tidur.. sapa tak suka tidur? pergh.. top 3 tu.. tidur ni la kegemaran iolls.. kalau tension, iolls akan tidur.. kalau tak tension pon iolls tidur gak.. ishh.. teruk btol anak dara sorang ni kan? hehe..

2. yang ini mesti ramai perempuan suka.. Shopping.. sapa yang tak suka shopping betul tak? haa.. kamu yang di sana.. cuba bagi tau kat iolls, kamu suka shopping ke tak? jangan tipu.. tipu dosa masuk api neraka tau.. hehe..

1. The best thing yang iolls suka dan sayang ialah.. jeng jeng jeng... amek gambar.. iolls suka sangat amek gambar.. especially gambar keindahan alam yang Allah ciptakan.. Hanya dengan satu gambar, kita boleh memberikan 1000 makna.. sebab tu la iolls suka amek gambar..  iolls sayang kat camera iolls yang tak seberapa itu..

dan ini lah salah satu hasil yang iolls ambil..

sang pelangi petang

Terima Kasih Sudi Singgah