Showing posts with label jakarta. Show all posts
Showing posts with label jakarta. Show all posts

3 January 2013

Vacation - Jakarta (bermanja bersama si cerdik)

Siapakah gerangan si cerdik yang aku maksudkan? Adakah adik aku? adakah adik kau? atau.. adakah engkau sendiri yang sangat cerdik? Teka... Teka.. Teka.. haaa... Memang tak dinafikanlah adik aku, adik kau dengan engkau-engkau skali cerdik.. tapi kat sini aku nak bagi tau sebenarnya si cerdik yang aku maksudkan itu adalah seekor binatang.. haihh.. kalau dah nama pun 'seekor', memanglah binatang betul tak?

Haaa...Hapee kau hingat manusia je ke yang cherdikh  cerdik? Dah tentu air pepsi  persepsi korang-korang semua salah.. Jahatnya lah aku ni kan sebab suka-suka je nak cakap persepsi korang semua salah... Erk, siapa sokong aku, silalah angkat tangan dengan kesepuluh jari anda keatas. Tak percaya cakap aku, tak apa lah. Siapalah aku ini kan untuk buat korang percaya (padahal dah tahu ramai yang percaya) konon-konon aku nak merajuk budget ada yang nak pujuk. puihh.. Jangan harap lah cik Zureen oii.


jeng jeng jeng....

***
**
*

vromm vromm vroomm.. ops ada polis.. 

line clear ni, laju sikit pon tak apa. AES bukan ada kat sini.. 


Perlahankan kenderaan.. ada orang nak melintas.. 

 Inilah si cerdik yang aku ingin hebah-hebahkan.. Bukan yang berbaju belang tapi yang seekor lagi sebab yang baju belang itu adik aku.. Kesian plak dia kalau kita samakan dia dengan si monyet yang cerdik itu.. haha jahat giler kakak dia ni..Adik, maafkan kakakmu ini. Kakakmu ini tahu yang kamu lagi cerdik dari si monyet yang cerdik itu.. ngeh ngeh ngeh gelak jahat.... Kalau korang tengok si cerdik tu dengan motor dia pon korang mesti terpegun kan. Si cerdik ini pandai menghiburkan hati.. Bawak moto laju siap buat willy lagi tu dengan moto REPSOL lagi tu. giler merempit betul. Wahai mat rempit, anda boleh dikategorikan berkawan dengan monyet la kot. OPPPSSS.. PANAS.. 


seperti penarik beca professional

Rehat sebentar bersama Kit-Kat
Setelah penat merempit, si cerdik ni buat aktiviti lain plak. Tengok lah dalam gambar tu, dia boleh buat muka selamberk je tarik roda tu.. Lagak macam penarik beca professional. Pusing-pusing, bila tak ada penumpang dia jadi penat siap duduk berehat sambil angkat kaki sebelah lagi tu. Selamat je dia tak duduk bersila kat situ. Hyeelahhh si cerdik, pandai betul engkau menghiburkan hati kami. Gelak tak hengat punya bila tengok gelagat si cerdik ini.

uwangnya bisa ngak dikasi.. 

adik blaja rajin-rajin ok. 

Lepas penat buat semua aksi, si cerdik ini ambil pulak props yang lain. Yang ini paling special sebab si cerdik ini pergi kat sorang-sorang penonton dan mintak duit. Haik, korang ingat ni performance free ke? Masuk toilet pon berbayar tau. Jadi, si cerdik bawaklah bekas duit tu, dan dapatlah si cerdik bersama tuannya duit belanja harian. Bab ini, kita boleh kasi seikhlas hati. Comel kan si cerdik itu.. Gambar last tu kakak ipar aku dengan adik-adik tengah bermesra dengan si cerdik. Entah apa yang diaorang borak, aku pon tak pasti.. hihi..


peta Taman Mini Indonesia Indah
Lupa pulak nak bagi tau nama tempat ni. Kalau korang pergi area jakarta dan teringin nak pergi tengok si cerdik ini, korang patut pergi kat Taman Mini Indonesia Indah. Taman mini Indonesia Indah ini merupakan salah satu tempat yang popular di Jakarta. Banyak info-info menarik yang kita dapat peroleh di sana. Chhewwwaahh.. promote pulak.  Tempat ini lebih kurang macam Taman Mini Malaysia Melaka tapi di Indonesia ini, kawasan dia lebih besar dari Taman Mini Melaka. Jadi kalau nak jalan kaki, memang aku nasihatkan, hentikanlah angan-anganmu itu sedari awal menjejakkan kaki kalau tak nak penat. Tapi kalau memang niat nak lakukan aktiviti kardio, dan aktiviti menguruskan badan serta membunag lemak-lemak tepu yang telah disimpan sekian lama, jadi teruskanlah dengan niat anda untuk mengelilingi taman itu dengan berjalan kaki..

Inilah salah satu tempat yang tak patut korang lepaskan jika pergi ke Jakarta.. Have fun.. :)


Terima Kasih Sudi Singgah

31 December 2012

Vacation - Jakarta (bermain dengan binatang)

Lambat btol baru nak update blog.. Dah nampak dah sikap PEMALAS yang menular dalam diri aku ni kan.. memang sejak azali la kot aku ni PEMALAS.. pheww.. mcm mendoakan jerk.. cehh.. Jauhkan lah sikap ini dari dalam diri.. Haik, tadi mintak, ni tolak plak.. Pening kepala aku..

Entry sebelum ni cakap pasal makan kat Jakarta.. tapi entry kali ini aku nak bercerita pasal bermain dengan haiwan eksotik.. Cuba korang teka haiwan apa yang aku main? Kucing? alaa.. kalau setakat main dengan kucing, kat tepi jalan pon boleh kan.. Main dengan anak ikan? tak boleh pulak sebab aku tak amek lesen diving lagi.. hanya boleh snorkeling.. jadi binatang apa yang aku maksudkan??


haa.. ini lah binatang yang aku maksudkan.. Nampak tak muka ketakutan disitu.. Berat sungguh la si batik ni.. Mula-mula rasa takut sangat nak pegang si batik ni.. Al-maklumlah rasa macam sangatlah tidak selamat untuk bermain dengan ular.. Tapi u know what, once dah pegang si batik ni, rasa macam tak nak lepas.. Rasa teruja sampai nak melompat-lompat dan hebohkan kat satu duania yang aku suka bermain dengan si batik ni.

Kalau korang perhatikan betul-betul, nampak kan kaki aku di belit oleh si batin.. Tapi serius rasa best.. Macam nak cari seekor dan jadikan haiwan peliharaan.. Tapi aku nak yang jinak seperti di dalam gambar la..

abaikan posing yang agak pelik ini


Cer korang tengok si batik tu.. Muka si batik tu macam nerd sangat.. baik je.. Dok belit-belit kat leher aku.. Mula-mula nak bagi si batik naik kat atas leher tu, aku rasa gigih sangat nak menahan ketakutan yang bersarang dalam diri. Tiba-tiba terbayang macam mana kalau tiba-tiba si batik mengganas, apa yang akan jadi pada diri ini.. Pasti ramai yang menangis.. haha ( konon-konon ramai peminat macam blogger terkenal) puihhh..   Tapi demi keinginan aku yang tinggi, akhirnya aku dapat rasa kelembutan kulit si batik, lenggok badan apabila dipegang seperti penari ballet yang tengah focus membuat persembahan dan juga bunyi siulan seperti lelaki nak mengayat wanita di tepi jalan.. fuhhh... Satu pengalaman yang indah. Masa kat Malaysia rasa takut gila nak pegang si batik, tapi bila kat Jakarta, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu yang akan menjadi kenang-kenangan aku.. jadi, ini lah hasilnya salah satu kenangan yang tak mungkin aku lupa dan insyaallah aku teringin nak bermain dengan si batik yang jinak, manja dan sporting macam ni..



Habis bab si batik, sambung untuk next haiwan pulak lah.. sebab aku nak sambung tdo.. zzzz.. Selamat tdo di tengah hari..


Terima Kasih Sudi Singgah

22 December 2012

Vacation - Jakarta

Assalamualaikum..

Tahun 2012 dah nak melabuhkan tirai.. konon ade tirai la kan..  Jadi sebelum cerita lama diperam dan akhirnya basi, baik aku cerita sekarang... At least ada juga kenangan yang boleh aku ingat dan ada juga sources yang boleh dijadikan bahan bukti buat anak cucu di masa depan... Aku kononnya beranganlah nak beranak dan bercucu dalam masa terdekat, namun apakan daya, aku masih lagi KANAK-KANAK REBINA walaupun umur dah nak masuk suku abad.. Angan-angan tinggal kenangan je lah kot.. Sabarlah wahai hati..

nak check in flight... with adik ku yang ngada-ngada tp amat disayangi.. puihh


Eh.. November lepas, aku ada ambil cuti 4 hari untuk bercuti bersama adik-beradik tersayang... Eh, mesti pelik kan kenapa adik-beradik je? mana pergi parents aku yang tercinta kan? haa.. kami tinggalkan mereka berdua untuk b'honey moon berdua.. hihi.. jahat giler pergi vacation tak ajak parents kan.. Tapi sebenarnya parents aku yang tak nak ikut.. ok, tak apa lah, even dia orang tak ikut, kami tetap teruskan juga apa yang dah di plan... sebenarnya percutian ini disponsor 120%.. wahh.. untung tak untung tak? percutian SPONSOR ok.. haha.. cakap nak kencang macam menang pertandingan plak sampai ada yang baik hati nak sponsor vacation kami ni kan.. hihi..

Vacation ni tak ada lah lama sangat tapi lama jugak lah.. ehh.. ape kau merepek ni senah.. Actually aku pergi Jakarta dalam 8 hari 7 malam.. macam lama kan sampai 8 hari noksss... padahal bila dah berjalan rasa tersangatlah sekejap.. Rasa tak puas gila.. Kat sana kami adik-beradik tak ada pakai agen langsung.. Tempat penginapan kami selama 7 malam adalah di Aston Rasuna.. Rasa nak tahu kat mana Aston Rasuna tu, silalah berkawan baik dengan En.Google..

cakap banyak pon tak boleh jugak kan.. jadi biarlah gambar yang bercakap.. lebih bermanfaat dari membaca apa yang aku merepek ni kan..


Hari 1st sampai jakarta tak sempat nak pergi mana-mana even nak convert duit pon tak sempat sebab money changer dah tutup.. semuanya disebabkan flight delay selama 2 jam.. jadi kami sampai kat Jakarta almost 10.30 malam waktu tempatan.. huh.. sedih jerk.. jadi, sampai ja kat jakarta tu, kitorang just pergi supper dekat Blok S.. Makanana dekat sana agak sedap.. Sedap-sedap pon aku cuma boleh telan martabak dia.. Martabak kat sana memang sangatlah superb.. Martabak Telur Special.. pheww... makan skali, nak lagi.. opss.. kat sana memang panggil martabak dan bukan murtabak ok.


Hari kedua makan dekat wak solo.. Ayam penyek wak solo memang power.. terbaik dari ladang.. macam nak makan lagi je rasanya.. sambal dia.. perghh.. hingga menjilat jari.. Dicampur dengan tempe goreng yang kow-kow punya sedap memang akan menjadi kenangan..

Habis bab makan.. sambung untuk next entry pulak lah... tunggu 'Vacation - Jakarta part-2'





Terima Kasih Sudi Singgah