3 January 2013

Vacation - Jakarta (bermanja bersama si cerdik)

Siapakah gerangan si cerdik yang aku maksudkan? Adakah adik aku? adakah adik kau? atau.. adakah engkau sendiri yang sangat cerdik? Teka... Teka.. Teka.. haaa... Memang tak dinafikanlah adik aku, adik kau dengan engkau-engkau skali cerdik.. tapi kat sini aku nak bagi tau sebenarnya si cerdik yang aku maksudkan itu adalah seekor binatang.. haihh.. kalau dah nama pun 'seekor', memanglah binatang betul tak?

Haaa...Hapee kau hingat manusia je ke yang cherdikh  cerdik? Dah tentu air pepsi  persepsi korang-korang semua salah.. Jahatnya lah aku ni kan sebab suka-suka je nak cakap persepsi korang semua salah... Erk, siapa sokong aku, silalah angkat tangan dengan kesepuluh jari anda keatas. Tak percaya cakap aku, tak apa lah. Siapalah aku ini kan untuk buat korang percaya (padahal dah tahu ramai yang percaya) konon-konon aku nak merajuk budget ada yang nak pujuk. puihh.. Jangan harap lah cik Zureen oii.


jeng jeng jeng....

***
**
*

vromm vromm vroomm.. ops ada polis.. 

line clear ni, laju sikit pon tak apa. AES bukan ada kat sini.. 


Perlahankan kenderaan.. ada orang nak melintas.. 

 Inilah si cerdik yang aku ingin hebah-hebahkan.. Bukan yang berbaju belang tapi yang seekor lagi sebab yang baju belang itu adik aku.. Kesian plak dia kalau kita samakan dia dengan si monyet yang cerdik itu.. haha jahat giler kakak dia ni..Adik, maafkan kakakmu ini. Kakakmu ini tahu yang kamu lagi cerdik dari si monyet yang cerdik itu.. ngeh ngeh ngeh gelak jahat.... Kalau korang tengok si cerdik tu dengan motor dia pon korang mesti terpegun kan. Si cerdik ini pandai menghiburkan hati.. Bawak moto laju siap buat willy lagi tu dengan moto REPSOL lagi tu. giler merempit betul. Wahai mat rempit, anda boleh dikategorikan berkawan dengan monyet la kot. OPPPSSS.. PANAS.. 


seperti penarik beca professional

Rehat sebentar bersama Kit-Kat
Setelah penat merempit, si cerdik ni buat aktiviti lain plak. Tengok lah dalam gambar tu, dia boleh buat muka selamberk je tarik roda tu.. Lagak macam penarik beca professional. Pusing-pusing, bila tak ada penumpang dia jadi penat siap duduk berehat sambil angkat kaki sebelah lagi tu. Selamat je dia tak duduk bersila kat situ. Hyeelahhh si cerdik, pandai betul engkau menghiburkan hati kami. Gelak tak hengat punya bila tengok gelagat si cerdik ini.

uwangnya bisa ngak dikasi.. 

adik blaja rajin-rajin ok. 

Lepas penat buat semua aksi, si cerdik ini ambil pulak props yang lain. Yang ini paling special sebab si cerdik ini pergi kat sorang-sorang penonton dan mintak duit. Haik, korang ingat ni performance free ke? Masuk toilet pon berbayar tau. Jadi, si cerdik bawaklah bekas duit tu, dan dapatlah si cerdik bersama tuannya duit belanja harian. Bab ini, kita boleh kasi seikhlas hati. Comel kan si cerdik itu.. Gambar last tu kakak ipar aku dengan adik-adik tengah bermesra dengan si cerdik. Entah apa yang diaorang borak, aku pon tak pasti.. hihi..


peta Taman Mini Indonesia Indah
Lupa pulak nak bagi tau nama tempat ni. Kalau korang pergi area jakarta dan teringin nak pergi tengok si cerdik ini, korang patut pergi kat Taman Mini Indonesia Indah. Taman mini Indonesia Indah ini merupakan salah satu tempat yang popular di Jakarta. Banyak info-info menarik yang kita dapat peroleh di sana. Chhewwwaahh.. promote pulak.  Tempat ini lebih kurang macam Taman Mini Malaysia Melaka tapi di Indonesia ini, kawasan dia lebih besar dari Taman Mini Melaka. Jadi kalau nak jalan kaki, memang aku nasihatkan, hentikanlah angan-anganmu itu sedari awal menjejakkan kaki kalau tak nak penat. Tapi kalau memang niat nak lakukan aktiviti kardio, dan aktiviti menguruskan badan serta membunag lemak-lemak tepu yang telah disimpan sekian lama, jadi teruskanlah dengan niat anda untuk mengelilingi taman itu dengan berjalan kaki..

Inilah salah satu tempat yang tak patut korang lepaskan jika pergi ke Jakarta.. Have fun.. :)


Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment