2 January 2014

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum.. 

Hye hye 2014 bye bye 2013.. Selamat tahun baru. Yeah aku terlambat sehari untuk wish tapi tak kisah lah. Even lambat seminggu pon aku memang dah niat nak wish selamat tahun baru kepada semua.. 

Pejam celik pejam celik macam tak sangka dah masuk tahun 2014.. New life begins.. Walaupun kita dah menjejakkan kaki pada tahun baru, pasti kenangan pahit, manis, masam mahupun masin 2013 tak dapat dilupakan. Setiap yang berlaku pada masa lepas pasti tetap akan menjadi kenangan dan ingatan buat diri masing-masing kan. Bagi yang melalui kenangan manis, simpanlah ia sebagai kenangan yang tidak mungkin di lupakan, namun bagi yang melalui kenangan-kenangan pahit pada tahun 2013, buanglah kenangan itu dari ingatan dan jadikanlah ia sebagai pengalaman untuk menguatkan diri masing-masing. 

Bagi diri aku sendiri, jujur aku katakan aku melalui lebih banyak kenangan manis dari yang pahit. Aku sendiri sebagai pelakon di muka bumi ini cuba yang terbaik untuk menjadi pelakon terbaik yang hanya akan melakonkan lakonan yang boleh menceriakan hari-hari ku, melakonkan watak-watak yang boleh menggembirakan orang sekelilingku. Walau aku tahu sebenarnya ada juga yang tidak gembira dengan keputusan aku untuk menjadi pelakon terhandal di abad ini, namun aku tau jalan itu telah tertulis dan kita hanya perlu 'melakonkannya' sahaja. Alhamdulillah aku berjaya menjadi pelakon yang boleh dikatakan berjaya bagi tahun 2013. 


Penghujung 2013 itu sendiri menemukan aku dengan kegembiraan yang hanya aku mampu merasainya. Terlalu banyak kenangan manis yang tidak mungkin ku lupakan. Terima kasih ya Rabb kerana menjadikan jalan cerita yang penuh kemanisan buat hambaMu ini. Ku bersyukur dengan nikmatMu.. 

"Nikmat Mana Yang Harus Ku Dustakan"

Setelah melalui terlalu banyak kemanisan 2013 yang mungkin boleh menyebabkan kencing manis, aku harap tahun 2014 ini akan memjadikan aku pesakit kencing manis tegar.. Aku ingin melakonkan watak-watak yang manis sekali lagi buat diri sendiri dan juga buat orang sekelilingku. Moga aku menjadi semanis gula-gula kapas.. 

2014, please be nice to me.. 

Insya Allah..

one of my sweet memories.. im officially graduate.


Terima Kasih Sudi Singgah