3 January 2013

Jangan menghina

Ini memang satu amaran yang keras sekeras-kerasnya seperti batu yang susah dipecahkan.. Ape?? Uolss tak takut? Phewww... Konon aku ni garang la kan sampai nak bagi amaran kat orang lain.
Tak lah, sebenarnya aku bukan nak bagi amaran atau nak budget garang mahupun buat-buat garang. Tapi aku rasa sedih bila ada manusia yang sanggup menghina manusia lain yakni makhluk Allah yang lain atas faktor fizikal contohnya. Tak ada ke rasa belas kasihan kita pada sesama manusia? Kenapa lah kita nak menghina orang lain sedangkan kita juga tidak sempurna..

Kenapa aku tiba-tiba beremosi? Mesti uolss pelikkan.. Kalau uolsss tak pelik skalipon, tolonglah buat-buat pelik atau buat-buat nak tau. Kesian Lah kat aku excited sorang-sorang tapi tak ada pon nak tahu. Ceh.. Ok, sebenarnya aku beremosi ni sebab aku ada dengar cerita dari rakan-rakan aku. Diaorang macam gembira je gelakkan sorang budak ni.. Walaupun aku tak kenal budak tu tapi aku boleh menangis bila terkenangkan keadaan si budak itu. Kenapa aku panggil budak sebab dia memang budak kecik lagi. Baru 12 tahun dan nak ambil upsr. Budak tu badan dia memanglah besar tapi patut ke weolss nak ejek dia dengan perkataan 'budak gemok' dikhalayak orang ramai? Patutkah weolss nak malukan dia sampai dia rasa rendah diri dengan fizikal dia sendiri?


Ada lagi tu, selain malukan dia dengan gelaran budak gemok, Dia juga dipulaukan. Disingkirkan oleh rakan-rakan sebaya semuanya disebabkan keadaan fizikal dia yang besar dari usia. Tapi dia tak salah. Bukan dia yang minta untuk dilahirkan besar, membesar dengan fizikal yang sebegitu.

Macam ini lah, cubalah weols bayangkan kita sendiri di tempat budak itu, apa perasaan kita? Ok, kalaupun bukan weols sendiri di tempat budak itu, tapi cubalah uols bayangkan adik-beradik uols yang berada ditempat budak itu, apa perasaan uolss yaeh? Sedih tak? Kalau uols tak ada perasaan sedih tu aku tak boleh nak cakap apa lah. Cuma aku nak cakap setiap manusia di muka bumi ini tiada yang sempurna. Sempurna kita di mata manusia lain tapi bolehkah kita jamin yang kita ini sempurna di mata Allah S.W.T.. Wallahualam..


Jadi ingatlah di dalam hati, jangan sesekali memperkecilkan orang lain walau sebesar zarah sekalipun.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Sudi Singgah

Vacation - Jakarta (bermanja bersama si cerdik)

Siapakah gerangan si cerdik yang aku maksudkan? Adakah adik aku? adakah adik kau? atau.. adakah engkau sendiri yang sangat cerdik? Teka... Teka.. Teka.. haaa... Memang tak dinafikanlah adik aku, adik kau dengan engkau-engkau skali cerdik.. tapi kat sini aku nak bagi tau sebenarnya si cerdik yang aku maksudkan itu adalah seekor binatang.. haihh.. kalau dah nama pun 'seekor', memanglah binatang betul tak?

Haaa...Hapee kau hingat manusia je ke yang cherdikh  cerdik? Dah tentu air pepsi  persepsi korang-korang semua salah.. Jahatnya lah aku ni kan sebab suka-suka je nak cakap persepsi korang semua salah... Erk, siapa sokong aku, silalah angkat tangan dengan kesepuluh jari anda keatas. Tak percaya cakap aku, tak apa lah. Siapalah aku ini kan untuk buat korang percaya (padahal dah tahu ramai yang percaya) konon-konon aku nak merajuk budget ada yang nak pujuk. puihh.. Jangan harap lah cik Zureen oii.


jeng jeng jeng....

***
**
*

vromm vromm vroomm.. ops ada polis.. 

line clear ni, laju sikit pon tak apa. AES bukan ada kat sini.. 


Perlahankan kenderaan.. ada orang nak melintas.. 

 Inilah si cerdik yang aku ingin hebah-hebahkan.. Bukan yang berbaju belang tapi yang seekor lagi sebab yang baju belang itu adik aku.. Kesian plak dia kalau kita samakan dia dengan si monyet yang cerdik itu.. haha jahat giler kakak dia ni..Adik, maafkan kakakmu ini. Kakakmu ini tahu yang kamu lagi cerdik dari si monyet yang cerdik itu.. ngeh ngeh ngeh gelak jahat.... Kalau korang tengok si cerdik tu dengan motor dia pon korang mesti terpegun kan. Si cerdik ini pandai menghiburkan hati.. Bawak moto laju siap buat willy lagi tu dengan moto REPSOL lagi tu. giler merempit betul. Wahai mat rempit, anda boleh dikategorikan berkawan dengan monyet la kot. OPPPSSS.. PANAS.. 


seperti penarik beca professional

Rehat sebentar bersama Kit-Kat
Setelah penat merempit, si cerdik ni buat aktiviti lain plak. Tengok lah dalam gambar tu, dia boleh buat muka selamberk je tarik roda tu.. Lagak macam penarik beca professional. Pusing-pusing, bila tak ada penumpang dia jadi penat siap duduk berehat sambil angkat kaki sebelah lagi tu. Selamat je dia tak duduk bersila kat situ. Hyeelahhh si cerdik, pandai betul engkau menghiburkan hati kami. Gelak tak hengat punya bila tengok gelagat si cerdik ini.

uwangnya bisa ngak dikasi.. 

adik blaja rajin-rajin ok. 

Lepas penat buat semua aksi, si cerdik ini ambil pulak props yang lain. Yang ini paling special sebab si cerdik ini pergi kat sorang-sorang penonton dan mintak duit. Haik, korang ingat ni performance free ke? Masuk toilet pon berbayar tau. Jadi, si cerdik bawaklah bekas duit tu, dan dapatlah si cerdik bersama tuannya duit belanja harian. Bab ini, kita boleh kasi seikhlas hati. Comel kan si cerdik itu.. Gambar last tu kakak ipar aku dengan adik-adik tengah bermesra dengan si cerdik. Entah apa yang diaorang borak, aku pon tak pasti.. hihi..


peta Taman Mini Indonesia Indah
Lupa pulak nak bagi tau nama tempat ni. Kalau korang pergi area jakarta dan teringin nak pergi tengok si cerdik ini, korang patut pergi kat Taman Mini Indonesia Indah. Taman mini Indonesia Indah ini merupakan salah satu tempat yang popular di Jakarta. Banyak info-info menarik yang kita dapat peroleh di sana. Chhewwwaahh.. promote pulak.  Tempat ini lebih kurang macam Taman Mini Malaysia Melaka tapi di Indonesia ini, kawasan dia lebih besar dari Taman Mini Melaka. Jadi kalau nak jalan kaki, memang aku nasihatkan, hentikanlah angan-anganmu itu sedari awal menjejakkan kaki kalau tak nak penat. Tapi kalau memang niat nak lakukan aktiviti kardio, dan aktiviti menguruskan badan serta membunag lemak-lemak tepu yang telah disimpan sekian lama, jadi teruskanlah dengan niat anda untuk mengelilingi taman itu dengan berjalan kaki..

Inilah salah satu tempat yang tak patut korang lepaskan jika pergi ke Jakarta.. Have fun.. :)


Terima Kasih Sudi Singgah