Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

13 October 2013

Small Reunion - Broga Hill

Planning yang tidak disangka-sangka. Mula-mula aku rasa macam planning ni mungkin tak akan menjadi jugak. Al-maklumlah kami memang selalu plan macam-macam dan akhirnya kami senyap macam tu je. Bila semua dah senyap tu, jadi kena faham-faham sendiri lah. So masa awal-awal planning dalam mind aku dah terfikir dah 'nanti senyap lagi la tu'.. Jahat gila kepala otak ni.. Bukan nak fikir yang positive, ni pergi fikir yang negative dulu.. Ishh.. Teruk sungguh.

Mula-mula planning nak pergi petang sabtu, tapi masa planning nak pergi petang sabtu tu masing-masing buat macam tak tahu je. So memang tekaan aku betul, tepat dan tidak dapat disangkal lah yang memang tak akan mejadi planning kami untuk buat small reunion ni. Tapi tah macam mana malam sabtu tu masing-masing  macam bersemangat nak pergi jugak Bukit Broga hari ahad pagi. So planning kami berubah dari hari sabtu pada sebelah petang ke hari pagi Ahad..

Mula-mula tu semua dah setuju nak kumpul dekat masjid berdekatan broga untuk solat subuh terlebih dahulu. Konon-konon nak kumpul tu dalam pukul 6 pagi la, then pukul 6.30 dah boleh naik.. Tapi semua angan-angan belaka.. Aku sendiri sampai kat semenyih tu dalam pukul 6.15 pagi. So kami solat kat bawah dulu. Aku solat dekat petronas je.. Tak pergi masjid pon. Last-last plan kami nak panjat masa cuaca gelap tak menjadi langsung sebab kami sampai kat kaki bukit broga pon cuaca dah cerah. Cuma kami tak terasa terkilan sangat pon sebab hari tu tak ada matahari terbit. Matahari malu-malu nak keluar dan dilitupi awan.

On the way nak naik tu ramai yang dah nak turun. Jadi nampak kan yang kami ni memang lambat dan ketinggalan zaman. Orang dah siap ber'huuhaaa' kat atas kami ni masih terhegeh-hegeh nak mendaki. Tapi sebenarnya ada gak geng-geng lain yang still baru nak panjat. Cuma masa kami panjat tu tak ada la stuck kat tengah-tengah jalan sebab memang dah tak  ramai wa cakap sama lu. Jadi kami dapat menghirup udara segar  la kononnya (dah ada kena mengena ok).

Once kami sampai atas, aku tengok masih ramai yang sedang menghayati keindahan alam semula jadi. Ada yang berdua, bertiga, berempat dan ber-ber lagi lah. Tak payah nak mention sangat pon tak apa sebenarnya tapi saja je aku nak mention kat sini yang kami pergi berempat. Dua lelaki dan dua perempuan nak mention jugak tu. Bila dah sampai atas jadi masing-masing pon mulalah mengeluarkan camera masing-masing tapi aku just keluarkan camera handphone je sebab senang nak masukkan dalam instagram terus. Cepat, pantas dan berkesan.. cheewaahh..


outfit of the day.

mus dan syam

fahim

mus and me

mus and me again.

three of them 



Dah penat panjat so tibalah masa kami turun. Masa turun tu agak mencabar jugak lah. Bagi sesiapa yang rasa nak mendaki tu, tak kira lah mendaki dekat mana-mana sekalipun, pastikan kita memakai outfit yang proper. I mean pakailah kasut sukan yang selesa, yang boleh grip dengan baik, seluar yang selesa baju yang sukati korang lah nak pakai macam mana pon.. hihihi.. asalkan semuanya selesa dan selamat. This is because it is happen in front of me. Ada budak yang jatuh tersungkur betul-betul depan mata aku tanpa aku sempat nak tolong (adik, akak mintak maaf tak dapat nak tolong sebab jarak memisahkan kita) cheewaaahh.. Budak tu mungkin turun dengan tergesa-gesa dan mungkin kasut yang dipakai tu tak ada grip dan dia tak dapat nak break so faham-faham lah bila dah laju sangat dan tak ada break, memang tersungkur lah. Sangat kesian melihat keadaan dia, tapi selamat dia tak mengalami kecederaan yang teruk.

Lepas kejadian budak tersungkur tu, kami teruskan perjalanan kami turun ke kaki bukit semula, dan on the way nak turun tu, kami terjumpa pula satu kumpulan budak perempuan yang nampak macam salah seorang mereka tengah tahan sakit. Mungkin kaki cramp sebab kawan-kawan yang lain tengah urut kaki dia. So yang ini lagi satu aku nak nasihat, sebelum nak pergi hiking tu, pastikan kita ada stamina yang cukup. Bukanlah nak cakap kena pergi berjogging hari-hari atau kena pergi gym hari-hari semata-mata nak hiking kat broga tu, tapi at least kita tahu tahap kemampuan diri kita sendiri dan kalau boleh, buat la stretching sikit untuk elakkan benda-benda macam ni. Kalau dah sakit tu bukan orang lain yang tanggung kan, diri sendiri yang tanggung, so elakkan lah selagi boleh. Tapi kalau nak kena jugak tu, tak boleh nak buat macam mana kan.. Ouh tu je lah nasihat dari kakak yang tak berapa nak pro ni.. :)

Akhirnya kami sampai ke bawah dengan selamat. Alhamdulillah kami berempat tak mengalami kecederaan atau apa-apa kejadian yang tak di ingini. Selamat naik dan selamat turun. Sampai je kat bawah kitorang tros makan. Makan KFC uollss.. Gila betul. Lepas hilang 2 kilo sebab hiking, sampai bawah naik 5 kilo dek non gara-gara breakfast dengan KFC. tapi tak apa lah kot, just make our tummy happy so telan je..

Bagi yang rasa nak mandi sungai lepas panjat gunung tu, boleh lah pergi ke sungai tekala. Tak jauh pon dari broga hill tu. Ada sign board dia jadi pandai-pandai lah cari sendiri. Kalau tak reti tengok sign board atau malas nak mencari sign board, guna je app dalam hp masing-masing. Sekarang mesti semua orang ada GPS dalam hp tu kan. Tak kan nak simpan je, jadi gunakanlah ianya sebaik mungkin.

Sekian..



Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

16 May 2013

C-Day 7th May 2013

Assalamualaikum w.b.t

Mood konvo dah habis. 7th May yang lepas aku dah merasa naik ke pentas yang konon-konon gah tak hingat. Sebenarnya mula-mula aku memanglah rasa sangat excited nak konvo. Al-maklumlah ini first time aku nak rasa pakai jubah yang besar dari saiz badan dan juga nak merasa letak mortar board di atas kepala.. Feeling ala-ala puteri dengan square crown la konon.. 

Tapi... bila tarikh PRU 13 bertembung dengan tarikh konvo, aku jadi macam tak tentu arah. Mana tak nya, sepatutnya tarikh konvo aku jatuh pada 5th May 2013 bersamaan dengan hari Ahad, so boleh la nak merasa angkut seluruh family, bawak pak cik, makcik, sepupu, dua pupu, dan juga semua kupu-kupu, tapi semuanya musnah. Hancur luluh, impian yang ku impikan.. ceehhh... So lepas tahu tarikh tu terpaksa diubah due to PRU 13, jadi mood konvo telah bertukar kepada mood PRU 13.. 

Masa konvo aku pon tak de la aku nak angkut semua sedara-mara mahupun kupu-kupu aku pergi. Even adik kandung aku sendiri pon tak dapat nak join sebab dia ada exam. Jadinya, majlis konvokesyen ini aku anggap biasa-biasa sahaja.. 













Gambar pon tak dapat nak captured banyak-banyak sebab hujan. Jadi, kami ambil gambar di dalam library sahaja.. Mesti ada yang pelik kenapa 4 orang je yang beriya. Mana the rest of our members? Sebenarnya kami 4 orang ni tercicir dari list mereka-meraka yang lain.. Kami berempat lambat. The rest dah konvo awal.. huarghhh.. sebenarnya sedih, tp tak apa.. Konco lambat ke cepat, yang penting kami tetap kawan smpai bila-bila.. Insyaallah.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang dr jauh semata-mata nak meraikan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga.. :) 


FINALLY IT'S OURS!!!!!!

Terima Kasih Sudi Singgah

12 April 2011

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
macam tak percaya UTM termasuk dalam top 2.. perghh.. bila la nak naik first rank yea? tak pe.. anyway.. congratulation to UTM.. saya bangga jadi anak UTM.. hihi..

Read more: Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011 |melvister.com
Terima Kasih Sudi Singgah

28 March 2011

Dinner at Tanjung Piai Resort


Tanjung piai Resort terletak di penghujung benua asia.. wahh.. ayat nak gempak je.. tapi memang betul ok.. memang betul pon Tanjung Piai ni terletaak kat penghujung benua asia.. kalau korang tak nak percaya, pergi la google sendiri ok.
Ok.. ok.. jangan nak gado-gado kat sini.. so baca aja kalau nak baca.. kalau x nak x pe la, aku tak paksa
Sabtu yang lepas bersamaan 26 March 2011, aku dengan course mate aku (Pija, Diba and Calista) gi dinner sampai kat tanjung piai resort ni.. gila jauh semata-mata nak cari makan. Kitorang gerak dari UTM skudai dlm jam 6.45 petang.. kelewatan amat dikesali.. hihi
Sampai je dekat pontian, kami singgah kat giant dulu.. macam la kat skudai x de giant kan saje je pon gi giant kat sini.. saja nak jejalan.. bagi kami landscape student ni, bukan selalu dapat melalui hari yang  bahagia macam ni.. suusah tau nak dapat hari yang bahagia.. maksud aku hari bahagia itu adalah hari yang free.. padahal x de la free pon
Ok.. dekat giant aku dengan pija tak de nak beli apa-apa pon, Cuma calista dengan Diba je yang beli barang. Aku Cuma beli waffle je.. waffle peanut + chocolate.. perghh.. sedap.. favorite aku ni.. Haaa.. time nak bayar waffle ni aku nak cerita sikit.. nak cerita dengan bangga.. perghh.. ayat nak bangga.. perasan.. cet!! Korang nak tahu tak, adik yang buat waffle tu boleh cakap macam ni tau.. sila baca betul-betul.. 
‘Akak ni cantik la’..
perghhh.. kembang siot.. ishh.. jgn macam tu reen.. bawak-bawak bersabar.. bersyukur dengan apa yang dah di beri oleh-Nya.. jadi aku pon balas la cam ni..  (^_^) terima kasih adik.. smbil tersenyum lebar.. hihi.. perasan siot.. uwelkkk.. muntah hijau..
Ok.. lepas pergi giant, singgah kat Watson dengan cosway.. pas tu baru la direct pergi ke tempat yang di tuju…  dalam jam 9 malam baru la kami semua ni sampai kat tanjung Piai resort.. huh.. lega.. perut pond ah bunyi-bunyi minta di isi.. al-maklum lah.. dari pagi tak di isi… hanya di isi dengan air suam sahaja.. huhu..
Ok.. ni la gambar-gambar kami dekat Tanjung Piai Resort.. just check it out yeah bebeh..

makan ketam.. ermm.. sedap nye...

Diba and Calista.. senyuman mu menggoda.. phew.. haha

pija shafiee.. senyum bebeh..

eh.. habis siot... di cekik oleh 4 orang anak dara UTM




 Ok.. lepas habis makan kitorang pon blah la apa lagi kan??
Choww….

Terima Kasih Sudi Singgah

21 March 2011

gunung panti

Gunung Panti adalah setinggi lebih kurang 1684 kaki dari paras laut dan ianya terletak di kota tinggi. Gunung panti boleh di daki dari dua laluan yang berlainan dan salah satu dari laluan yang di gunakan adalah laluan dari Jalan Kota Tinggi- Air terjun Kota Tinggi. Trek pendakian di laluan ini agak terang dan juga lebar, agak landai di satu dua tempat namun terdapat juga trek gak agak mencabar. Kira-kira dua rantai atau kira-kira 100 meter sebelum sampai ke puncak Gunung Panti, pendaki perlu memanjat kawasan batu yang mempunyai kecuraman hampir 90 darjah.

ok.. sekarang aku nak cerita pulak kisah pendakian kami anak-anak UTM menawan ke puncak gunung.. aku rasa, dengan hanya 1 gambar, ianya boleh memberikan 1001 makna.. jadi....

*****
****
***
**
*
**
***
****
******
****
***
**
*
cik nana dan jann sinuja

adik-adik.. jalan elok-elok ok.. jatuh bangun sendiri ok

melihat batu tuk di daki

panjat yea kak

batu yang 90 darjah

sempat lagi ko pandang camera yea zaim oi

senyuman bahagia dapat daki ke puncak eh?

jann sinuja

zaim azman.

at last ada jugak orang nak amek gambar aku..

yea.. kami pelajar landscape architect berjaya menawan lagi satu gunung

smile

lompatan yang berjaya

siap sedia untuk turun

kika apple smile

so ini sahaja gambar yang ingin dikongsi for u guys.. so, kalau nak daki, boleh lah daki gunung panti ni especially for beginner just like us ni.
Terima Kasih Sudi Singgah

14 October 2010

convocation izzah mokhtar..

izzah..
sorry la lambat sgt nak mengupload gambar kamu..
bukan sengaja..
bukan saja-saja..
bukan ngada-ngada..
bukan suka-suka...
tapi semunya sebab tak de masa..

izzah..
kite nak mintak maaf sbb on that day,
kite x sempat nak amek gambar izzah bnyk2...
sebenarnye kite mmg nak penuhkan camera dengan gambar izzah..

al-maklumlah..
izzah kan dah boleh muat dalam camera tu..
(dah CHOMEL kan)
hihi...
tapi mmg x sempat...
kite ade class tym tu..
kalau x de mmg izzah dah jadi model free tau..
hihi..
tp x pe la..
enjoy je la tgk gmbr2 ni yea..











sekian saje la gambar2 anda di upload dlm blog ni ye..
kalau nak bnyk2 lagi,
sila lah bayar...
masuk dlm acc cimb ek..
miahahaha...
jgn marah yea cik izzah...
anyway, congrats dari sy...
ikhlas mengambil gambar mu...

sahabat selamanya..
lala~~
kenang lawn bowl dalam doamu yea...
hihi...

P/S : izzah partner lawn bowl ku...
yea... bowl 4 ever..

Terima Kasih Sudi Singgah