sekarang ini banyak kita dengar tentang kes pembuangan bayi kan?
di manakan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kita?
kenapa masih ada manusia yang berperasaan lebih buruk dari seekor binatang?
adakah kita boleh samakan manusia yang diberi akal dan fikiran dengan binatang yang hanya ada otak...
ok.. bagi ZZ, sebenarnya terdapat pelbagai punca berlakunya kes-kes pembuangan bayi ini antaranya:
1) kurang didikan agama.
Biasanya golongan remaja seperti ZZ inilah yang paling tinggi statistiknya dalam kes pembuangan bayi ini. eh, kau ingat kau tu remaja? kurangnya didikan agama dalam diri boleh membuatkan golongan seperti kami ini hilang pedoman dan juga panduan hidup yang menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan akhirnya terlibat dengan gelaja-gejala seperti ini..
2) Pergaulan bebas
bagi ZZ, kita sebagai remaja bukan nya tak boleh nak bergaul sesama kita, tapi kita kena lah ingat kan batasan. Janganlah sebab nila setitik rosak susu sebelanga. jangan lah di sebabkan korang-korang yang bertindak bodoh ni, boleh merosakkan imej kami yang suka bergaul dengan rakan-rakan yang lain.. kan tak elok tu.
3) pengaruh rakan sebaya
Kita kena cari rakan-rakan yang betul-betul boleh di namakan sebagai seorang rakan. bukannya rakan yang boleh merosakkan diri sendiri.. yea.. ZZ akui, remaja seperti ZZ ini sering terikut-ikut dengan kehidupan rakan-rakan yang dilihat lebih bebas, tapi kita kena sedar, kebebasan itu bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main-main..
tak kah kita kasihan bila kita dengar berita dari radio, television dan berita-berita yang keluar di dada-dada akhbar tentang pembuangan bayi? baru-baru ini terdapat seorang bayi yang di buang dari tingkat 5 bangunan. owhhh.. kasihan sungguh.. kenapa la dia orang sanggup nak membuang bayi sampai macam tu sekali? 'dah pandai buat tapi tak pandai tanggung'. memang ZZ emo sikit la pasal kes-kes pembuangan macam ini.
kat sini, bukan lah ZZ nak cakap yang ZZ baik.. tapi ZZ cuma nak luahkan perasaan..
korang tak rasa apa-apa ke bila tengok kes-kes macam ni?
macam ini
owhh.. kesian sungguh..
hurmm.. speechless... ZZ tak tahu nak cakap macam mana.. tapi betul-betul kasihan kat bayi-bayi ini.
Allah dah bagi dia nyawa, kita ni sebagai makhluk Allah, sanggup pulak nak membunuh mereka..
Astaghfirullah
kesiannn . lola benci kes gini . baek kasi lola jeee .
ReplyDeleteneway , lola tag ZZ join GA .
xsanggup la nk tgk. :(
ReplyDelete