ibu,
terima kasih kerana berikan aku walau secebis nyawa
tapi mengapa tergamak kau tidak mengaku aku sebagai anak mu?
ibu,
terima kasih kerana beriku masa untuk melihat dunia ini
tapi mengapa kau sanggup membiarkan ku terkapai-kapai dalam gelap?
ibu,
terima kasih kerana kau sanggup melahirkan diri ini
tapi mengapa kau tidak mahu berfikir sejenak
mengapa kau sanggup melihat ku menderita?
ibu,
terima kasih kerana memberiku nafas
namun mengapa kau mengikut nafsu semata?
ibu,
terima kasih kerana menjagaku selama 9 bulan di dalam rahim mu itu
tapi mengapa kau sanggup membunuh ku di kala ku baru mahu melihat keindahan ciptaan-Nya
ya Allah..
tidakkan kita semua kasihan kepada nasib si kecil?
mengapa tergamak kita melihat semua ini terjadi?
mengapa masih ada yang sanggup untuk membuang si kecil?
wahai manusia, jangan lah kita berfikiran sempit sehingga sanggup membunuh nyawa mereka yang tidak bersalah.
janganlah kita ikut kan nafsu yang sering membawa kita kepada keburukan.
ya.,. mungkin kita semua sudah puas melihat dunia, tapi...
berilah sedikit masa buat mereka untuk merasai kenikmatan dunia yang kecil ini...
subhanallah. kk xsanggup nk tgk
ReplyDeletekesiankan anak2 kecil ni kk.. hurmmm
ReplyDeleteastagfirullahalazim. kejammmmmm !
ReplyDelete