Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

13 October 2013

Small Reunion - Broga Hill

Planning yang tidak disangka-sangka. Mula-mula aku rasa macam planning ni mungkin tak akan menjadi jugak. Al-maklumlah kami memang selalu plan macam-macam dan akhirnya kami senyap macam tu je. Bila semua dah senyap tu, jadi kena faham-faham sendiri lah. So masa awal-awal planning dalam mind aku dah terfikir dah 'nanti senyap lagi la tu'.. Jahat gila kepala otak ni.. Bukan nak fikir yang positive, ni pergi fikir yang negative dulu.. Ishh.. Teruk sungguh.

Mula-mula planning nak pergi petang sabtu, tapi masa planning nak pergi petang sabtu tu masing-masing buat macam tak tahu je. So memang tekaan aku betul, tepat dan tidak dapat disangkal lah yang memang tak akan mejadi planning kami untuk buat small reunion ni. Tapi tah macam mana malam sabtu tu masing-masing  macam bersemangat nak pergi jugak Bukit Broga hari ahad pagi. So planning kami berubah dari hari sabtu pada sebelah petang ke hari pagi Ahad..

Mula-mula tu semua dah setuju nak kumpul dekat masjid berdekatan broga untuk solat subuh terlebih dahulu. Konon-konon nak kumpul tu dalam pukul 6 pagi la, then pukul 6.30 dah boleh naik.. Tapi semua angan-angan belaka.. Aku sendiri sampai kat semenyih tu dalam pukul 6.15 pagi. So kami solat kat bawah dulu. Aku solat dekat petronas je.. Tak pergi masjid pon. Last-last plan kami nak panjat masa cuaca gelap tak menjadi langsung sebab kami sampai kat kaki bukit broga pon cuaca dah cerah. Cuma kami tak terasa terkilan sangat pon sebab hari tu tak ada matahari terbit. Matahari malu-malu nak keluar dan dilitupi awan.

On the way nak naik tu ramai yang dah nak turun. Jadi nampak kan yang kami ni memang lambat dan ketinggalan zaman. Orang dah siap ber'huuhaaa' kat atas kami ni masih terhegeh-hegeh nak mendaki. Tapi sebenarnya ada gak geng-geng lain yang still baru nak panjat. Cuma masa kami panjat tu tak ada la stuck kat tengah-tengah jalan sebab memang dah tak  ramai wa cakap sama lu. Jadi kami dapat menghirup udara segar  la kononnya (dah ada kena mengena ok).

Once kami sampai atas, aku tengok masih ramai yang sedang menghayati keindahan alam semula jadi. Ada yang berdua, bertiga, berempat dan ber-ber lagi lah. Tak payah nak mention sangat pon tak apa sebenarnya tapi saja je aku nak mention kat sini yang kami pergi berempat. Dua lelaki dan dua perempuan nak mention jugak tu. Bila dah sampai atas jadi masing-masing pon mulalah mengeluarkan camera masing-masing tapi aku just keluarkan camera handphone je sebab senang nak masukkan dalam instagram terus. Cepat, pantas dan berkesan.. cheewaahh..


outfit of the day.

mus dan syam

fahim

mus and me

mus and me again.

three of them 



Dah penat panjat so tibalah masa kami turun. Masa turun tu agak mencabar jugak lah. Bagi sesiapa yang rasa nak mendaki tu, tak kira lah mendaki dekat mana-mana sekalipun, pastikan kita memakai outfit yang proper. I mean pakailah kasut sukan yang selesa, yang boleh grip dengan baik, seluar yang selesa baju yang sukati korang lah nak pakai macam mana pon.. hihihi.. asalkan semuanya selesa dan selamat. This is because it is happen in front of me. Ada budak yang jatuh tersungkur betul-betul depan mata aku tanpa aku sempat nak tolong (adik, akak mintak maaf tak dapat nak tolong sebab jarak memisahkan kita) cheewaaahh.. Budak tu mungkin turun dengan tergesa-gesa dan mungkin kasut yang dipakai tu tak ada grip dan dia tak dapat nak break so faham-faham lah bila dah laju sangat dan tak ada break, memang tersungkur lah. Sangat kesian melihat keadaan dia, tapi selamat dia tak mengalami kecederaan yang teruk.

Lepas kejadian budak tersungkur tu, kami teruskan perjalanan kami turun ke kaki bukit semula, dan on the way nak turun tu, kami terjumpa pula satu kumpulan budak perempuan yang nampak macam salah seorang mereka tengah tahan sakit. Mungkin kaki cramp sebab kawan-kawan yang lain tengah urut kaki dia. So yang ini lagi satu aku nak nasihat, sebelum nak pergi hiking tu, pastikan kita ada stamina yang cukup. Bukanlah nak cakap kena pergi berjogging hari-hari atau kena pergi gym hari-hari semata-mata nak hiking kat broga tu, tapi at least kita tahu tahap kemampuan diri kita sendiri dan kalau boleh, buat la stretching sikit untuk elakkan benda-benda macam ni. Kalau dah sakit tu bukan orang lain yang tanggung kan, diri sendiri yang tanggung, so elakkan lah selagi boleh. Tapi kalau nak kena jugak tu, tak boleh nak buat macam mana kan.. Ouh tu je lah nasihat dari kakak yang tak berapa nak pro ni.. :)

Akhirnya kami sampai ke bawah dengan selamat. Alhamdulillah kami berempat tak mengalami kecederaan atau apa-apa kejadian yang tak di ingini. Selamat naik dan selamat turun. Sampai je kat bawah kitorang tros makan. Makan KFC uollss.. Gila betul. Lepas hilang 2 kilo sebab hiking, sampai bawah naik 5 kilo dek non gara-gara breakfast dengan KFC. tapi tak apa lah kot, just make our tummy happy so telan je..

Bagi yang rasa nak mandi sungai lepas panjat gunung tu, boleh lah pergi ke sungai tekala. Tak jauh pon dari broga hill tu. Ada sign board dia jadi pandai-pandai lah cari sendiri. Kalau tak reti tengok sign board atau malas nak mencari sign board, guna je app dalam hp masing-masing. Sekarang mesti semua orang ada GPS dalam hp tu kan. Tak kan nak simpan je, jadi gunakanlah ianya sebaik mungkin.

Sekian..



Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

16 May 2013

C-Day 7th May 2013

Assalamualaikum w.b.t

Mood konvo dah habis. 7th May yang lepas aku dah merasa naik ke pentas yang konon-konon gah tak hingat. Sebenarnya mula-mula aku memanglah rasa sangat excited nak konvo. Al-maklumlah ini first time aku nak rasa pakai jubah yang besar dari saiz badan dan juga nak merasa letak mortar board di atas kepala.. Feeling ala-ala puteri dengan square crown la konon.. 

Tapi... bila tarikh PRU 13 bertembung dengan tarikh konvo, aku jadi macam tak tentu arah. Mana tak nya, sepatutnya tarikh konvo aku jatuh pada 5th May 2013 bersamaan dengan hari Ahad, so boleh la nak merasa angkut seluruh family, bawak pak cik, makcik, sepupu, dua pupu, dan juga semua kupu-kupu, tapi semuanya musnah. Hancur luluh, impian yang ku impikan.. ceehhh... So lepas tahu tarikh tu terpaksa diubah due to PRU 13, jadi mood konvo telah bertukar kepada mood PRU 13.. 

Masa konvo aku pon tak de la aku nak angkut semua sedara-mara mahupun kupu-kupu aku pergi. Even adik kandung aku sendiri pon tak dapat nak join sebab dia ada exam. Jadinya, majlis konvokesyen ini aku anggap biasa-biasa sahaja.. 













Gambar pon tak dapat nak captured banyak-banyak sebab hujan. Jadi, kami ambil gambar di dalam library sahaja.. Mesti ada yang pelik kenapa 4 orang je yang beriya. Mana the rest of our members? Sebenarnya kami 4 orang ni tercicir dari list mereka-meraka yang lain.. Kami berempat lambat. The rest dah konvo awal.. huarghhh.. sebenarnya sedih, tp tak apa.. Konco lambat ke cepat, yang penting kami tetap kawan smpai bila-bila.. Insyaallah.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang dr jauh semata-mata nak meraikan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga.. :) 


FINALLY IT'S OURS!!!!!!

Terima Kasih Sudi Singgah

30 March 2012

setia eco-garden

Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan.. we have a trip to setia eco-garden and also Puteri Harbour..
Do you guys know where actually Setia eco-garden? Actually you guys boleh bukak terus laman Setia Eco-Garden ni.. Kat sini banyak jugak la info yang boleh korang semua dapat..

If you all ni ada penyakit M, sini aku akan ceritakan serba sedikit apa yang aku dapat la dari trip aku tadi.. Firstly , setia eco-garden is located in the heart of Iskandar Malaysia which is located 26km from Johor Bahru Center and it takes about 20 minutes through Malaysia-Singapore second link highway.

Setia eco-garden ni sangat mementingkan ecology of the site and they always think how to bring back the nature to the place. tThe objective of setia eco-garden is to ensure the need of the present generation which comprising with the need of future generation.

ok.. Thats all yang aku leh elaborate about setia eco-garden.. kang bagi banyak info, banyak pulak yang salah kan.. kalau nak tau lagi lanjut, just go to the website ok.. N now, aku nak share several pictures yang aku amek guna camera murah aku..

the entrance of setia eco-garden.. 


Terima Kasih Sudi Singgah

4 August 2011

Melaka River


Gambar ni ZZ amek time bila pon ZZ tak bape nak ingat.. tapi rasa nya tahun 2010... waktu ni ZZ baru nak berjinak dengan camera.. so ini lah hasil nya.. kalau nak tengok beberapa lagi hasil kerja ZZ direct tros kat link ini ------> http://lensalensi.blogspot.com/




Terima Kasih Sudi Singgah

23 June 2011

my artwork **part 4

Photographer : Zureen Zakaria
MUA : Asrinna Ibrahim
Model : Asrinna Ibrahim





Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork **part 3

Photographer : Zureen Zakaria
MUA : Anjer Leez
Model : Yanna Zakaria

Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork **part 2

Photographer : Zureen Zakaria
Mua :Anjer Leez
Model : Anjer Leez

***
**
*



Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork

my art work..

***
**
*










Photographer :Zureen Zakaria
MUA: Swaya Zamrin
Model: Swaya Zamrin




Terima Kasih Sudi Singgah

8 May 2011

air

air itu umpama sebutir mutiara
walaupun dengan satu titisan, 
namun ianya amat berharga
setitis air memberi seribu makna





Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork

boleh tak kalau reen nak tunjuk hasil tangan reen yang tak seberapa?
ala.. mesti lah boleh kan sebab ni belog reen yang punya.. hehe
jadi korang di alu-alu kan untuk mengomen, mengomel, mengo... apa-apa yang patot la k? tgk je ok..
gambar-gambar kali ni reen amek masa reen hang out dengan family.. reen amek dekat KLCC..
s0??

>>>>
>>
>





Terima Kasih Sudi Singgah

bunga-bunga matahari





venue : Pusat sains negara

Terima Kasih Sudi Singgah

8 April 2011

Sedili Besar



Terima Kasih Sudi Singgah