Mood konvo dah habis. 7th May yang lepas aku dah merasa naik ke pentas yang konon-konon gah tak hingat. Sebenarnya mula-mula aku memanglah rasa sangat excited nak konvo. Al-maklumlah ini first time aku nak rasa pakai jubah yang besar dari saiz badan dan juga nak merasa letak mortar board di atas kepala.. Feeling ala-ala puteri dengan square crown la konon..
Tapi... bila tarikh PRU 13 bertembung dengan tarikh konvo, aku jadi macam tak tentu arah. Mana tak nya, sepatutnya tarikh konvo aku jatuh pada 5th May 2013 bersamaan dengan hari Ahad, so boleh la nak merasa angkut seluruh family, bawak pak cik, makcik, sepupu, dua pupu, dan juga semua kupu-kupu, tapi semuanya musnah. Hancur luluh, impian yang ku impikan.. ceehhh... So lepas tahu tarikh tu terpaksa diubah due to PRU 13, jadi mood konvo telah bertukar kepada mood PRU 13..
Masa konvo aku pon tak de la aku nak angkut semua sedara-mara mahupun kupu-kupu aku pergi. Even adik kandung aku sendiri pon tak dapat nak join sebab dia ada exam. Jadinya, majlis konvokesyen ini aku anggap biasa-biasa sahaja..
Gambar pon tak dapat nak captured banyak-banyak sebab hujan. Jadi, kami ambil gambar di dalam library sahaja.. Mesti ada yang pelik kenapa 4 orang je yang beriya. Mana the rest of our members? Sebenarnya kami 4 orang ni tercicir dari list mereka-meraka yang lain.. Kami berempat lambat. The rest dah konvo awal.. huarghhh.. sebenarnya sedih, tp tak apa.. Konco lambat ke cepat, yang penting kami tetap kawan smpai bila-bila.. Insyaallah.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang dr jauh semata-mata nak meraikan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga.. :)
FINALLY IT'S OURS!!!!!!
congrats zammmm! betul tuuu kawan sampai bila2 yang penting kawen nanti jemput yee. haha. take care!
ReplyDeletetahniah zam..xksh lah lambat ke cepat yg penting sume dah lepas kannn :p
ReplyDelete