Entry sebelum ni cakap pasal makan kat Jakarta.. tapi entry kali ini aku nak bercerita pasal bermain dengan haiwan eksotik.. Cuba korang teka haiwan apa yang aku main? Kucing? alaa.. kalau setakat main dengan kucing, kat tepi jalan pon boleh kan.. Main dengan anak ikan? tak boleh pulak sebab aku tak amek lesen diving lagi.. hanya boleh snorkeling.. jadi binatang apa yang aku maksudkan??
haa.. ini lah binatang yang aku maksudkan.. Nampak tak muka ketakutan disitu.. Berat sungguh la si batik ni.. Mula-mula rasa takut sangat nak pegang si batik ni.. Al-maklumlah rasa macam sangatlah tidak selamat untuk bermain dengan ular.. Tapi u know what, once dah pegang si batik ni, rasa macam tak nak lepas.. Rasa teruja sampai nak melompat-lompat dan hebohkan kat satu duania yang aku suka bermain dengan si batik ni.
Kalau korang perhatikan betul-betul, nampak kan kaki aku di belit oleh si batin.. Tapi serius rasa best.. Macam nak cari seekor dan jadikan haiwan peliharaan.. Tapi aku nak yang jinak seperti di dalam gambar la..
abaikan posing yang agak pelik ini |
Cer korang tengok si batik tu.. Muka si batik tu macam nerd sangat.. baik je.. Dok belit-belit kat leher aku.. Mula-mula nak bagi si batik naik kat atas leher tu, aku rasa gigih sangat nak menahan ketakutan yang bersarang dalam diri. Tiba-tiba terbayang macam mana kalau tiba-tiba si batik mengganas, apa yang akan jadi pada diri ini.. Pasti ramai yang menangis.. haha ( konon-konon ramai peminat macam blogger terkenal)
Habis bab si batik, sambung untuk next haiwan pulak lah.. sebab aku nak sambung tdo.. zzzz.. Selamat tdo di tengah hari..
waahhh bestnya main ular! saya follow :)
ReplyDelete