Lelaki dikenali sebagai Adan Lanza yang berumur 20 tahun u olls.. 20 tahun aku repeat.. ok.. 20 TAHUN.. muda sangat lagi dah menjadi seorang pembunuh dan telah mengejutkan seluruh dunia dengan perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan... Adam Lanza telah menembak mati kira-kira 27 orang termasuk 20 orang kanak-kanak yang mungkin bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.. Bukan tu saja, dia juga telah menembak mati ibunya sendiri.. Ya Allah.. manalah letaknya hati perut si Lanza ni..
Berdasarkan sumber yang didapati, Adam Lanza telah membawa sekurang-kurangnya 2 senjata api selepas menembak ibunya sendiri, Nancy Lanza di rumah kediaman mereka dan terus ke Sekolah Elementary Hook Sandy, Newtown, Connecticut di mana sekolah ini memberi pendidikan kepada kanak-kanak berumur antara 5 hingga 10 tahun..
Terdapat juga sumber yang mengatakan Adam Lanza ini merupakan pelajar pintar yang pelik.. Dia tidak pernah bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan sering duduk di tepi pintu semasa di dalam kelas untuk memudahkan dia keluar dan masuk kelas sesuka hati. Adam Lanza dikatakan mengalami gangguan personaliti.
Bayangkanlah betapa sedihnya perasaan ibu bapa kepada kanak-kanak yang telah menjadi mangsa. Bayangkanlah jika adik-adik kita mahupun saudara-mara kita yang menjadi mangsa.. Kuatkah kita untuk hadapi segala ujian-Nya ini? ya Allah, jauhkan lah perkara sebegini dari terjadi di kalangan ahli saudara kami..
0 si baik hati :
Post a Comment