Menurut sumber yg diperoleh.. Hari ibu sebenarnya merupakan mempunyai sejarahnya tersendiri.. Hari ibu ini dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga bagi org Greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea isitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 org2 England telah meraikan hari yang mereka namakan sebagai ''mothering sunday''. Dalam tempoh ini, sebahagian besar org2 Kristian akan berhenti dari melakukan sebarang tugas dan juga memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother mary. Mother mary ini pula merupakan Seo4ang yg dipanggil sebagai Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan mereka.
Dalam tempoh mothering sunday tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin berkerja sebagai pembantu rumah.. Menjelang hari ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu dan setiap ibu akan dihadiahkan denga Mothering cake atau kek hari ibu sempena meraikan perayaan tersebut.
Amalan dan juga tradisi ini telah menular ke seluruh dunia dan kini ianya telah disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother church ini telah dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung dan ia dapat memberikan manusia kehidupan dan juga dapat memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, penghormatan mereka terhadap ibu adalah sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja..
Namun pada tahun 1907, ada sumber yang mengatkan Anna jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari ibu. beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di grafton, West Virginia agar meraikan Hari Ibu pada hari ulangtahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan mei dan semenjak hari itu, hari ibu telah dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Dan semenjak dari itu, sehingga kini, ramai yang telah menyambut hari ibu.
Sebenarnya, kita sebagai umat-Nya, harus menghargai ibu kita pada tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa. Setiap dari kita mempunyai cara yang berbeza dalam menunjukkan kasih sayang, tapi apa yang paling penting kita harus ingat bahawa SYURGA anak-anaknya terletak di bawah kaki IBU.. hargailah mereka setiap hari dan bukan hanya setahun sekali..
Published with Blogger-droid v2.0.4
setiap hari adalah hari ibu..hargai ibu sepanjang masa :)
ReplyDelete