17 May 2012

Dugaan

"Dalam kehidupan penuh dengan kejutan dan juga dugaan"
memang tak dinafikan dalam hidup ini banyak sangan cabaran, dugaan, rintangan yang perlu kita hadapi.. we need to face it by hook or by crook.. Setiap manusia yang dicipta olehNya pasti akan diberikan ujian tidak kira kecil mahupun besar. Tipulah jika seseorang itu berkata dia tidak pernah ditimpa musibah. Seperti yang kita ketahui, setiap makhluk mempunyai masalah mereka sendiri sama ada masalah di rumah, ditempat kerja, di tempat belajar, masalah bersama kawan mahupun pasangan. Semua ini merupakan ujian dr-Nya. Dia menguji kita kerana Dia tahu apa rahsia yang tersembunyi dan pasti ada hikmah dalam setiap ujian yang menimpa.


"Hidup ini sangat indah jika kita memandang dan melihatnya dengan mata yang indah.. 
Hidup ini juga boleh jadi derita jika kita memandangnya sebagai satu penderitaan.."

jadi pilihlah dari kaca mata mana yang kita inginkan.. adakah dari keindahan atau dari penderitaan..
Anggaplah segala kejutan dan dugaan yang dihadapi dalam hidup ini sebagai satu ujian dari-Nya..
Maafkan aku jika aku pernah melakukan kesilapan dan juga kesalahan.. maafkan juga jika aku pernah melukakan..


Terima Kasih Sudi Singgah

1 si baik hati :