Seramai lebih kurang 450 orang para pelajar dari Malaysia yang menuntut di Yaman dikatakan tersepit dan menghadapi kesukaran akibat daripada peningkatan kes pertempuran antara tentera dengan pembangkang dan sehingga hari ini, lebih kurang 30 orang telah terbunuh akibat pertempuran yang berlaku.
Menurut presiden persatuan pelajar islam Malaysia di Yaman, Mohd Iqbal Abu Aziz, keadaan di sana semakin sukar kerana pertempuran berlaku hampir setiap hari.
Keadaan di Yaman dikatakan semakin buruk berikutan rakyat di sana bebas membawa senjata ketika menyertai demonstrasi. Meraka dikatakan telah merampas senjata dari balai polis dan pada masa ini, bukan lah polis yang menjaga keamanan negara, tetapi ianya telah di galas oleh para tentera negara Yaman itu sendiri.
Menurut sumber dari Berita ABNA, demonstrasi berlaku kerana rakyat ingin menuntut pembubaran pemerintahan Abdullah Shaleh. Ribuan rakyat tempatan Yaman yang menyertai demonstrasi menginginkan adanya perubahan dalam kerajaan.
salah seorang penunjuk perasaan |
keadaan kacau bilau |
bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia..
sumber:
berita harian
warta berita
0 si baik hati :
Post a Comment