23 March 2011

Amalan SIHAT yang SALAH


Sihat.. semua orang nak sihat kan? Ada ke orang yang tak nak sihat? Kalau ada, meh habaq kat aku.. biar aku tampaq laju-laju.. Confirm tros tak sihat.. 
 MySpace
Dalam pada semua orang nak sihat…. Tapi korang tahu tak, tidak semua amalan sihat yang kita cuba lakukan selama ini merupakan amalan yang dilakukan dengan cara yang tepat. Terdapat beberapa amalan sihat yang sering di amalkan didapati salah dan boleh membahayakan kesihatan kita.. (eh, betol ke?) ha.. nape? korang tak nak caya eh? Heii… aku dapat info ni dari majalah wanita tau tak? Tak kan la tak betol kan? Anyway, cub abaca dulu.. baru la korang tau betol ke tak ape yang aku nak merepekkan ni.
1.       Menghindari matahari


-hei.. kenapa korang nak lari dari matahari tu yea?
Sebenarnyekan, korang pon mesti tahu kan yang tubuh badan kita ni memerlukan Vitamin D untuk membuat tulang agar tetap sihat dan mencegah penyakit dengan meningkatkan system kekebalan tubuh kita. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapatkan vitamin D untuk tubuh badan kita adalah melalui pendedahan terhadap cahaya matahari (tapi tak de la aku nak suruh korang berjemur masa matahari kat atas kepala)
Jadi, korang tak yah la takut dengan cahaya matahari. Seelok-eloknya cuba dapatkan paparan matahari sebelum jam 10 pagi ok.. so jangan lah korang nak cakap yang korang tu puteri lilin tak boleh kene cahaya ok.. hihihi -->kene kat diri sendiri (konon puteri lilin) podahh
 

2.       Menggunakan sabun antibakteria

Sekarang ni senang je nak dapat sabun antibakteria ni kan? Pergi saja dekat mana-mana farmasi, Watson, Guardian, shopping kompleks, hatta kedai runcit sekalipon, mesti ada sabun anti bacteria ini kan? (tak percaya korang pergi cari sendiri ok).. sabun dan gel antibakteria ini memang praktikal la untuk di bawa kemana-mana kerana saiznya yang kecil, namun jangan lah terlalu taksub dengannya kerana ia sebenarnya boleh melemahkan kemampuan tubuh untuk melawan bacteria. Sebenarnya, dengan hanya mencuci tangan menggunakan air hangat (air suam) dan sabun selama 20 saat juga mampu melindungi korang badan kita dari kuman tau.. lebih murah bukan? Hihi (saving itu sangat di perlukan) hihi
3.       Bergantung pada hawa dingin atau lebih di kenali sebagai air-cond.


Sapa yang tak suka duduk dalam air-cond betul tak? Mesti korang semua sama macam aku.. suka duduk kat dalam air-cond.. sejuk, nyaman.. tapi sebenarnya tak elok tau kalau duduk lama sangat kat dalam persekitaran yang menggunakan air-cond. Ini kerana ruang yang menggunakan air-cond mengandungi bacteria dan kuman dan pastinya mengandungi semua jenis partikel debu.
Oleh itu, setiap beberapa jam, cubalah matikan air-cond tu dan bukak tingkap untuk menikmati udara segar.. udara buatan Allah lebih bermakna.  (jadi, budak-budak studio aku tu, silalah tutup air-cond.. aku boleh beku dok kat air-cond tu tau) aiyooo

4.       Olahraga berlebihan

Korang ni suka tak bersukan? Kalau korang Tanya aku, memang aku jawab aku sangat suka untuk bersukan.. percaya tak? Percaya lah beb.. hihi
Bersukan ni penting untuk tubuh badan. Ianya bukan sahaja boleh mengembalikan tenaga kita, selain itu, dengan bersukan, kita boleh kurus.. yea.. aku ulangi.. KURUS.. aku sangat suka kurus.. sebab aku ni GEMOK.. huhu.. mengaku gemok seyh.. cet..
Namun…. Sebenarnya, tubuh badan dan fikiran kita ni tidak memerlukan lebih dari 3-4 kali latihan kardio selama 30 hingga 40 minit seminggu. Ini bermakna, kita tak perlulah nak buat olahraga yang berat-berat dan boleh memudaratkan tubuh badan kita ni. Cukuplah sekadar dilakukan olahraga versi santai, ringan, dan menyenangkan seperti berenang, main tenis, golf ataupun aerobic..
Sumber: mingguan wanita

Terima Kasih Sudi Singgah

1 si baik hati :

  1. aku buat nombor tiga. tapi nombor empat, tak perlu risau.

    aku tak bersenam pun sebenarnya. =.=

    ReplyDelete