7 March 2011

masa TERLUANGKAH?

aku dah tak de keje ni. (walaupun sebenarnye assignment sangat lah melambak-lambak) jadi aku nak penuhi masa yang TERLUANG dengan mengupload semua gambar-gambar yang ada. (xde la semua) mungkin tak larat kot nak upload semua beratus gambar dalam simpanan. cuma gambar yang terpilih sahaja akan di edit dan di upload.. 

tapi lepas edit aku dah rasa macam rugi nye aku tak upload gambar ni dulu.. kesian kat aku.. tu la.. sape suruh jadi malas lagi.. kan blog ni dah keseorangan.. kekosongan. ishh.. tapi tak pe.. lupakan kisah dulu, bukak buku baru.. rajin-rajin kan lah diri tu nak mengupload gambar-gambar yang ade ok.. bukannya rugi space dalam belog ni pon. paling busuk pon, ade gak la sources softcopy yang lain kalau ditakdirkan hard disk rosak atau meragam atau buat hal. (sama sekali tidak dapat di bayangkan) oh.. harapan yang tinggi dalam diri supaya menjaga hard disk dengan baik supaya tidak meragam..

sebenarnya saya masih amatur dalam mengambil gambar.. masih mencari kedudukan untuk berdiri bersama camera yang tak seberapa.. masih mencari spot atau angle yang cantik untuk mengambil gambar.. gambar-gambar kemudian di simpan di dalam hard disk sampai berhabuk dan kalau nak tgk balik, terpaksa tiup habuk-habuk yang ada sebab lama buat pekasam dalam beg.. 

kesian..

kesian ke kat aku ni? macam tak perlu dikesiankan aje.. 
kalau rasenye gambar yang di upload tu chomel, credit to myself, tapi andai kata buruk di  mata korang.. ade aku kisah? tolong lah bagi pendapat dan perangsang yea.. yea.. yea... 

ni je la yang aku nak bebel waktu masa terluang ni.. lepas ni nak upload gambar plak di masa yang terluang walau hanya dalam masa 5 minit sahaja.. 

lalala.. 

yea
***
**
*
saksikannya..

venue : in a jungle..
jungle la sangat.. jgn nak menipu weii.. gambar ni actually dekat gunung berlumut jugak.. vie kat gunung berlumut ni cantik kalau kene pada gayanya kan? kan?

venue : gunung berlumut
gambar ini pon diambil di gunung berlumut..
air sepoi-sepoi bahasa (ape yg ko merepek ni)
berjalan menongkah batu
namun ia tetap bersama tanpa sebarang perasaan iri hati sesama sendiri
(abaikan si penulis yang sudah mula merepek)
ishh.. merosakkan bahasa bangsa




venue : tg penyabung, kota tinggi
such a nice place.. ada scenic tersendiri..
lalang tumbuh melata..
dikelilingi pokok kelapa dan seterusnya pokok sawit yang tersembunyi di balik kelapa..
gembira dengan susana yang nyaman membuatkan kami melompat di balik lalang yang menguning..

ini sahaja gambar buat masa TERLUANG ini..
nnt kalau ade masa TERLUANG lagi.. akan ku upload gambar yg diambil..




Terima Kasih Sudi Singgah

7 si baik hati :

  1. cantiknyerr gambar2 lamnih. dr entry yg ni smpai yg lps2 tu, sume menenangkan =)

    ReplyDelete
  2. gunung berlum,ut tu kat mana eh?

    ReplyDelete
  3. katekatekite : thanks yea.. (^_^)

    afzan : gunung berlumut tu kat johor.. kat ngan kluang..

    ReplyDelete
  4. oo yeke? dekat jela dari JB. kena pegi ni, tempat cantik je tengok. lagi cantik dari air terjun kota tinggi kan?

    ReplyDelete
  5. haah dekat jb gak.. bukan jauh pon.. hihi..
    tmpt ni cantik.. kalau pergi hiking, nnt kat ngan puncak pon ade air terjun.. cantik...

    ReplyDelete
  6. haha. ee,cantik tempat and some pic dah macam monkeyy. ;D

    ReplyDelete
  7. vee, sapa yg mcm monkey? i think i know sapa yg kamu maksudkan.. hihi..

    ReplyDelete