5 July 2014

Dato Sharifah Aini meninggal dunia

Hai uolls..

Assalamualaikum

Pagi ini kita di kejutkan lagi dengan satu berita yang mengejutkan dimana Biduanita Negara, Dato Sharifah Aini telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarhamah Sharifah Aini atau lebih dikenali dengan panggilan kak Pah meninggal dunia pada umurnya 61 tahun.

Jenazah telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum Zohor tadi dan telah meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Allahyarhamah kak pah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari Selasa yang lepas akibat daripada kesukaran bernafas pada awal pagi Isnin.

Pemergian Allahyarhamah amat di rasai oleh semua.

Semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah..

ihsan mr.google


Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment