Hai uolls
Radio yang harus iolls dengar setiap hari mestilah suria cinta bersama DJ Lin. Yeah, uolls jangan salah anggap hoccay. Iolls bukanlah duta Suria FM sebab sesungguhnya iolls memang tak layak langsung untuk jadi duta dan iolls juga tidak di bayar walau satu sen pon untuk bercakap tentang radio suria fm ini. Tapi dengan rela hatinya, iolls nak berceloteh juga tentang Suria FM.
Yea, mesti yang ramai cakap iolls punya taste macam orang tua yang jiwang karat serta tangkap leleh kan. Tapi sebenarnya, iolls suka segmen suria cinta sebab iolls suka cara penyampaian DJ Lin itu sendiri. Dengan suara dia yang lemak berkrim serta syahdu memang boleh buat mata yang layu, segar kembali.
Nak-nak lagi waktu sekarang ni, memang hari-hari lah iolls dengar celoteh DJ Lin di Suria Cinta sebab tiap-tiap malam iolls buat kuih raya. Bukan untuk di jual tapi untuk dimakan sendiri serta untuk jamu tetamu lah. Al-maklumlah raya lagi seminggu je kan. Macam tak percaya je.
Hoccay, bila buat kuih raya sambil dengar Suria Cinta, feeling buat kuih raya tu jadi lain sikit dan hasil kuih itu sendiri pon jadi lain - Gebu-gebu lemak berkrim dan penuh dengan kasih sayang serta cinta yang tulus ikhlas.. Cheewaah.. Kau hado!! Non-hado!!
Yea, iolls tau rupa kuih yang iolls buat sedikit huduh tapi uolls please ok, 'don't judge a book by it's cover' dan silalah jangan nilai kuih iolls yang huduh ni dari segi rupa.. Sedih iolls tau. Meh jemput datang rumah iolls dan rasa homemade cookies ni. Air tangan iolls sepenuhnya. uwaaa, maaf lah sebab huduh. Malu nak tunjuk, tapi lantak kan sahaja. At least ada hasil daripada tak ada langsung kan. (>__<)
Jadi, conclusion dia di sini, marilah kita sama-sama layan suria cinta setiap weekdays dari jam 10-2 pagi. Lepas tu, barulah kita boleh tidur dengan lena sebab dah puas layan perasaan kan.
Wahh..tudia penangan suaria cinta,,hehe
ReplyDelete*Done follow sini..jom follow me back ya.. :)
p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...
ReplyDeleteSelamat hari raya juga.. :)
Delete