2 July 2014

Adik Firdaus - OKU di kurung

Hai uolls.

Assalamualaikum

Kasihan adik Firdaus

Lihatlah kuasa Allah S.W.T. Tanpa kita duga, operasi untuk membanteras pendatang tanpa izin ini dapat menyelamatkan satu nyawa yang tidak bersalah. Lihatlah bertapa cantiknya perjalanan yang telah di tulis oleh-Nya. Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini satu Malaysia telah di kejutkan dengan berita yang menyayat hati. Berita yang meruntun jiwa. Tanpa kita duga, terdapat insan yang tidak bersalah telah di perlakukan tanpa peri kemanusiaan.

mr.google
Laporan berkaitan..

NILAI: Operasi Imigresen memburu pendatang tanpa izin di sekitar Bandar ini menemui seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikurung seorang diri dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.

Remaja tempatan berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering dan kecil seperti kanak-kanak, malah memakai baju reput, manakala persekitaran bilik rumah pangsa di Taman Semarak, dipenuhi tanah dan najis.

Operasi diketuai oleh Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman bersama 115 anggota Imigresen, 30 anggota RELA, empat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan lima Jabatan Pendaftaran Negara, menyerbu kawasan rumah pangsa itu, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Faizal berkata, rumah itu diserbu kerana dikatakan didiami pendatang tanpa izin, tetapi apabila memasuki sebuah bilik, beliau menyangka menemui mayat, tetapi terperanjat apabila melihat seorang budak OKU yang bergerak.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.

Ibu remaja itu yang kebetulan baru balik dari bekerja di Sepang ditahan untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan ibu remaja berkenaan dikatakan berasal dari Sabah ~Berita Harian

Melihatkan kepada gambar adik Firdaus ini, boleh ke weolls percaya yang adik ini hanya mengalami masalah kekurangan zat makanan? Jika di ikutkan logik akal weolls, adakah faktor kurang zat boleh menyebabkan baju yang di pakai jadi reput sehingga begitu sekali dan juga mengapa keadaan persekitaran bilik adik Firdaus seperti tempat pelupusan sampah? Masyaallah. Mengalir air mata ini melihat keadaannya yang teruk. 

Bukan iolls nak kondem ibu adik Firdaus tapi iolls tak dapat nak berfikir secara positive lagi. Celah mana nak di positive kan pon iolls tak tahu. Kalau di lihat pada facebook ibu kepada adik Firdaus, seperti tiada masalah kewangan yang di hadapi oleh nya. Bertudung cantik, berbaju serba sempurna namun tak boleh kah di belikan baju sehelai. Bukan di minta baju berharga beribu-ribu namun cukuplah baju RM 5 sekali pun buat anak kecil itu.

Jika dilihat pada keadaan bilik yang di duduki oleh adik Firdaus, sanggupkah kita tidur dalam bilik yang berkeadaan begitu? Hatta gelandangan sendiri pon tidak sanggup untuk tidur dalam keadaan begitu inikan pula bagi si kecil yang tidak boleh berkata-kata. Ok lah, let me think positively, mungkin si ibu tidak sempat untuk mengemas bilik si kecil. Tapi kenapa si ibu tidak tidur sekali dalam bilik si kecil? Tak sanggup kah? Bagaimana lah perasaan si kecil Firdaus. If busy sekali pun, tak kan ber make up untuk kelihatan cantik menarik tertawan boleh, namun untuk menyapu bilik yang kosong tak boleh? So, tell me know how can i be positive?

Tiada jalan lagi untuk iolls berfikir secara positive.






Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment