Hai uolls
Semalam weolls di kejutkan dengan berita MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia. Sebenarnya bukan terhempas saja-saja tapi telah DITEMBAK. Masyaallah, lakonan apakah yang bermain di dalam dunia kala ini? Hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya terjadi. Terlampau banyak spekulasi yang dapat di baca. Namun, weolls sebagai manusia yang punya akal yang waras, lebih baik menilai sesuatu itu dengan berhemah serta tidak bertindak melulu dan berbangga dengan status 'keyboard warrior'.
Tatkala ramai yang tengah bersedih, berduka serta meratapi pemergian tersayang, weolls sebagai pelaku di muka bumi ini janganlah sewenang-wenangnya share atau berkongsi maklumat yang tidak-tidak. Sekurang-kurangnya hormat perasaan orang lain.
Berbalik kepada kes MH17, iolls mengharap pihak kerajaan Malaysia dapat bekerjasama dengan pihak lain dalam menyelesaikan perkara ini. Kasihanilah mereka yang kehilangan orang tersayang. Hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya, tup-tup satu malaysia hiba. Jadi di harap semua pihak dapat melakukan siasatan hingga ke akar umbi.
Jadi, sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan al-fatihah kepada keluarga mangsa yang beragama Islam dan bagi yang bukan Islam, rest in peace.
AL-FATIHAH
**Iolls hanyalah suara-suara kecil yang boleh menekan kekunci laptop dalam menyampaikan kata hati yang kecil namun, iolls juga punya hati dan perasaan.
0 si baik hati :
Post a Comment