1 July 2014

Percutian - Bali 2014 *Tips 5 #Tanah Lot


Hai uolls..
Iolls masih lagi dalam mood bercuti di Bali. Jangan jemu, jangan bosan untuk membaca walaupun entry-entry iolls ni panjang berjela. Kali ini iolls nak cerita pasal Tanah Lot sahaja. Maklumlah, seperti yang iolls ceritakan sebelum ini di dalam entry Vacation Bali - Tips 3, iolls tak sempat nak tengok sunset di Tanah Lot pada hari ke-2 di Bali. Jadi, iolls decided untuk ke Tanah Lot lagi sekali untuk dapatkan view cantik yang boleh di jadikan sebagai kenangan untuk iolls. Maklumlah, pictures remains as memories dan oleh sebab itu, iolls nak simpan banyak-banyak gambar sebagai kenangan iolls. Lepas ni tak tahulah sama ada akan ke Bali lagi atau tidak. Bergantung pada keadaan tapi rasanya lepas ni iolls akan ke tempat lain pulak untuk mencari pengalaman yang lain di tempat orang. Insyaallah. 

Jadi, pada hari ke-3, sekali lagi iolls sampai ke Tanah Lot. Iolls dan rakan-rakan bergerak ke Tanah Lot lebih kurang jam 4 petang selepas berehat seketika. Maklumlah sebelum itu, dah habiskan masa dengan watersport activities. Jarak antara Kuta-Tanah Lot tak ada lah lama mana. Memandangkan iolls dah pernah sampai ke Tanah Lot ini sehari sebelumnya, jadi jalan dia sangatlah senang berpandukan waze yea wahai uolls... Hanya 45 minit dari Kuta-Tanah Lot dan tup-tup sampai.. 

Wah, gembira hati ini bila berpeluang merasai suasana sunset di Tanah Lot. SubhanAllah, cantik sungguh ciptaanMu ya Rabb. Sesungguhnya nikmat Mu yang mana yang harus ku dustakan Ya Allah. 

Jom lah tengok gambar-gambar yang iolls ambil sendiri di Tanah Lot. Biarlah gambar berbicara. 

keindahan Tanah lot. *Nikon DSLR
Subhanallah. *Nikon DSLR 
Haruslah ada gambar sendiri *SJ4000
Si dia juga nak berselfie? *SJ4000
Ber'duck face' bersama. *SJ4000
SubhanAllah. canti tak terkata. *Nikon DSLR
*SJ4000
Impianku setinggi matahari Mu. *Nikon DSLR

i love u till the end of my life Insyaallah. *Nikon DSLR
*Nikon DSLR
Cantikkan suasana petang di Tanah Lot. Jadi iolls amatlah berharap uolls yang menjejakkan kaki ke Bali tu singgahlah di Tanah Lot ini walau untuk seketika. Hayati keindahan ciptaan-Nya. Lihat kebesarannya. Sesungguhnya walau di mana sahaja, kita dapat melihat kuasa sang Pencipta. Akhir sekali sebelum iolls publish entry ini, iolls nak jamukan uolls dua lagi gambar yang membuatkan iolls sendiri terpukau dan terpana dengan keindahan yang tercipta. Maaf lah kalau ianya hanya cantik di mata iolls tapi tidak di mata uolls.. Maaf sekali lagi.. Cheewah, macam dah nak raya kan. 

*Nikon DSLR

*SJ4000
 Cantik tak?? Ini perbezaan gambar yang di ambil menggunakan DSLR dan juga mini camera SJ4000. Tak sia-sia pon sebenarnya beli SJ4000 ni (promote sekali lagi). 

So itu sahajalah entry untuk kali ini. Iolls harap iolls dapat lah berikan sedikit walau tak banyak info-info dan juga tips-tips di Bali walau sebenarnya bukan tips sangat pon, cuma lebih kepada pengalaman iolls di Bali. Namun, ianya mungkin boleh bagi uolls idea jugak kan. Insyaallah. 






Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment