Assalamualaikum.
Entry sebelum ini iolls bercerita pasal hari ke-2 iolls di Bali dan berjalan dari Kuta-Bedugul-Tegalalang-Tanah Lot-Kuta. Penuh tentative iolls untuk hari ke-2 di Bali. Dan kali ini iolls nak sambung pulak perjalanan iolls pada hari ke-3 di Bali di mana iolls menghabiskan lebih kurang separuh siang dengan water sport activities.
Iolls dah survey untuk activities ini sejak iolls purchase ticket ke Bali lagi. Maknanya lebih kurang sebulan juga lah sebelum iolls terbang ke Bali. Banyak website yang iolls terjah untuk dapatkan best package plus murah dan sesuai dengan hati iolls yang kedekut ini. Jadi, dalam banyak-banyak yang iolls dah survey, hanya package ini yang sesuai dengan hati iolls ni yang nak macam-macam tapi memang kedekut dalam bab bayaran. Iolls pilih package yang di tawarkan oleh Watersport di Tanjung Benoa
iaitu package E - parasailing, banana boat (ditukar dengan flying fish), jet ski dan juga skuba. Total price Rp. 580 000 perperson dan bagi aku ianya consider sangat murah jika di bandingkan dengan harga-harga package yang lain.
Untuk watersport activities ni iolls suggest uolls untuk buat online booking sebab ianya menyenangkan. Uolls boleh minta person incharge dalam package tu untuk ambil dan hantar uolls dari hotel yang uolls menginap sebab harga yang di beri memang dah termasuk dalam package. Selain itu, mereka juga menyediakan lunch buffet untuk weolls. Wah, dah save duit kat situ kan. Iolls memang suka berjimat-cermat. Boleh spent duit iolls kat tempat lain. :)
Hoccay, kali ni iolls nak jamu uolls dengan gambar-gambar iolls masa buat di Tanjung Benoa ni. Biar gambar berbicara.
First activities weolls buat adalah parasailing. Seriously best nak pengsan sampai terkeluar urat kentut bila main parasailing ni. Iolls main parasailing ni sampai iolls rasa tak nak turun dah. Nak terbang seperti seekor burung dan melihat keindahan alam semulajadi dengan kedua mata. Bersyukur atas peluang yang di beri. So, conclusion dia iolls memang suggest kan uolls try this activity.
ready untuk aktiviti pertama which is parasailing.
|
while waiting for the boat |
selfie itu harus bagi weolls |
nampak tak kami gila kuasa. Halau they all ke belakang dan kami dengan senang hati conquer depan. |
selfie dulu sementara tunggu si dia ber jet ski. |
now it is my turn. Peace yow |
And now, turn untuk weolls main air pulak. Jom ber scuba diving. Actually kat Tanjung Benoa ni, air laut dia tak berapa umpph.. Setakat bolehlah. Tapi untuk mendapatkan pengalaman berskuba dan merasa untuk berskuba boleh la mencuba di Bali ni. Sebenarnya banyak lagi pulau yang cantik di Bali ni untuk penggemar skuba. Uolls boleh la search sendiri hoccay. Iolls ni saja ja nak mencuba untuk berskuba. Lagipon iolls bukan pandai sangat nak berenang. Timbul tenggelam timbul tenggelam dan terus tenggelam je la kot.
preparation before start diving |
weolls love to selfie. Maafkan weolls
|
fish feeding |
si nemo yang comel |
Selesai keempat-empat activities, weolls naik semula ke pantai dan bersihkan badan dan seterusnya weolls di jamu dengan buffet yang telah disediakan. Iolls lupa pula nak ambil gambar buffet dia, tapi boleh dikatakan sedap lah bagi yang suka makan makanan chinese style. Iolls pulak jenis tekak melayu dengan tekak omputih, jadi makanan cina ni iolls kurang sikit la.
Bagi gambar-gambar di tanjung benoa ni, selain guna DSLR, iolls guna SJ4000 je. Iolls tak mampu nak beli gopro yang berharga riban-riban tu. Jadi kepada sesiapa yang teringin pakai gopro tapi tak cukup duit atau kedekut macam iolls ni, boleh la beli SJ4000. If uolls tak malas nak pergi cari di low yat, kawan iolls ada jual SJ4000 ni. Harga iolls bagi murah je. Nak tahu harga dia? uolls boleh tinggalkan comment di bawah atau boleh je email iolls di alamat email- ddzureen@gmail.com atau direct msg di fb iolls Noor Zamzuriani Zakaria hoccay.
So, iolls harap entry ini dapat membantu uolls sedikit walau tak banyak lah. Next entry iolls akan update pasal pantai-pantai menarik di bali pulak ok.. See ya
Vacation Bali - Tips 3
Vacation Bali - Tips 2
Vacation Bali - Tips 1
Vacation Bali
0 si baik hati :
Post a Comment