29 June 2014

Percutian - Bali 2014 *Tips 3 #Bedugul #Tegalalang

Hai uolls.. 

Assalamualaikum. I'm back setelah dekat sebulan ke Bali hari tu.. Ni baru nak update tips untuk hari ke-2 bagi beg-packers Bali. 

Hari ke-2 bercuti di Bali, maka bermulalah misi iolls bersama kawan-kawan iolls menjelajah ke tempat-tempat yang boleh dikatakan menarik jugak lah di Bali. Seperti yang iolls ceritakan sebelum , sepanjang berada di Bali, iolls merempit dengan sepeda je uolls. Senang, murah, jimat dan segalanyalah yang menyenangkan hidup. 

Tempat pertama yang iolls pergi pada hari kedua ialah Bedugul Temple. Bedugul Temple ni merupakan salah satu tempat yang harus uolls pergi dan para pemandu pelancong pasti akan syorkan kepada tourist mereka untuk ke Bedugul. Jarak antara Bedugul dengan Bandar Kuta mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan menaiki motosikal. Perjalanan ke Bedugul ni perlu melalui kawasan pembuatan kopi luwak dan juga sawah padi. Selain itu, uolls akan lalu kawasan kilang membuat air coke. Tapi kilang dia kecik je. Tak gah macam kilang-kilang di Malaysia ni. 


 Memang tak di nafikan Bedugul ini cantik. Terletak di tepi tasik yang nyaman. Untuk pengetahuan semua, Bedugul Temple ni ada dalam duit kertas Rp50,000. Macam kat Malaysia, Gunung Kinabalu diabadikan dalam RM1 namun di Indonesia, Bedugul tample ni boleh di dapati dalam duit kertas RP.50,000. 

haruslah ada gambar sendiri untuk di enter-frame.. 


Setelah penat bergambar dan menghabiskan kodok 'kodak', kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Tegalalang terrace rice. Tapi sebelum itu, kami sempat jalan-jalan kat kedai-kedai depan Bedugul temple. Ada satu kedai makcik kat Bedugul ni sangat murah. Iolls beli fridge magnet tak sampai RP10,000. Memang murah sangat lah dari tempat lain.

Tegalalang ni terletak di Ubud. Jarak antara Bedugul dan Tegalalang mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan juga menaiki motosikal. Kalau uolls naik superbike, mungkin boleh kurangkan masa perjalanan di atas jalan raya, tapi sebenarnya amatlah tidak digalakkan untuk menaiki superbike. Bukan apa, tapi bagi iolls, ianya amat bahaya plus jalan dia macam nak pergi cameron highland selain jalan yang kecik dan juga ikut jalan kampung. Selain itu, kena lalu macet lagi. Jadi baiklah naik je scooter sebab senang, ringkas, padan, cepat serta tak penat nak main clutch bagai kan. Jalan untuk ke Tegalalang kalau dari Bedugul, uolls perlulah patah balik jalan yang uolls datang dan smpai jumpa kilang coke, barulah uolls belok kiri, lepas belok kiri tu baiklah uolls cari jalan sendiri sebab iolls tak hingat nak bagi direction + iolls ni bukan GPS hoccay. 

Tegalalang, Ubud



Tegalalang, Ubud

Perjalanan tu memang penat. Muka uolls yang daripada suci murni pon boleh jadi penuh debu dan hitam berhabuk. Jadi, amatlah di galakkan untuk uolls bawak wet tissue untuk uolls lap muka uolls tu. Tapi kalau uolls sanggup untuk lap guna baju atau tudung, dipersilakan. Kalau uolls terlebih rajin, bawaklah pencuci muka skali, at least boleh cuci terus muka tu kan.. Fuh, walaupun muka dah tak sesuci awalnya, tapi bila sampai sahaja di Tegalalang, pasti uolls akan rasa tenang. Lagi-lagi kalau uolls ni memang jenis yang sukakan kehijauan. Seriously iolls cakap, memang tenang tempat ni. Iolls lepak lama jugaklah kat tempat ni. Selain itu, weolls ambil kesempatan menjamu perut weolls yang berkeroncong kat Tegalalang ni. Makanan dia not bad. Sedap jugak lah, dan yang penting HALAL. Bukan apa, kat Bali ni penuh dengan Babi Guling. Bagi orang-orang di bali ni, babi guling tu bukan lah sesuatu yang asing malah mereka jual babi guling ni tepi-tepi jalan je macam jual ayam golek je.. Hidung di merata-rata tempat. Memang hebat.

Harus ada gambar sendiri dengan muka konon-konon serious. 

Nama kedai yang weolls lepak untuk lunch treat kitorang ni 'Lumbung Sari Warung'. Alhamdulillah, nikmatMu yang mana yang harus ku dustakan.

Lepas lebih kurang satu jam lebih lepak, weolls terus gerak ke next destination which is Tanah Lot. Jarak antara Tegalalang dengan Tanah Lot lebih kurang 40KM dan mengambil masa antara 1 jam bergantung dengan kelajuanlah. So memang boleh dikatakan seharian weolls berjalan ni memerlukan tenaga punggung yang kuat untuk duduk di atas seat motorsikal. Kalau uolls naik kereta memang sangatlah selesa. Tapi seperti yang iolls inform awal, sabarlah untuk hadap macet di Bali tu.

Suasana malam di Tanah Lot
Actually, masa weolls sampai kat Tanah Lot, weolls dah terlepas sunset. Sedih sangat.. Ni semua gara-gara waze tetiba buat hal. Maklumlah weolls ni pergi vacation cara survival. Jadi, weolls kena guna alternative sendiri dari satu tempat ke satu tempat dan caranya adalah dengan berpandukan GPS. tapi itulah, waze tetiba buat hal dan telah menyesatkan weolls. Tapi weolls masih sempat lah untuk bergambar di Tanah Lot dan disebabkan weolls terlepas sunset, weolls decided untuk ke Tanah Lot lagi sekali. Bagi weolls ni, kalau tak dapat amek gambar kat Tanah Lot banyak-banyak rasa macam tak lengkap hidup. Macam makan nasi tanpa lauklah kononnya..

Tanah Lot
Walaupun weolls sampai lambat ke Tanah Lot, tapi weolls dapat merasai suasana malam di Tanah Lot. Memang ramai manusia kat Tanah Lot ni even weekdays. Bayangkanlah pula kalau weekend macam mana la keadaan Tanah Lot ni kan. Maknanya, dont expect bercuti di Bali pada hari biasa dapat elak kesesakan macam di Malaysia. Anggapan uolls semua salah. Kat Tanah Lot ni memang penuh orang sepanjang tahun. Untuk yang cari ole-ole, boleh lah tengok-tengok kat Tanah Lot ni. Kalau pandai bargain, uolls memang untung. Kat sini macam-macam ada.


Benda alah ni ada di kebanyakan rumah di Bali


Dah bosan jalan-jalan kat Tanah Lot ni, weolls pon nak balik lah ke Kuta semula. Tapi baru je keluar pintu gerbang Tanah Lot tu, weolls dah stuck dalam kesesakan. Rupanya hari Isnin ni hari they all sembahyang. Jadi memang sesak lah jalan nak keluar tu sampai weolls terpaksa matikan enjin motosikal weolls. Jadi weolls berpeluanglah untuk lihat macam mana rupa upacara they all ni, Majority all of them pakai baju persalinan warna putih dan bagi kaum wanita, they all pakai kebaya putih ikut body shape. Then, they all jalan kaki dari Tanah Lot temple hingga ke jalan besar sambil 'nyanyi'(doa cara they all). Upacara ni sesuatu yang agak unik dan menarik untuk di lihat tapi jangan lah sampai weolls terikut-ikut dengan they all ni yea uolls.. :)

So, lepas dari Tanah lot ni, we all terus balik ke Kuta dan cari makan di Bandar Kuta sahaja. Alhamdulillah habis juga cerita perjalanan hari ke-2 iolls di Bali. Harapnya uolls dapatlah sedikit sebanyak info untuk berjalan di Bali ni terutamanya bagi yang tengah survey-survey untuk menjadi seorang begpackers. Untuk lihat lebih banyak gambar yang iolls ambil di Bali, uolls boleh la pergi kat blog ni Lensawarisan.

Sekian sahaja lah dari iolls untuk third tips ke Bali. Harap iolls dapatlah membantu sikit-sikit walau tak banyak untuk uolls. Next entry iolls cerita pasal watersport di Bali pula ok. See ya..

Vacation Bali - Tips 4

Vacation Bali - Tips 2

Vacation Bali - Tips 1

Vacation Bali 







Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment