7 June 2014

Percutian - Bali 2014 *Tips 1

Hai uolls

Flight Ticket

Dah lama sangat iolls  impikan nak peri Bali ni Jadi bila tengok harga tiket return sangat lah murah, tanpa fikir panjang terus tekan book. Iolls dah book tiket flight ni since bulan 4 lagi. Sesuai dengan slogan air asia 'now everyone can fly', jadi iolls pon fly fly lah ke bali. Ini lah tiket yang iolls beli tu. 
From KUL-DPS
From DPS-KUL

See, murah kan tiket return ni.. So bila iolls tengok tiket murah, iolls inform lah kat kawan-kawan yang sememangnya kaki jalan. Jadi kami pon booklah tiket ke bali. Tapi kawan-kawan iolls pergi awal. Iolls je tak boleh pergi awal disebabkan iolls ada exam 23 May tu. Jadi untuk tak nak kelam kabut, Iolls belilah tiket 25th May- 29th May. Total days iolls kat bali adalah 5 hari dan 4 malam. 

Penginapan

Untuk penginapan pula, at first iolls ingat nak walk in sahaja, tapi bila iolls survey-survey, ramai yang cakap better book online sebab lagi senang, murah dan jimat. Jadi iolls ikutkan kata-kata dari blogger-blogger yang dah pernah berjalan ke Bali, and iolls decided untuk book di hotels online. Memang murah habis wa cakap samalu. Uolls bayangkanlah bilik untuk 4 malam hanyalah RM 249.. Murah bak hang!!! Iolls dapat harga tu setelah survey-survey selama lebih seminggu. Uolls kena rajinlah tengok di agoda , hotels dan juga booking ni. 

Pondok Sari Kuta

Iolls tinggal di Pondok Sari Kuta dimana lokasi dia sangatlah best. Dekat dengan semua tempat. Dari airport Ngurah Rai tu tak sampai 15 minit pon kalau tak 'macet'. Wah macet wa cakap sama lu, jangan tak tau, macet tu sebenarnya jammed. Then, Pondok Sari Kuta ini memang terletak dekat sangat dengan bandar kuta. Kalau naik motor tu, tak sampai pon 10 minit dah boleh sampai kat bandar kuta dan pantai kuta. Kedai makan halal pon banyak dekat area hotel ini. Keluar jalan besar jalan kaki pon boleh jumpa kedai makan. Cuma berpeluh sikit la bagi orang yang puteri lilin macam iolls ni. hihi

Selain itu, service kat pondok sari kuta ni tip top.. Mintak je apa pon kat receptionist dia, InsyaAllah dia akan tolong dengan sopan, dan sangat ramah. Kat hotel ni juga ada sediakan perkhidmatan sewa speda motor dan juga panggil taxi. Jadi kalau uolls berani mcm iolls, jadi iolls cadangkan uolls sewa je motor untuk jalan-jalan kat bali ni. Tak sampai 50k pon satu hari untuk sewa motor a.k.a speda bukan spendar tau. Sarapan pagi pon disediakan jadi uolls boleh save budget di situ. :) 

mr.google
Bilik yang iolls duduk tu sebijik macam dalam gambar ni. Betul iolls tak tipu. Kemas, selesa dan juga bersih. Mula-mula takut juga nak book online macam ni sebab takut dalam gambar tak sama dengan keadaan sebenar tempat tu kan. Tapi kali ni memang iolls tak kena tipu, jadi iolls memang recommend kan hotel ni untuk uolls. Iolls tak dapat pon 1 malam percuma sebab recommend hotel ni.. hihihi

Yang bestnya, swimming pool dia buka sampai tgh malam. Kalau uolls nak berani dan kulit tu setebal kulit buaya, uolls nak mandi pukul 3 pagi pon tak ada masalah cuma jangan buat bising lah sebab orang lain tengah berdengkur masa tu. 

Ok, sekian dulu iolls cerita pasal tiket dan juga tempat penginapan. Next entry baru masuk pasal 1st day dan 2nd day di bali hoccay hakak-hakak dan habang-habang.. 



Terima Kasih Sudi Singgah

1 si baik hati :