Hai uolls..
Macam mana dengan entry yang sebelum ini? Dapat tak sedikit sebanyak tips untuk ke Bali? Sebenarnya iolls pon tak berapa pandai pon pasal nak buat tips-tips bagai tapi iolls cuba juga lah untuk memudahkan begpackers yang baru nak ke Bali tu hoccay. Bagi yang nak berhoney moon, dicadangkan untuk ambil tour guide, jadi kerja anda-anda tu jadi mudah. Tapi kalau jenis berani (berani la sgt) mcm iolls ni boleh je honeymoon demgan gaya begpackers. Best woo...
Kali ini iolls nak cerita perihal hari pertama iolls kat Bali. Iolls sampai kat Bali lebih kurang jam 1.30 petang. Waktu di Bali dengan Malaysia ni sama je. Jadi uolls tak payah susah-susah nak pusing jarum jam tu bila dah landing kat Ngurah Rai. Perjalanan dari Malaysia ke Bali lebih kurang 3 jam. Jadi uolls digalakkan membawa gadget, mp3, mp4, buku mahupun apa sahaja bahan yang boleh membuatkan uolls tak bosan dalam flight. Lagi-lagi kalau uolls ni memang jenis macam iolls yang susah nak tidur dalam flight sebab flight kecik, takut terlentok atas kak non yang duduk sebelah atau takut terhantuk kat meja depan tempat duduk tu. Kalau uolls ni pulak jenis yang memang asal letak kepala je terus tidur tu tak apa lah.. Senang kerja. Nak-nak lagi kalau yang duduk sebelah uolls tu mat saleh hensem, memang saje je la uolls lentok-lentok kan. Hihi.
Sampai je kat Bandara Ngurah Rai mesti uolls nak cari taxi pergi ke hotel uolls kan? Amatlah di suggestkan kepada uolls untuk call hotel yang bakal uolls menginap tu dan mintak diorg uruskan perjalanan uolls ke hotel tersebut sebab kalau uolls ambil taxi kat Ngurah Rai sendiri, memang uolls akan dikenakan double charge. Ulat taxi bukan hanya di Malaysia, tapi di Bali pon sama. Iolls dah terkena. Iolls cari taxi bluebird kat bandara tu tapi iolls tak jumpa, so nak tak nak, iolls terpaksa la ambil ulat taxi, dan bila tanya berapa charge uolls agak-agak berapa charge perjalanan untuk jarak yang hanya lebih kurang 5 km? Iolls kena RP.100,00 bersamaan dengan RM 30.. Mahal nak mampos! Baik iolls jalan kaki je.. Tapi disebabkan iolls malas dan tak berani serta tak tahu lokasi hotel iolls masa tu, iolls terpaksa lah ambil juga ulat taxi ni.
Selesai sahaja check in, iolls dengan kawan-kawan decide untuk makan. Iolls pulak siap bawak ayam dari Malaysia lagi. Jadi weolls pon makanlah berjemaah. Dan akhirnya kenyang.. Erkkk.. Lepas perut weolls happy, weolls decided untuk sewa sepeda. Al-maklumlah nak jalan-jalan tak kan nak jalan kaki je kan. Weolls bukan lah mat saleh yang rajin nak berjalan berkilo meter. So we olls sewa sepeda dengan harga 50k satu hari. Boleh mintak receptionist call untuk sewaan sepeda atau kalau uolls rajin untuk berjalan dan mencari sendiri, dipersilakan lah.
TAXI BLUEBIRD - ihsan mr. google |
Weolls mintak sepeda dalam jam 3.30 petang tapi malangnya nasib weolls, sepeda hanya available pada jam 8.00 malam. Nak tak nak weolls pon tunggu lah sehingga 8.00pm baru weolls keluar jenjalan. Mula-mula tentulah ke bandar kuta. Macam iolls cakap awal-awal, tempat iolls menginap hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk ke bandar kuta dan juga pantai kuta. Jadi malam pertama kami dah berjalan ke bandar kuta dan juga pantai kuta.
muka mintak penampar.. maaf >__<' |
Bila malam-malam lepak di tepi pantai memang rasa tenang kan uolls.. Dengan bunyi ombak menderu dan angin yang sepoi-sepoi bahasa, memang heaven.. Tapi malangnya kami tak dapat nak tengok kebiruan air laut kat pantai Kuta tu sebab malam kan. Hebat sangat kalau uolls boleh nampak warna air laut tengah malam, lainlah kalau uolls bawak tourch light dan pergi suluh dalam air tu kan.
isi minyak tepi jalan sebab takut tak jumpa stesen minyak |
Then dah bosan berdating dan melepak tepi laut, weolls pon jenjalan la kat bandar kuta tu. ada macam-macam kat badar kuta. kalau uolls rasa tujual uolls datang bali memang nak bershopping, amatlah digalakkan bershopping kat kuta. Sepanjang aku berpusing kat bandar kuta, beribu-ribu lemon SALE ada kat sana. Dari barang yg berharga 5k hinggalah berjuta-juta, semua ada sale. Cuma kena rajin berjalan lah.
Bandar Kuta |
Bagi yang suka surfing, Bali memang syurga bagi surfing. Ombak kat pantai-pantai sekitar Bali memang sesuai untuk suka surfing plus kat Bali banyak kedai yang jual Board surfing dari jenis board untuk amatur hinggalah yang professional, dari yang tak berwarna hinggalah yang colourfull.. Semua ada..
Ok itu sahaja tips hari pertama bagi begpackers ke Bali. Next entry will update untuk hari ke-2 : Bedugul Temple, Tegalalang dan Tanah Lot.. Moga entry ni dapat beri sedikit sebanyak info pada uolls..
Vacation Bali - Tips 4
Vacation Bali - Tips 3
Vacation Bali - Tips 1
Vacation Bali
Vacation Bali - Tips 4
Vacation Bali - Tips 3
Vacation Bali - Tips 1
Vacation Bali
testing komen
ReplyDelete