13 July 2014

Percutian - Bali 2014 *Tips 7 #Uluwatu

Hai uolls.

Selepas habis iolls bersuka ria bermain pasir pantai di Dreamland Beach dan Padang-padang Beach now iolls nak bawak uolls jalan-jalan kat Uluwatu pula. Uluwatu ini merupakan salah satu temple yang agak famous juga dan kalau uolls google pasal Uluwau ini memang bersepah info-info dia. Jadi iolls malas nak membebel sangat pasal Uluwatu.

Bagi sesiapa yang ingin masuk ke Uluwatu temple ini uolls di nasihatkan untuk memakai kasut sarung, tidak memakai sunglasses, tidak memakai subang, gelang tangan, rantai berharga, cekak rambut dan segala jenis perhiasan sebab monyet-monyet di Uluwatu ini memang tidak ke sekolah dan kerja monyet-monyet ini adalah mencuri sepenuh masa dan mereka juga boleh di gelar sebagai peragut profesional. 

Nak masuk ke Uluwatu ini kenalah berpakaian sopan. Jika uolls berpakaian sopan, uolls akan di berikan kain berwarna kuning untuk di ikat di pinggang dan jika uolls ni agak seksi, uolls akan di minta untuk memakai kain sarung berwarna purple dan kain itu perlu di sewa di pintu masuk Temple tersebut selain perlu membayar entrance fee yang iolls tak berapa nak ingat harganya. harap maaf. Selain itu, di pintu masuk juga, uolls boleh la 'bersedekah' dengan membeli pisang sebungkus untuk di beri kepada monyet-monyet di dalam kawasan temple. Tapi iolls suggest tak payah lah sebab monyet-monyet tu dah terlebih makan sebenarnya plus kat dalam temple tu mesti banyak pisang-pisang bersepah yang ditinggalkan. Senang cerita, membazir je kalau uolls beli pisang sebungkus tu. Nampak kan yang iolls ni kedekut sebenarnya. haha

iolls tak faham.. Harap maklum. 


See, ini lah pemandangan dari Uluwatu Temple. Cantik kan? Cantik sungguh ciptaan-Nya. Tiada yang boleh tandingi kekuasaan yang Esa. Gambar-gambar di atas ni iolls ambil menggunakan nikon dslr. Jadi quality gambar dia pon a bit cantik lah kan.

haruslah ada gambar selfie

selfie berdua itu perlu
ok senyum terpaksa
Mesti pelik kan kenapa iolls terpaksa senyum walaupun sebenarnya iolls ni jenis fotogedik. Ini kerana seluar jeans iolls tiba-tiba koyak! Seteres rasanya. Tembok tempat iolls duduk tu lah penyebabnya. Iolls nak panjat tembok tu, tapi tiba-tiba praaakkkkk koyak! Hebat sangat. Tros seksi meksi jadinya. Selamat iolss ada sparekan pin dalam beg sebab takut jadi hal-hal tak diduga dan hal itu akhirnya berlaku. Iolls pin kan aje lah seluar yang koyak tu untuk tutup kaki yang seksi tu. Selamat tak ada orang kenal kat sana. huhu.

Gambar di depan board uluwatu. Iolls bergambar je kat sculpture ni tapi iolls tak baca satu pon sebab malas. Panjang sangat lah nak baca benda alah tu. Jadi jangan di tanya lah apa yang tertulis kat sculpture tu ok. :)



Hoccay, ini lah bukti yang menyatakan monyet-monyet di Uluwatu ini sangat aggressive dan juga merupakan peragut profesional. Tengok tu, siap dapat ragut handphone wa cakap sama lu. Hebat tak hebat lah monyet-monyet ni. Selain handphone, sebenarnya monyet-monyet ini telah berjaya meragut banyak harta dan juga barang-barang berharga dari pengunjung lain. Hatta iolls sendiri pon kena serang dengan salah seekor monyet di Uluwatu ini. Padahal iolls tak pakai barang berharga pon. Tapi, monyet ni serang iolls sebab iolls pakai brooch yang kecik seciut tu. Pin tudung kecik tu pon monyet tu nak ragut iolls!! Hebatnya iolls tak menjerit tapi si dia yang risau iolls kena cakar. Kelam kabut si dia halau monyet tu dari pegang iolls.. Fuh.. Dan sebab itu iolls sarankan uolls simpanlah barang berharga itu elok-elok.

 Lepas habis tengok monyet dan bergambar sakan serta betulkan seluar yang koyak, iolls hanya menunggu masa untuk masuk tengok performance. Performance ini dipanggil kecak dance. Tiket kecak dance berharga Idr 100k seorang. Harga bagi tourist dan juga orang tempatan sama sahaja. Uolls kena beratur kat kaunter di dalam. Kaunter ini akan di buka dalam lebih kurang pukul 6 petang dan kecak dance ini akan bermula lebih kurang pukul 7 petang if im not mistaken lah.. If iolls tersilap itu harap dimaafkan sebab iolls tak berapa ingat. Kalau nak selamat, better pergi awal sikit lah.



kecak dance

kecak dance

kecak dance

Kecak dance ini mengisahkan tentang si rama dan suaminya serta si monyet putih. Kalau uolls pergi tengok, sebelum masuk dan masa membeli ticket tu theyolls sure bagi satu kertas untuk uolls baca. Kertas itu dah ada tulis tentang jalan cerita kecak dance ini. Jadi, uolls boleh la baca sendiri hoccay. Selain itu, kecak dance ini menggunakan lebih kurang 60 orang dan dijadikan sebagai suara latar tarian dalam cerita ini. Dari permulaan cerita hinggalah habis, tiada instrument yang di gunakan tapi theyolls just guna suara manusia. Kecak dance ini bermula dari cuaca cerah hinggalah ke malam. Sebab itu di sediakan fire dance sekali. Tapi fire dance dia tak ada lah exciting sangat pon. Setakat bolehlah...

Kalau uolls ni memang jenis yang suka tengok theater musical macam iolls ni, uolls boleh la melaburkan sikit duit uolls tu untuk tengok kecak dance ini di Uluwatu.

 Hoccay.. Hari pon dah malam. Jadi lepas ke uluwatu, iolls dah tak kemana-mana. Iolls terus balik ke kuta dan cari makan. Lepas makan balik tros tidur hoccay sebab penat sangat. Jadi, iolls harap uolls boleh la dapat input sedikit walau tak banyak dari celoteh iolls ni. Kalau ada apa-apa, dont hesitate to leave your comment below... CHhhhewwaaahhh...

Vacation Bali - Tips 6 

Vacation Bali - Tips 5

Vacation Bali - Tips 4

Vacation Bali - Tips 3

Vacation Bali - Tips 2

Vacation Bali - Tips 1

Vacation Bali 






Terima Kasih Sudi Singgah

7 si baik hati :

  1. menarik.. tapi takut kat monyet.. hehe

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" . Kalau dah join tQ ek.. ^_^

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaa dapat gi bali.. enta bila la dapat jejak sana. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tau.. jom-jom pergi jenjalan.

      Delete
    2. tunggu duit banyak dlu. hahaha

      Delete
  3. alahaiii seronoknyaaa.. bila boleh sampai ke sana ni.. aisyy.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @white lily, berjalan memang seronok pon.. Hihi.. Nanti nak pergi, datang lah blog ni tengok2 tempat manarik.. :)

      Delete