26 November 2014

Package photographer yang awesome

Assalamualaikum. 

Pejam celik pejam celik, bulan 12 bakal muncul dalam masa 4 hari sahaja lagi. Perghh.. Mesti ramai yang tengah dup dap dup dap nak menghadapi big day masing-masing kan. Tak kiralah E-day ke, solemnization ke or even tengah tunggu masa je nak naik pelamin kan. Ada juga ibu-ibu yang plan nak buat majlis aqiqah, birthday party untuk anak-anak, atau apa sahajalah kan. 

Kalau ada majlis, mesti ramai yang nak bergambar dan simpan gambar-gambar sebagai kenangan masing-masing kan. 

hoccay, meh sini iolls nak promote service photographer yang best  thepapispictures. Harga dia bagi mampu milik. Tengok package apa yang uolls nak.. Harga serendah RM 350. uishhh.. Mana nak cari photographer yang bagi harga macam tu kan? Dengan harga RM 350 tu, majlis uolls akan di cover oleh 2 orang photographer.. Herkk? Apa? Tak nak percaya? Kalau tak nak percaya sudah. Jangan menyesal esok lusa dah la eh. 

Setahu iolls, untuk bulan 12 ni, dah ada orang yang book tarikh dari mereka. So untuk keterangan lanjut uolls boleh la direct contact they all lagi senang kan. Kalau nak tengok hasil kerja they all, uolls boleh click kat sini



Service yang diberi pon memuaskan dengan harga yang berpatutan. Kalau nak mintak diskaun pon boleh rasanya. Cer try cuba nasib kan. Mana lah tahu mereka ada buat mega sale ke untuk jualan akhir tahun atau pon jualan penghabisan stok kan. Cheewahhh.. Apa-apa pon boleh direct kat page ini  ok. 

So, moh ler ramai-ramai book service dari they all. Mesra, cepat, tangkas dan segalanyalah. 


Terima Kasih Sudi Singgah

7 September 2014

Dataran Merdeka

Assalamualaikum

Semenjak jadi student balik ni, iolls dah rasa macam umur iolls ni baru je masuk 21 tahun. Padahal umur ni kalau nak dikira dah berkoyan-koyan angka dia. Orang cakap kalau kawen, dah boleh ada 2 orang anak. Hamek kau, macam la iolls ni tua sangat kan.

Semenjak jadi student balik ini jugak lah iolls terpaksa merajinkan diri pergi ke Dataran Merdeka untuk buat research. Selama umur dah berkoyan-koyan ni, tak pernah pulak la iolls terasa nak melepak kat Dataran Merdeka tu lama-lama. Dari pagi ke malam. Kau nak buat apa dik noon duduk sana saja-saja? Memang tak lah kan. Tapi, orang cakap zaman belajar ni lah kita nak merasa semua benda kan? Dan oleh sebab itu jugak la iolls ni 'terpaksa' melepakkan diri di Dataran Merdeka semata-mata nak buat activity mapping kat sana. Fuh, lemau jugak lah kan. Badan dari wangi semerbak bak bunga ros yang mekar boleh bertukar bau seperti tak mandi berhari-hari nampak sangat menipunya.  

Tapi bila dikaji semula cheewah ayat kau rupa-rupanya duduk didataran atau dalam bahasa kasarnya 'melepak' di dataran memang best. Ada sense of nature yang boleh kita capai semasa di dataran. Kenapa iolls cakap macam tu? Sebabnya duduk di dataran merdeka ini dapat tenangkan fikiran. Pernah tah uolls bayangkan sebenarnya dataran merdeka itu sangat tenang walaupun kedudukan dia di tengah-tengah bandar? Yea, anak-anak muda ni mesti tak pernah nak rasakan tempat seperti dataran tu tenang. Yes, iolls tegaskan di sini, sememangya dataran merdeka tu tenang lagi-lagi bila waktu sunset. Serious iolls ckap ni, uolls kena cuba untuk melepak di dataran pada waktu-waktu sebegini. Then u can feel it by yourself. 

dataran merdeka 
Other than that, uolls juga kena tahu yang di bawah dataran terdapat underground market yang menjual macam-macam souvenir, coklat dan selain itu dalam underground market itu juga terdapat restaurant a.k.a kedai makan. Kalau uolls tiba-tiba haus dan nak cari kedai runcit, kat bawah ni la uolls boleh cari. 

underground market dataran merdeka
 Suasana underground market dataran merdeka ni sebijik mcm dalam shopping mall di mana ada aircond, jalan yang luas dan kedai yang bersih. Even tak banyak kedai yang buka dalam underground market ni, but uolls boleh try la jalan-jalan. Pintu masuk dia uolls boleh lalu dari area parking atau pun uolls boleh lalu dari perpustakaan. Kedudukan dia sebenarnya betul-betul di bawah bendera Malaysia yang tinggi tu. 

Toilet pulak? yea, masa iolls buat survey di dataran merdeka ramai yang cakap salah satu kekurangan dataran ini ada;ah toilet di mana pera pengunjung a.k.a tourist tak jumpa toilet. Untuk pengetahuan uolls, uolls boleh lah cari toilet kat area underground market ni. Keadaan toilet dia pon amatlah bersih dan juga selesa. Senang cakap kalau nak poo atau boo tu memang selesa lah dan tak ada yang tersangkut-sangkut. Follow the flow orang cakap. Ceh..

graffiti underground market dataran merdeka
Mesti ramai yang tak percaya kat bawah dataran merdeka ini juga terdapat graffiti yang cantik-cantik. Memang ramai anak muda yang berbakat di Malaysia ini. Jadi, jom lah beramai-ramai kita serbu underground market ni. Since ramai yang tak tahu, dan now iolls dah pon bagi tahu jadi jom lah kita support peniaga-peniaga di sini. Best tau.


Terima Kasih Sudi Singgah

22 August 2014

Malaysia Berkabung

22.8.2014 
Hari ini merupakan detik yang menyentuh hati dan perasaan kita sebagai insan. Pada tarikh ini, dapat di lihat di semua media sosial heboh tentang hari memperingati mangsa-mangsa nahas MH17 yang di tembak di sempadan ukrain dan rusia pada sebelum raya. Dan hari ini merupakan detik di mana jenazah-jenazah mangsa di bawa balik ke-Malaysia. 



22.8.2014 
Pada tarikh ini dapat di lihat seluruh rakyat di setiap pelusuk  Malaysia mendoakan mereka. Walau hanya jasad yang di bawa pulang, namun semuanya amat bermakna bagi keluarga dan sahabat mangsa. 

Kita.. 
Kita walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, namun pemergian mereka amatlah di rasai. Menitis air mata ini melihat sayunya suasana yang berlaku. 


22.8.2014
Melihat air mata si anak kecil yang seperti mengerti akan ketiadaan ibu, bapa, abang, kakak mahupun saudara mereka bisa meruntun hati kecil ku ini. Hati kecil kita sebagai manusia yang punya hati dan juga perasaan. 

Ya ALlah, moga roh-roh mereka yang beragama Islam di cucuri rahmat dan bagi mereka yang bukan beragama Islam, Rest in peace. 

Innalillah...


Mari sedekahkan al-Fatihah 




Terima Kasih Sudi Singgah

4 August 2014

Team Blogger Support Gaza

Assalamualaikum

Hai uolls

Tika kita bergembira menyambut Syawal,
Mereka di sana gembira menyahut seruan Ilahi. 

Tika kita ketawa bersama keluarga, 
Mereka di sana tersenyum bertemu Yang Esa. 

Tika kita mengukir senyuman dan menghamburkan tawa, 
mereka di sana terukir senyuman dalam titisan air mata yang tidak dapat di gambarkan.

Duhai para Syahid,
 duhai para ibu,
 duhai para wanita,
 duhai anak-anak kecil.
Ketahuilah sesungguhnya kekuatan mu itu telah mengalahkan kekuatan askar-askar zionis yang kukuh pada luaran tetapi sesungguhnya mereka lemah di dalamnya.  

click banner to join. 

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pertolongan dari-Mu, selamatkanlah saudara kami di Gaza. 

Marilah sama-sama kita membacakan doa Qunut Nazilah agar umat Islam di Palestine di berikan kekuatan, ketabahan dan juga kemenangan serta perlindungan dari yang Esa. Amin ya Rabb
mr.Google






Terima Kasih Sudi Singgah

3 August 2014

Movie Marathon - The fault in our star

Hai uolls




Dah lama iolls tak tengok movie dengan adik beradik iolls. So Jumaat lepas iolls decide untuk bawa adik-adik iolls dan juga anak-anak buah iolls bermovie secara berjemaah. Jumaat punya cerita baru sempat nak update hari ini.

First movie yang iolls tengok pada hari itu ialah The fault in our star. Cerita ini berkisarkan seorang remaja - Hazel Grace Lancaster yang menghidap cancer dan berada pada tahap kritikal iaitu tahap 4. Hazel Grace juga didapati menghadapi masalah kemurungan dan hal ini menyebabkan kedua ibu bapanya menyuruh Hazel menyertai satu 'support group' yang ahlinya terdiri daripada penghidap-penghidap cancer yang boleh dikatakan agak kritikal juga. 

Cerita 'The fault in our story' ini boleh dikategorikan dalam 'romance movie' kerana ia lebih berkisarkan percintaan antara Hazel dan juga Augustus Waters. Filem ini telah di adaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk The fault in our star.

Iolls bagi cerita ini 4 bintang setengah kerana cerita ini sangat touched. Seriously sangat menyentuh hati terutama bagi wanita seperti iolls yang memang mempunyai hati yang berbunga-bunga.






Uolls patut pergi tengok dan sediakan sedikit tissue. Tapi kalau rasa-rasa malu nak nangis, bawaklah minyak angin sebab nanti boleh cover line cakap minyak angin masuk mata sebab tu keluar air mata. Hoccay?


Terima Kasih Sudi Singgah

30 July 2014

Selamat Hari Raya

Hai uolls..

Jom nyanyi sama-sama sambil ikut irama.

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini..
Lalalala~~~~
Sila sambung sendiri..

Sempena hari raya ini, iolls nak minta maaf kat uolls kalau ada terkasar bahasa, tertengking tak semena-mena, terpukul kat mana-mana, dan 'ter' segala. Halalkan juga makan minum iolls dan segala apa yang telah uolls beri atau kalau weolls hanya kenal di alam maya, iolls mintak halalkan ilmu yang uolls beri eh. Salam aidil fitri dari iolls yang kerdil ini.. 

Pembuka bicara sudah, sekarang masuk cerita hari pertama raya. Iolls beraya di KL je. Tahun ni alhamdulillah rumah iolls meriah sangat. Semua adik beradik iolls beraya di rumah ni. Jadi, memang dapat la merasai kemeriahan beraya tahun ini. 

Weolls decided untuk pakai baju raya warna royal blue tapi ada juga yang tak kenal royal blue tu macam mana jadi dah bercampur lah asalkan ada blue pon jadi lah kan. So, tahun ini, penuhlah lautan biru di dalam rumah. Best, happening dan segala bagai lah sampai tak terkata. 

 Biar gambar yang berkata-kata
Check it out...







#kriasthegreat. 
#nikmatmanayangharuskudustakan







Terima Kasih Sudi Singgah

23 July 2014

Suria Cinta

Hai uolls

Radio yang harus iolls dengar setiap hari mestilah suria cinta bersama DJ Lin. Yeah, uolls jangan salah anggap hoccay. Iolls bukanlah duta Suria FM sebab sesungguhnya iolls memang tak layak langsung untuk jadi duta dan iolls juga tidak di bayar walau satu sen pon untuk bercakap tentang radio suria fm ini. Tapi dengan rela hatinya, iolls nak berceloteh juga tentang Suria FM.

Yea, mesti yang ramai cakap iolls punya taste macam orang tua yang jiwang karat serta tangkap leleh kan. Tapi sebenarnya, iolls suka segmen suria cinta sebab iolls suka cara penyampaian DJ Lin itu sendiri. Dengan suara dia yang lemak berkrim serta syahdu memang boleh buat mata yang layu, segar kembali.

Nak-nak lagi waktu sekarang ni, memang hari-hari lah iolls dengar celoteh DJ Lin di Suria Cinta sebab tiap-tiap malam iolls buat kuih raya. Bukan untuk di jual tapi untuk dimakan sendiri serta untuk jamu tetamu lah. Al-maklumlah raya lagi seminggu je kan. Macam tak percaya je.

Hoccay, bila buat kuih raya sambil dengar Suria Cinta, feeling buat kuih raya tu jadi lain sikit dan hasil kuih itu sendiri pon jadi lain - Gebu-gebu lemak berkrim dan penuh dengan kasih sayang serta cinta yang tulus ikhlas.. Cheewaah.. Kau hado!! Non-hado!!



Yea, iolls tau rupa kuih yang iolls buat sedikit huduh tapi uolls please ok, 'don't judge a book by it's cover' dan silalah jangan nilai kuih iolls yang huduh ni dari segi rupa.. Sedih iolls tau. Meh jemput datang rumah iolls dan rasa homemade cookies ni. Air tangan iolls sepenuhnya. uwaaa, maaf lah sebab huduh. Malu nak tunjuk, tapi lantak kan sahaja. At least ada hasil daripada tak ada langsung kan. (>__<)

Jadi, conclusion dia di sini, marilah kita sama-sama layan suria cinta setiap weekdays dari jam 10-2 pagi. Lepas tu, barulah kita boleh tidur dengan lena sebab dah puas layan perasaan kan.



Terima Kasih Sudi Singgah

21 July 2014

Iftar - Pak Anjang Beriani Johor

Hai uolls

Assalamualaikum.. 

Hari ini buat pertama kalinya dalam puasa tahun ini iolls Iftar bersama-sama ex-UTM. Thanks to one of my friend yang berhati mulia belanja weolls hari ini. Moga rezeki mu bertambah wahai sahabat. Insyaallah.. 

Weolls Iftar kat Pak Anjang Beriani Johore Section 13 Shah Alam. Alhamdulillah service theyolls ni memuaskan. Tak sia-sia iolls pergi jauh-jauh meredah highway dari selayang ke Shah Alam tu. 


Dari segi harga pon iolls rasa dia bagi standard price. Tak terlalu mahal. Sesuai dengan apa yang theyolls serve. 




Alhamdulillah. Nikmat Mu yang mana yang harus ku dustakan ya-Allah. Iolls makan nasi beriyani gam ayam. Bagi sesiapa yang suka makan lamb atau pun beef, iolls sarankan uolls try lah makan kat sini. Insyaallah sedap. Tapi sedap di tekak iolls lah. Di tekak uolls tu i tak dapat nak jamin. Kalau uolls ni jenis hari-hari makan tenggiling bakar tiba-tiba makan daging, ayam dan juga lamb mesti jadi tak sedap kan. 

So, uolls try je lah sendiri then let me know apa yang uolls rasa hoccay. 




Terima Kasih Sudi Singgah

19 July 2014

Pray for Gaza

Hai uolls

Assalamualaikum.


Walaupun kita masih bersedih dengan kes pesawat MH17 ditembak dan terhempas, namun kita jangan leka dan jangan lupa tentang saudara seagama kita yang sedang menderita dan di tindas di Gaza, oleh puak Yahudi laknatullah.



Terkini daripada sumber yang boleh di percayai, 'tentera bridged al-Qassam telah melancarkan serangan di Ashdod iaitu bandar kelima terbesar di Israel, yang terletak di selatan Israel, di pantai Mediterranean, 32 kilometer ke selatan Tel Aviv' (GazaNow)

 Ku berdoa semoga tentera al-Qassam memperoleh kemenangan dalam mempertahankan hak umat Islam. Pergilah kamu berjuang al-Qassam dan sesungguhnya kami di kejauhan akan sentiasa mendoakan di dalam setiap solat dan setiap detik nafas kami dan semoga kemenangan sentiasa berada di pihakmu. Allah itu maha mengetahui segala yang tersurat dan tersirat.  Allahu akbar.




Terima Kasih Sudi Singgah

Pray For MH17

Hai uolls

Semalam weolls di kejutkan dengan berita MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine dan Russia. Sebenarnya bukan terhempas saja-saja tapi telah DITEMBAK. Masyaallah, lakonan apakah yang bermain di dalam dunia kala ini? Hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya terjadi. Terlampau banyak spekulasi yang dapat di baca. Namun, weolls sebagai manusia yang punya akal yang waras, lebih baik menilai sesuatu itu dengan berhemah serta tidak bertindak melulu dan berbangga dengan status 'keyboard warrior'. 

Tatkala ramai yang tengah bersedih, berduka serta meratapi pemergian tersayang, weolls sebagai pelaku di muka bumi ini janganlah sewenang-wenangnya share atau berkongsi maklumat yang tidak-tidak. Sekurang-kurangnya hormat perasaan orang lain. 

Berbalik kepada kes MH17, iolls mengharap pihak kerajaan Malaysia dapat bekerjasama dengan pihak lain dalam menyelesaikan perkara ini. Kasihanilah mereka yang kehilangan orang tersayang. Hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya, tup-tup satu malaysia hiba. Jadi di harap semua pihak dapat melakukan siasatan hingga ke akar umbi. 


Jadi, sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan al-fatihah kepada keluarga mangsa yang beragama Islam dan bagi yang bukan Islam, rest in peace. 

AL-FATIHAH

**Iolls hanyalah suara-suara kecil yang boleh menekan kekunci laptop dalam menyampaikan kata hati yang kecil namun, iolls juga punya hati dan perasaan. 


Terima Kasih Sudi Singgah

18 July 2014

#MH17

Hai uolls..

Marilah kita sama-sama mendoakan yang baik-baik terutama bagi penumpang dan anak kapal MH17.



Di khabarkan sebuah pesawat penumpang Mas Airlines yang membawa penumpang seramai 295 orang berserta anak kapal terhempas di Ukraine bersempadan dengan Rusia.

Menurut berita harian online : 


GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Pegawai berkenaan menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. 

Serpihan pesawat itu di peracayai terhempas di kawasan perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia di kawasan di mana pemisah pro-Russia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain. 

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas berhampiran bandaraya Donetsk, dan menambah ia ditembak menggunakan “sistem anti-pesawat Buk’ oleh pengganas.” 

Laporan agensi juga memetik pemimpin pemisah menuduh pasukan Ukraine menembak jatuh pesawat berkenaan tetapi pegawai Ukraine berkata tenteranya tidak terbabit.

Agensi Berita Ukraine, Interfax melaporkan pesawat berkenaan hilang daripada radar ketika ia sedang terbang setinggi 33,000 kaki, ketinggian biasa bagi mana-mana pesawat. 

Ukraine menuduh Russia memainkan peranan aktif dalam konflik empat bulan itu dan menuduhnya pernah menembak jatuh jet pejuang Sukhoi Su-25 Ukraine - tuduhan yang dinafikan oleh Moscow. 

Komander tentera pemberontak, rakyat Russia bernama Igor Strelkov, menulis dalam media sosial sejurus sebelum laporan mengenai pesawat MH17 itu bahawa pasukannya pernah menembak jatuh pesawat Antonov An-26 di kawasan sama. - Reuters 


Wallahualam.

Innalillah buat keluarga mangsa yang beragama Islam. R.I.P for the rest mangsa yang terlibat. 

#PrayforMH17


Terima Kasih Sudi Singgah

16 July 2014

Segmen Blogger Aktif Bulan Julai

hai uolls

Uolls free tak bulan ni? 

Jom follow iolls dalam segmen blogger aktif bulan ini. 

Untung-untung dapat eratkan silaturrahim kan. 



Click banner untuk join the community ya uolls

Good luck.. 


Terima Kasih Sudi Singgah

15 July 2014

German VS Argentina

Hai uolls.

World Cup 2014.. World Cup 2014.. World Cup 2014..

Hoccay, hari ini tamatlah episod World Cup 2014. Semenjak world cup ini, sememangnya ramai yang bermata panda betul tak? Bukan sahaja kepada kaum adam, malah kaum hawa pun 2X5=10 jugak. Tapi tak semualah yang layan world cup ni. Even iolls sendiri pon memang tak pernah nak layan world cup ni.

Tapi kalau nak di ikutkan dulu-dulu punya world cup iolls layan la jugak sikit-sikit dan sudah semestinya iolls adalah penyokong Brazil. Namun pada tahun ini, iolls memang malas nak tengok bola plus player-player Brazil pon semua dah hilang sengat.. Jadi, baiklah iolls layankan mimpi iolls yang lebih indah dari menghadap bola dan tak dapat ape tu tapi hanya dapat mata panda.

Seperti yang kita semua tahu, final World Cup 2014 adalah antara German dan juga Argentina. Dan seperti yang semua maklum, German dah pon menang world cup 2014 dengan skor 1-0. Tahniahlah bagi penyokong German.



Sebenarnya dengan kemenangan German ni, sedikit tak banyak lah iolls rasa bangga juga sebab iolls ni ada darah-darah negeri sembilan. Walau tak banyak mana tapi kalau darah ni mengalir keluar, adalah keluar bau-bau negeri sembilannya tu. Hahaha..

"Orang NOGORI9 yo buleh sikong GERMAN sobab bondero kito kaler eh samo. Yang lain tu jangan nak membongak yo.. Pi main jauh-jauh." hahaha..

Tahniah la kepada penyokong german. Sape sokong German? sila angkat 1 jari anda..



Terima Kasih Sudi Singgah

14 July 2014

Percutian - Bali 2014

Hai uolls..

Wah, at last habis juga entry berjalan-jalan, pusing-pusing dan bergembira di Bali. Iolls ingatkan satu dua je entry Bali ni tapi rupa-rupanya banyak juga entry yang iolls buat khas untuk trip iolls kali ini.

Setelah beberapa hari iolls menghabiskan masa di Bali, sampailah masanya iolls pulang ke Malaysia. Selepas check out, iolls tunggulah taxi bluebird yang telah di panggil oleh receptionist hotel iolls tinggal tu. Seperti yang iolls ceritakan di entry yang lepas pasal taxi bluebird ni, murah je pon tambangnya. Iolls di minta bayar IDR 30k sahaja tidak termasuk tol. Tak macam masa iolls baru sampai, di mana iolls kena bayar sampai 100k. Memang kena tipu habis.

So, iolls dah ready nak balik Malaysia ni. Tapi before tu, uolls kena ingat yang uolls kena sediakan airport tax untuk balik tau. Tak ada airport tax, tak boleh naik flight la uolls. IDR 200k seorang.. Ingat, IDR 200k satu orang yea uolls..

Sekian..
Terima Kasih Sudi Singgah

13 July 2014

Percutian - Bali 2014 *Tips 7 #Uluwatu

Hai uolls.

Selepas habis iolls bersuka ria bermain pasir pantai di Dreamland Beach dan Padang-padang Beach now iolls nak bawak uolls jalan-jalan kat Uluwatu pula. Uluwatu ini merupakan salah satu temple yang agak famous juga dan kalau uolls google pasal Uluwau ini memang bersepah info-info dia. Jadi iolls malas nak membebel sangat pasal Uluwatu.

Bagi sesiapa yang ingin masuk ke Uluwatu temple ini uolls di nasihatkan untuk memakai kasut sarung, tidak memakai sunglasses, tidak memakai subang, gelang tangan, rantai berharga, cekak rambut dan segala jenis perhiasan sebab monyet-monyet di Uluwatu ini memang tidak ke sekolah dan kerja monyet-monyet ini adalah mencuri sepenuh masa dan mereka juga boleh di gelar sebagai peragut profesional. 

Nak masuk ke Uluwatu ini kenalah berpakaian sopan. Jika uolls berpakaian sopan, uolls akan di berikan kain berwarna kuning untuk di ikat di pinggang dan jika uolls ni agak seksi, uolls akan di minta untuk memakai kain sarung berwarna purple dan kain itu perlu di sewa di pintu masuk Temple tersebut selain perlu membayar entrance fee yang iolls tak berapa nak ingat harganya. harap maaf. Selain itu, di pintu masuk juga, uolls boleh la 'bersedekah' dengan membeli pisang sebungkus untuk di beri kepada monyet-monyet di dalam kawasan temple. Tapi iolls suggest tak payah lah sebab monyet-monyet tu dah terlebih makan sebenarnya plus kat dalam temple tu mesti banyak pisang-pisang bersepah yang ditinggalkan. Senang cerita, membazir je kalau uolls beli pisang sebungkus tu. Nampak kan yang iolls ni kedekut sebenarnya. haha

iolls tak faham.. Harap maklum. 


See, ini lah pemandangan dari Uluwatu Temple. Cantik kan? Cantik sungguh ciptaan-Nya. Tiada yang boleh tandingi kekuasaan yang Esa. Gambar-gambar di atas ni iolls ambil menggunakan nikon dslr. Jadi quality gambar dia pon a bit cantik lah kan.

haruslah ada gambar selfie

selfie berdua itu perlu
ok senyum terpaksa
Mesti pelik kan kenapa iolls terpaksa senyum walaupun sebenarnya iolls ni jenis fotogedik. Ini kerana seluar jeans iolls tiba-tiba koyak! Seteres rasanya. Tembok tempat iolls duduk tu lah penyebabnya. Iolls nak panjat tembok tu, tapi tiba-tiba praaakkkkk koyak! Hebat sangat. Tros seksi meksi jadinya. Selamat iolss ada sparekan pin dalam beg sebab takut jadi hal-hal tak diduga dan hal itu akhirnya berlaku. Iolls pin kan aje lah seluar yang koyak tu untuk tutup kaki yang seksi tu. Selamat tak ada orang kenal kat sana. huhu.

Gambar di depan board uluwatu. Iolls bergambar je kat sculpture ni tapi iolls tak baca satu pon sebab malas. Panjang sangat lah nak baca benda alah tu. Jadi jangan di tanya lah apa yang tertulis kat sculpture tu ok. :)



Hoccay, ini lah bukti yang menyatakan monyet-monyet di Uluwatu ini sangat aggressive dan juga merupakan peragut profesional. Tengok tu, siap dapat ragut handphone wa cakap sama lu. Hebat tak hebat lah monyet-monyet ni. Selain handphone, sebenarnya monyet-monyet ini telah berjaya meragut banyak harta dan juga barang-barang berharga dari pengunjung lain. Hatta iolls sendiri pon kena serang dengan salah seekor monyet di Uluwatu ini. Padahal iolls tak pakai barang berharga pon. Tapi, monyet ni serang iolls sebab iolls pakai brooch yang kecik seciut tu. Pin tudung kecik tu pon monyet tu nak ragut iolls!! Hebatnya iolls tak menjerit tapi si dia yang risau iolls kena cakar. Kelam kabut si dia halau monyet tu dari pegang iolls.. Fuh.. Dan sebab itu iolls sarankan uolls simpanlah barang berharga itu elok-elok.

 Lepas habis tengok monyet dan bergambar sakan serta betulkan seluar yang koyak, iolls hanya menunggu masa untuk masuk tengok performance. Performance ini dipanggil kecak dance. Tiket kecak dance berharga Idr 100k seorang. Harga bagi tourist dan juga orang tempatan sama sahaja. Uolls kena beratur kat kaunter di dalam. Kaunter ini akan di buka dalam lebih kurang pukul 6 petang dan kecak dance ini akan bermula lebih kurang pukul 7 petang if im not mistaken lah.. If iolls tersilap itu harap dimaafkan sebab iolls tak berapa ingat. Kalau nak selamat, better pergi awal sikit lah.



kecak dance

kecak dance

kecak dance

Kecak dance ini mengisahkan tentang si rama dan suaminya serta si monyet putih. Kalau uolls pergi tengok, sebelum masuk dan masa membeli ticket tu theyolls sure bagi satu kertas untuk uolls baca. Kertas itu dah ada tulis tentang jalan cerita kecak dance ini. Jadi, uolls boleh la baca sendiri hoccay. Selain itu, kecak dance ini menggunakan lebih kurang 60 orang dan dijadikan sebagai suara latar tarian dalam cerita ini. Dari permulaan cerita hinggalah habis, tiada instrument yang di gunakan tapi theyolls just guna suara manusia. Kecak dance ini bermula dari cuaca cerah hinggalah ke malam. Sebab itu di sediakan fire dance sekali. Tapi fire dance dia tak ada lah exciting sangat pon. Setakat bolehlah...

Kalau uolls ni memang jenis yang suka tengok theater musical macam iolls ni, uolls boleh la melaburkan sikit duit uolls tu untuk tengok kecak dance ini di Uluwatu.

 Hoccay.. Hari pon dah malam. Jadi lepas ke uluwatu, iolls dah tak kemana-mana. Iolls terus balik ke kuta dan cari makan. Lepas makan balik tros tidur hoccay sebab penat sangat. Jadi, iolls harap uolls boleh la dapat input sedikit walau tak banyak dari celoteh iolls ni. Kalau ada apa-apa, dont hesitate to leave your comment below... CHhhhewwaaahhh...

Vacation Bali - Tips 6 

Vacation Bali - Tips 5

Vacation Bali - Tips 4

Vacation Bali - Tips 3

Vacation Bali - Tips 2

Vacation Bali - Tips 1

Vacation Bali 






Terima Kasih Sudi Singgah