31 December 2012

Vacation - Jakarta (bermain dengan binatang)

Lambat btol baru nak update blog.. Dah nampak dah sikap PEMALAS yang menular dalam diri aku ni kan.. memang sejak azali la kot aku ni PEMALAS.. pheww.. mcm mendoakan jerk.. cehh.. Jauhkan lah sikap ini dari dalam diri.. Haik, tadi mintak, ni tolak plak.. Pening kepala aku..

Entry sebelum ni cakap pasal makan kat Jakarta.. tapi entry kali ini aku nak bercerita pasal bermain dengan haiwan eksotik.. Cuba korang teka haiwan apa yang aku main? Kucing? alaa.. kalau setakat main dengan kucing, kat tepi jalan pon boleh kan.. Main dengan anak ikan? tak boleh pulak sebab aku tak amek lesen diving lagi.. hanya boleh snorkeling.. jadi binatang apa yang aku maksudkan??


haa.. ini lah binatang yang aku maksudkan.. Nampak tak muka ketakutan disitu.. Berat sungguh la si batik ni.. Mula-mula rasa takut sangat nak pegang si batik ni.. Al-maklumlah rasa macam sangatlah tidak selamat untuk bermain dengan ular.. Tapi u know what, once dah pegang si batik ni, rasa macam tak nak lepas.. Rasa teruja sampai nak melompat-lompat dan hebohkan kat satu duania yang aku suka bermain dengan si batik ni.

Kalau korang perhatikan betul-betul, nampak kan kaki aku di belit oleh si batin.. Tapi serius rasa best.. Macam nak cari seekor dan jadikan haiwan peliharaan.. Tapi aku nak yang jinak seperti di dalam gambar la..

abaikan posing yang agak pelik ini


Cer korang tengok si batik tu.. Muka si batik tu macam nerd sangat.. baik je.. Dok belit-belit kat leher aku.. Mula-mula nak bagi si batik naik kat atas leher tu, aku rasa gigih sangat nak menahan ketakutan yang bersarang dalam diri. Tiba-tiba terbayang macam mana kalau tiba-tiba si batik mengganas, apa yang akan jadi pada diri ini.. Pasti ramai yang menangis.. haha ( konon-konon ramai peminat macam blogger terkenal) puihhh..   Tapi demi keinginan aku yang tinggi, akhirnya aku dapat rasa kelembutan kulit si batik, lenggok badan apabila dipegang seperti penari ballet yang tengah focus membuat persembahan dan juga bunyi siulan seperti lelaki nak mengayat wanita di tepi jalan.. fuhhh... Satu pengalaman yang indah. Masa kat Malaysia rasa takut gila nak pegang si batik, tapi bila kat Jakarta, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu yang akan menjadi kenang-kenangan aku.. jadi, ini lah hasilnya salah satu kenangan yang tak mungkin aku lupa dan insyaallah aku teringin nak bermain dengan si batik yang jinak, manja dan sporting macam ni..



Habis bab si batik, sambung untuk next haiwan pulak lah.. sebab aku nak sambung tdo.. zzzz.. Selamat tdo di tengah hari..


Terima Kasih Sudi Singgah

22 December 2012

Vacation - Jakarta

Assalamualaikum..

Tahun 2012 dah nak melabuhkan tirai.. konon ade tirai la kan..  Jadi sebelum cerita lama diperam dan akhirnya basi, baik aku cerita sekarang... At least ada juga kenangan yang boleh aku ingat dan ada juga sources yang boleh dijadikan bahan bukti buat anak cucu di masa depan... Aku kononnya beranganlah nak beranak dan bercucu dalam masa terdekat, namun apakan daya, aku masih lagi KANAK-KANAK REBINA walaupun umur dah nak masuk suku abad.. Angan-angan tinggal kenangan je lah kot.. Sabarlah wahai hati..

nak check in flight... with adik ku yang ngada-ngada tp amat disayangi.. puihh


Eh.. November lepas, aku ada ambil cuti 4 hari untuk bercuti bersama adik-beradik tersayang... Eh, mesti pelik kan kenapa adik-beradik je? mana pergi parents aku yang tercinta kan? haa.. kami tinggalkan mereka berdua untuk b'honey moon berdua.. hihi.. jahat giler pergi vacation tak ajak parents kan.. Tapi sebenarnya parents aku yang tak nak ikut.. ok, tak apa lah, even dia orang tak ikut, kami tetap teruskan juga apa yang dah di plan... sebenarnya percutian ini disponsor 120%.. wahh.. untung tak untung tak? percutian SPONSOR ok.. haha.. cakap nak kencang macam menang pertandingan plak sampai ada yang baik hati nak sponsor vacation kami ni kan.. hihi..

Vacation ni tak ada lah lama sangat tapi lama jugak lah.. ehh.. ape kau merepek ni senah.. Actually aku pergi Jakarta dalam 8 hari 7 malam.. macam lama kan sampai 8 hari noksss... padahal bila dah berjalan rasa tersangatlah sekejap.. Rasa tak puas gila.. Kat sana kami adik-beradik tak ada pakai agen langsung.. Tempat penginapan kami selama 7 malam adalah di Aston Rasuna.. Rasa nak tahu kat mana Aston Rasuna tu, silalah berkawan baik dengan En.Google..

cakap banyak pon tak boleh jugak kan.. jadi biarlah gambar yang bercakap.. lebih bermanfaat dari membaca apa yang aku merepek ni kan..


Hari 1st sampai jakarta tak sempat nak pergi mana-mana even nak convert duit pon tak sempat sebab money changer dah tutup.. semuanya disebabkan flight delay selama 2 jam.. jadi kami sampai kat Jakarta almost 10.30 malam waktu tempatan.. huh.. sedih jerk.. jadi, sampai ja kat jakarta tu, kitorang just pergi supper dekat Blok S.. Makanana dekat sana agak sedap.. Sedap-sedap pon aku cuma boleh telan martabak dia.. Martabak kat sana memang sangatlah superb.. Martabak Telur Special.. pheww... makan skali, nak lagi.. opss.. kat sana memang panggil martabak dan bukan murtabak ok.


Hari kedua makan dekat wak solo.. Ayam penyek wak solo memang power.. terbaik dari ladang.. macam nak makan lagi je rasanya.. sambal dia.. perghh.. hingga menjilat jari.. Dicampur dengan tempe goreng yang kow-kow punya sedap memang akan menjadi kenangan..

Habis bab makan.. sambung untuk next entry pulak lah... tunggu 'Vacation - Jakarta part-2'





Terima Kasih Sudi Singgah

21 December 2012

Rumahku syurgaku


Betullah kata orang lama-lama... Rumahku adalah syurgaku... Sesibuk mana sekalipun hidup kita, bila balik rumah pasti rasa macam syurga dunia.. Ketenangan berada dirumah, macam dunia ini aku yang punya... Puihh..

Walaupun deco rumah aku ni tak se 'gah' rumah orang lain, tapi bagi aku, rumah ini adalah yang terbaik buat diri aku dan keluarga.. Alhamdulillah... Bila balik rumah mesti rasa nak duduk-duduk dan lepak-lepak macam dekat kedai kopi.. Sambil layan air suam sbb air suam tu fav aku..

Dok lepak-lepak tengok tv sambil minum air suam kat hall tingkat bawah memang layan... Lepas itu kacau adik-adik yang busuk kat rumah.. Heaven gila.. Bila hari minggu walaupun aku hanya duduk rumah 24 hour, aku tetap happy... Duduk menghayati kebersepahan bilik, bebelan ibu, duduk sembang-sembang ngan papa buatkan aku gembira..

Nak dating hari minggu memang tak dapatlah disebabkan si dia jauh dari ku.. Cinta jarak jauh memang memberikan ku ruang untuk bersama keluarga.. Alhamdulillah.. Allah beri yang terbaik untuk ku.. DIA jauhkan kedudukan aku dengan si dia, dan DIA dekatkan aku dengan keluargaku.. Alhamdulillah..



Rumahku adalah syurgaku...



Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Sudi Singgah

16 December 2012

Tragedi amuk SANDY HOOK

Kesian kan bila anak-anak yang tak berdosa menjadi mangsa.. Sedih bila baca paper yang mengatakan lebih daripada 20 orang maut termasuk kanak-kanak telah menjadi mangsa amuk manusia yang tidak menggunakan akal yang diberi sepenuhnya..

Lelaki dikenali sebagai Adan Lanza yang berumur 20 tahun u olls.. 20 tahun aku repeat.. ok.. 20 TAHUN.. muda sangat lagi dah menjadi seorang pembunuh dan telah mengejutkan seluruh dunia dengan perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan... Adam Lanza telah menembak mati kira-kira 27 orang termasuk 20 orang kanak-kanak yang mungkin bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.. Bukan tu saja, dia juga telah menembak mati ibunya sendiri.. Ya Allah.. manalah letaknya hati perut si Lanza ni.. 

Berdasarkan sumber yang didapati, Adam Lanza telah membawa sekurang-kurangnya 2 senjata api selepas menembak ibunya sendiri, Nancy Lanza di rumah kediaman mereka dan terus ke Sekolah Elementary Hook Sandy, Newtown, Connecticut di mana sekolah ini memberi pendidikan kepada kanak-kanak berumur antara 5 hingga 10 tahun.. 


Terdapat juga sumber yang mengatakan Adam Lanza ini merupakan pelajar pintar yang pelik.. Dia tidak pernah bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan sering duduk di tepi pintu semasa di dalam kelas untuk memudahkan dia keluar dan masuk kelas sesuka hati. Adam Lanza dikatakan mengalami gangguan personaliti.

Bayangkanlah betapa sedihnya perasaan ibu bapa kepada kanak-kanak yang telah menjadi mangsa. Bayangkanlah jika adik-adik kita mahupun saudara-mara kita yang menjadi mangsa.. Kuatkah kita untuk hadapi segala ujian-Nya ini? ya Allah, jauhkan lah perkara sebegini dari terjadi di kalangan ahli saudara kami.. 



Terima Kasih Sudi Singgah

14 December 2012

staff di jabatan kerajaan

Sape cakap nak deal dengan authority susah?? Bagi aku yang susah bukan untuk deal dengan authority tp yg buat kita susah adalah bila deal dengan orang yang sangatlah cerewet.... Mestiade yang argue dengan pendapat aku ni kan. Dan mesti ada yang tetap tak puas hati dengan statement ni...

Sebenarnya, dulu pon aku berpendapat macam tu.. Aku ingatkan orang-orang yang bekerja dengan jabatan kerajaan ni semua kerek-kerek belaka.. Walhal tak semua yang macam tu... Ada juga yang baik, sopan, lemah lembut dan pandai entertain orang lain... Bukan lah nak back up staff jabatan kerajaan tapi aku tulis ni dalam keadaan yang masih waras.. Waraslah sgt... Booo kat diri sendiri..

Mana bukti?? Bukti dia tanyalah kat diri masing-masing.. Janganlah judge semua orang sama sebab walaupun rambut sama hitam tapi hati dan sifat kita lain-lain.. Btol kan? Xmalu suruh orang iyea kan..

Aku buat post ni bukan sebab aku dah kerja dengan mana-mana authority or mana-mana cawangan dalam kerajaan tapi aku saje je nak buat post ni dah deal ngan ramai staff dr jabatan kerajaan yang baik hati.. Sila bagi award kat sy sbb memuji anda wahai staff di jabatan kerajaan..

Wallahua'lam...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Sudi Singgah

11 December 2012

Idea

Assalamualaikum..

Serius kali ni memang lama sungguh aku tak tulis apa-apa kat belog aku sendiri.. Sampai rasa macam dah lupa yang aku ada blog. haishhh... Macam mana la nak buat eh.. macam mana nak update blog hari-hari tanpa rasa malas? Ada idea tak? pleasee lah guys.. Bagi la aku idea untuk jadi rajin serajin-rajinnya untuk menghupdate belog ni hari-hari..

Setelah lama menii nggalkan dunia IPT, dan sekarang bila dah mula bekerja, rasa-rasanya tak sampai 10 pon entry yang aku post dalam blog ni..

Actually aku baru je lepas holiday with my sibling.. ok la.. next entry rasanya dah ada idea nak buat pasal apa.. macam nak hupdate pasal vacation aku baru-baru ni.. ok.. C U then... byee...

sumber : Mr. google... 


Terima Kasih Sudi Singgah

30 July 2012

hargailah sebelum terlambat

Belajarlah menghargai orang yang hari ini masih lagi milikmu sebelum si dia pergi dari hidupmu.. 
hari ini dia mungkin masih mencintaimu sepenuh hatinya tapi jika dirinya tidak dihargai sebagaimana dia menghargai dirimu, maka esok bukanlah penentu bagi dirinya untuk mengekalkan cintanya buatmu.. 

Janganlah selepas si dia melepaskanmu, barulah kamu tahu erti cinta yang sebenar kerana tika itu, semuanya tidak bermakna lagi.. 

Namun bila ternyata dia bukan milikmu lagi dan cintanya telah luntur buatmu, lepaskanlah walau seberatmana sekalipun. janganlah mengungkit kesalahan yang dilakukan olehnya. setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. anggaplah segalanya adalah takdir.. kita hanya mampu merancang, namun Dialah yang menentukan. 

JADI... jangan pernah sia-siakan cinta yang masih lagi mengisi ruang hatimu kala ini.. 




Terima Kasih Sudi Singgah

21 July 2012

Salam Ramadhan

21st July 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 .. bermulalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di muka Bumi ini.. wahh.. ayat kau macam ustazah la plak... Jadi di bulan puasa ni marilah kita ramai-ramai merebut peluang menambahkan pahala dan kurangkan dosa-dosa yang kita sering lakukan. It only comes once a year.. Dan marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini..

jadi.............

Sempena bulan puasa ni aku nak mintak maaf kat sesape yang penah terasa dengan aku.. Maaf kalau aku ada lukakan hati korang.. terguris kan perasaan korang secara sengaja mahupun tak sengaja.. maafkan segala-galanya yea..

Disebabkan puasa hanya ada sebulan dalam kalendar, jadi mesti ada yang dah lupa niat kan.. so jom kita hafal balik niat yang dah mungkin kita lupa tu... 







Terima Kasih Sudi Singgah

2 July 2012

jika memang itu salahku

Jika memang itu salah ku, maafkanlah aku atas segalanya..
Jika benar itu kesilapan ku jadi berikanlah aku peluang membaiki kekhilafan diri..
Jika aku yang menjadi penyebab segalanya, aku redha dengan ketentuan dari ilahi..
Jika kau beriku kesempatan,  nescaya aku akkn menjadi yg lebih baik untuk membetulkan apa yang tlah terjadi..
Jika tida diberi kesempatan untuk melakukannya, hanya kata-kata maaf yang dapat ku berikan...
Semoga segala alyang terjadi menjadi pengajaran buat diriku..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Terima Kasih Sudi Singgah

31 May 2012

kata maaf

Kadang-kala kita tak perlukan hadiah yang lumayan untuk memberikan kemaafan kat org lain.. Hanya kata-kata maaf yang diperlukan.


Eh.. Jatuh ke maruah tu bila kita ucapkan kata maaf?? Hello boys, hello girls, x jatuh la maruah anda tu dgn kata maaf yang dikeluarkan.. Tak payah la nak jaga ego kalau hubungan silaturrahim terjejas..


Fikir-fikirkan dan selamat beramal..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

21 May 2012

Di atas satu cinta - Indah Dewi Pertiwi



Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hihupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku


Terima Kasih Sudi Singgah

17 May 2012

Dugaan

"Dalam kehidupan penuh dengan kejutan dan juga dugaan"
memang tak dinafikan dalam hidup ini banyak sangan cabaran, dugaan, rintangan yang perlu kita hadapi.. we need to face it by hook or by crook.. Setiap manusia yang dicipta olehNya pasti akan diberikan ujian tidak kira kecil mahupun besar. Tipulah jika seseorang itu berkata dia tidak pernah ditimpa musibah. Seperti yang kita ketahui, setiap makhluk mempunyai masalah mereka sendiri sama ada masalah di rumah, ditempat kerja, di tempat belajar, masalah bersama kawan mahupun pasangan. Semua ini merupakan ujian dr-Nya. Dia menguji kita kerana Dia tahu apa rahsia yang tersembunyi dan pasti ada hikmah dalam setiap ujian yang menimpa.


"Hidup ini sangat indah jika kita memandang dan melihatnya dengan mata yang indah.. 
Hidup ini juga boleh jadi derita jika kita memandangnya sebagai satu penderitaan.."

jadi pilihlah dari kaca mata mana yang kita inginkan.. adakah dari keindahan atau dari penderitaan..
Anggaplah segala kejutan dan dugaan yang dihadapi dalam hidup ini sebagai satu ujian dari-Nya..
Maafkan aku jika aku pernah melakukan kesilapan dan juga kesalahan.. maafkan juga jika aku pernah melukakan..


Terima Kasih Sudi Singgah

15 May 2012

hari ibu

Kebiasaannya ramai yang Akan menyambut 13 may sebagai hari ibu.. Tapi mengapa 13 may merupakan hari ibu?? Apa yg Istimewa dengan 13 may?? Aiyooo... Cuba la selidik dulu sebelum meraikan sesuatu tu ok ..

Menurut sumber yg diperoleh.. Hari ibu sebenarnya merupakan mempunyai sejarahnya tersendiri.. Hari ibu ini dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga bagi org Greece sebagai penghormatan mereka terhadap Rhea isitu ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 org2 England telah meraikan hari yang mereka namakan sebagai ''mothering sunday''. Dalam tempoh ini, sebahagian besar org2 Kristian akan berhenti dari melakukan sebarang tugas dan juga memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother mary. Mother mary ini pula merupakan Seo4ang yg dipanggil sebagai Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan mereka.

Dalam tempoh mothering sunday tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin berkerja sebagai pembantu rumah.. Menjelang hari ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu dan setiap ibu akan dihadiahkan denga Mothering cake atau kek hari ibu sempena meraikan perayaan tersebut.

Amalan dan juga tradisi ini telah menular ke seluruh dunia dan kini ianya telah disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother church ini telah dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung dan ia dapat memberikan manusia kehidupan dan juga dapat memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, penghormatan mereka terhadap ibu adalah sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja..

Namun pada tahun 1907, ada sumber yang mengatkan Anna jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari ibu. beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di grafton, West Virginia agar  meraikan Hari Ibu pada hari ulangtahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan mei dan semenjak hari itu, hari ibu telah dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Dan semenjak dari itu, sehingga kini, ramai yang telah menyambut hari ibu.

Sebenarnya, kita sebagai umat-Nya, harus menghargai ibu kita pada tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa. Setiap dari kita mempunyai cara yang berbeza dalam menunjukkan kasih sayang, tapi apa yang paling penting kita harus ingat bahawa SYURGA anak-anaknya terletak di bawah kaki IBU.. hargailah mereka setiap hari dan bukan hanya setahun sekali.. 

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

13 May 2012

Masa yang panjang



Penah tak rasa ngantuk dlm class?? Ahh.. Tipu lettew kalau u all kata u all tak penah langsung rasa ngantuk dok dalam class.. Meh sni aku ketuk kepala sorang2 sbb kecik2 da pandai menipu.. Sape ajor ni.. Dush dushh kedebush..

Cuba bayangkan kalau u all kne dok dlm class dr jam 9 pagi smpai 2 ptg.. Non stop.. Yes, i repeat.. NON STOP ok.. Ape la yg u all akan buat untuk duduk lama2?? Is it korang akan dok selama 5 jam tanpa ada perasaan Jahat dlm hati.. Aishh.. Aku nak jugak ckp yg korg ni pentipu.. Dlm sedar x sedar mst ada gak makhluk No 3 yg bertanduk dlm diri u all tu.. Am i right?? Sila tumbuk aku kalau aku tak btol.. Hihihi..

Sekarang aku dlm kelas yang mengambil masa 5 jam NON STOP ok.. Sila lah percaya cakap aku ni.. 5 jam beb dalam kelas.. Sampai la ni da tak tau nak buat ape.. Siap boleh update blog dalam kelas.. Rasa bangga dlm diri.. Miahaha.. (tembak sampai mati) sila jangan jadi macam aku sebab dah membangga diri.. Ish3.. Terok btol la perangai.. Tapi ni la salah satu fakta yang aku nak prove kan..

Haish..  kelas di hari ahad.. Memang sangat menghilangkan mood.. Percaya lah.. Eh.. Nak suruh org percaya benda yg x elok plak kan. Sila jangan tiru macam saya.. Pleasee.. Please..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

9 May 2012

bayi itu tidak bersalah

Apa kesalahan si kecil itu??

Tiada kata yang terluah tatkala melihat si kecil yang tidak bersalah diperlakukan sebegitu kejam. Ya Allah.. Tidak perberikemanusiaan sungguh manusia yang melakukan perbuatan sebegini..

Bayangkan sekiranya anak yang dikandung selama 9 bulan di dera sebegini rupa.. Apa salah dia?? Besar sangatkah salah si kecil itu??

Tiada rasa belas kasihankah si pelaku yang sanggup memukul si kecil dengan bantal.. Bukan sahaja dengan bantal, malah si kecil yang tak bersalah itu juga telah ditampar,ditendang dan dicubit tanpa ada sekelumit belas kepada si kecil.. Inikah yang dinamakan manusia yang mempunyai akal dan fikiran??

Ya Allah... Kasihanilah si kecil itu.. Menangis dia dengan perlakuan yang tidak disangka.. Si kecil itu juga tahu akan erti kesakitan.. Siapa yang tahu akan erti tangisan si kecil itu?? Apa yang difikirkan olehnya?? Merangkaklah si kecil menggagahkan diri untuk lari dari diperlakukan sedemikian, tapi di tolak oleh si pelaku seperti bola.. Seperti patung..

Inikah yang dipanggil erti kemanusiaan...

Di pukul dengan bantal.. 

di cubit sekuat hati

di sepak sesuka hati.. 

Cuba bayangkan jika kita yang telah dewasa, telah mempunyai akal yang sempurna, mempunyai hati dan perasaan ini diperlakukan sebegitu rupa.. sakit kan? jadi.. apa perasaan si kecil itu? tidak sakitkah beliau? meraung dia dengan tangisan tapi tidak di endahkan.. namun makin disakiti.. terus disakiti..






Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

6 May 2012

hari bermalas-malasan

Da masuk hari ahad.. Whaaattt??? Mcm tak percaya hari ni aku tak buat apa2.. Whattt!? Dushh dushh.. Tumbuk diri sendiri lg skali atas kemalasan yang melanda.. Yea.. Tp inilah reality yg patut diterima.. Hari ini aku telah melepakkan diri tanpan melakukan sebarang kerja yang perku disiapkan dan akhirnya, semuanya tertangguh dan bertimbun..


Yeah. Walaupun aku sendiri tau bahawa aku sgt2 banyak dan terlampau melampau banyak kerja, tp aku masih lagi mampu untuk menghupdate blog ni.. Giler la terbaikkn.. keje malas buat tp update blog rajin plak kan.. Tak senonoh punye budak.. Miahaha


Kerja yang aku telah buat untuk hari sbtu adalah... Bangun tidur lewat mcm tak ada kerja yg perlu disiapkn.. Pas tu kekuar jejalan g pesta konvo mcm kau ada masa yang panjang dan sempat untuk siapkan semua kerja.. Lepas tu berchatting macam dunia ini kau yang punya.. Hambekk kauu..


Haa.. Suke lettew sebab dpt berehat-rehat bagai.. Sok lusa kau yg terhegeh-hegeh nak siapkan thesis ko tu.. Miahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

4 May 2012

plase dont be rude

If u expect other to respect u, u need to respect other as well..

Please la.. Tolong jaga tingkah laku.. Rugi blaja tinggi-tinggi tp tak reti nak respect org lain.. Rugi beb.. Walau setinggi mana skali pon kita blaja, asas utama yg perlu ada dalam diri adalah rasa hormat.. Kalau tak de, rasanya baiklah korang g terjun bangunan (menggalakkan benda yg haram) tumbuk diri sndiri dushh dushh... Ishhh...

Ok.. Cuba korang bayangkan kalau someone rude kat korang, adakah korang akn respect them??

So fikirkan lah... Respect other before u expect other to respect u... Ok



Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

2 May 2012

percubaan pertama

Yea.. This is first time aku cuba mengupdate blog guna hp.. Macam tak caya.. Woo.. Rasa macam ketinggalan zaman plk sebab slama ni baca org update di mana-mana tiap masa dan ketika.. Eh.. Ayat ko tak nak skema lagi kan.. Hihi..


Ok now kat kedai makan.. Meh la makan same2 nak tak? Blagak gile ko ni kannn..

hihi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Sudi Singgah

1 April 2012

Jangan mengharap kesempurnaan

Tuhan pernah berbisik..

Ketika Aku kirimkan seseorang padamu
Aku tidak memberikan seseorang yang sempurna
kerana dirimu pun tidak sempurna
Aku mempertemukan mu dengannya 
sehingga kalian saling berbahagi dan bertumbuh bersama
Begitu juga jika kamu memiliki sesorang,
terimalah dia seadanya
yang membawa kebaikan kepada dirimu 
menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati
mengapa kamu harus bertelagah 
dan mencuba membandingkannya dengan yang lain?
Ingat, jangan pernah mengejar kesempurnaan 
kerana kelak kamu akan merasa kehilangan
yang terbaik yang sudah kamu raih 
dan akhirnya kamu akan menyesal.. 




Terima Kasih Sudi Singgah

stop it..

i'm tired with all this things.. when it will end? please stop it.. stop it.. stop it.. huh... seriously, i rasa sangat-sangat tidak tahan.

kenapa hati perlu ada perasaan cemburu? kenapa hati perlu ada perasaan marah? cuba kalau semua perasaan mazmumah tu tidak ada dalam diri.. insyaAllah dunia akan aman.. am i right? :'(

sangat terseksa dengan perasaan sendiri.. ya Allah.. Kau berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang..

selamat malam..
Terima Kasih Sudi Singgah

30 March 2012

setia eco-garden

Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan.. we have a trip to setia eco-garden and also Puteri Harbour..
Do you guys know where actually Setia eco-garden? Actually you guys boleh bukak terus laman Setia Eco-Garden ni.. Kat sini banyak jugak la info yang boleh korang semua dapat..

If you all ni ada penyakit M, sini aku akan ceritakan serba sedikit apa yang aku dapat la dari trip aku tadi.. Firstly , setia eco-garden is located in the heart of Iskandar Malaysia which is located 26km from Johor Bahru Center and it takes about 20 minutes through Malaysia-Singapore second link highway.

Setia eco-garden ni sangat mementingkan ecology of the site and they always think how to bring back the nature to the place. tThe objective of setia eco-garden is to ensure the need of the present generation which comprising with the need of future generation.

ok.. Thats all yang aku leh elaborate about setia eco-garden.. kang bagi banyak info, banyak pulak yang salah kan.. kalau nak tau lagi lanjut, just go to the website ok.. N now, aku nak share several pictures yang aku amek guna camera murah aku..

the entrance of setia eco-garden.. 


Terima Kasih Sudi Singgah

19 March 2012

Isnin yang malas

Isnin yang malas.. Isnin tu aku bukan maksudkan orang mahupun benda yang hidup di muka bumi ini.. dah kenapa pulak aku nak cakap Isnin malas kan? Isnin malas ke atau manusia malas nak jumpa Isnin? yea.. HARI ISNIN.. mesti ramai yang tak berapa nak suka dekat hari Isnin kan?

Orang cakap hari Isnin merupakan hari yang paling tak digemari (sebenarnye aku yang cakap).. Al-maklum lah.. setelah dua hari cuti, tiba-tiba kena buat kerja, kena pergi kelas, kena buat itu dan ini.. macam tak cukup je kan dua hari yang telah diberi.. kalau boleh nak 5 hari cuti, dua hari kerja kan? untungglahhh... sukati je kan nak cuti lelama..

ohh.. esok Isnin.. malasnye.. tak sabarnye tunggu JUMAAT... huhhhhhh

Terima Kasih Sudi Singgah

25 February 2012

buatmu adik..

25 February, 1996..
Tarikh bagi diriku menjadi seorang kakak.. Setelah lebih 8 tahun menjadi anak bongsu yang dimanjakan, tup tup dapat tahu yang aku bakal mendapat adik dan menjadi kakak.. yeayyy (konon excited).. Depan ibu dan papa, bukan main excited lagi aku nak dapat adik baru.. Tp belakang, bukan main jealous sebab dah tak jadi bongsu.. haha.. Tp best jugak sebab selalunya aku bosan duduk main sorang-sorang.. nak ajak kakakdengan adik beradik yang lain, masa tu semua dah besar.. Siapa la nak main dengan aku yang masih hingusan kan.

Tapi start 25 Feb, everything totally change.. aku telah mendapat seorang adik yang sangat comel.. ye.. aku aku comel.. just like her sist la kan.. >.<' (jgn puji lebih-lebih).. Hanya 7 bulan di dalam kandungan ibu, si adik tak sabar untuk lihat dunia.. Ya Allah.. besarnya kebesaranMu..

Hanya sekecil tapak tangan dewasa.. adik ku terpaksa dimasukkan dalam incubator. Kesian.. selama dalam incubator, si adik terpaksa menguatkan semangat untuk keluar denagn lebih cepat.. alhamdulillah.. dengan izin Tuhan, si adik di izinkan keluar dr hospital.. Si adik diberi nama Nor Zamzuriana.. wahh.. nama kita lebih kurang la adik.. (mood: bangga) 'hek eleh.. x payah nak bangga sgtlah kan.. (^_^)

Dan hari ini, 25 Februari 2012, adik dah besar.. Adik dijadikan sebagai seorang sahabat yang boleh berkongsi saat suka dan duka..

to adik :

Kak ea mintak maaf sebab kak ea tak dapat nak wish dekat adik hari ini.. kak ea tak tahu macam mana nak contact adik sebab adik masuk asrama dan tak dibenarkan bawak hp..

adik, jujur kak ea cakap, akak mu rindu pada mu adik.. betul-betul rindu.. Sebelum adik masuk asrama, kita selalu text kan? tapi lepas adik masuk asrama, kak ea nak text dengan siapa? walhal, adik baru masuk asrama seminggu.. adik, kak ea tunggu adik contact kak ea, tapi tak ada pon phone call dr adik.. adik lupa kat kak ea ke? tapi kak ea tau adik sebenarnye x cukup coin kannn??  : ) 
tak apa la.. hope adik baca blog ni k? :P (budget adik boleh online kat sana) .. anyway, kak ea nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..  i wish that u can achieve what ever u want... and make family proud of u syg.. 





ps : i miss u adik..

thanks ibu dan papa sebab berikan ea adik-adik..
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku keluarga bahagia...


Terima Kasih Sudi Singgah

23 February 2012

bila perasaan menyerang kembali

aku just nak cerita sesuatu yang mungkin membosankan tapi bagi aku, suka hati kot nak cerita ke tak sebab this is my blog.. this is my story.. and this is also my diary...

ibu selalu bagi kata-kata semangat kat aku.. papa pon sama.. slalu bagi kata-kata perangsang tuk aku blaja.. memang la kita semua perlukan segala yang diberi tu kan? btol kan? tapi... bila perasaan dan penyakit M to the A to the L to the A to the S (sambil menyanyi girang) dah menular dalam diri, rasanya segala kata-kata perangsang dan juga kata-kata semangat tu akan hilang macam angin yang berlalu pergi.. bila semua ini berlaku, aku terpaksa memotivasikan diri dengan bermain game.. eh.. salah... aku terpaksa memotivasikan diri dengan membaca buku yang boleh menarik perhatian aku untuk kembali menyiapkan apa yang perlu dan apa yang patot.. tapi, kadang-kadang semua tu sia-sia.. kononnya dah 3 jam lah aku menghadap buku.. patotnya aku dah buleh siapkan apa yang patot tapi APTB (apa pon tak boleh).


bila perasaan dan penyakit M ni menyerang aku, segala apa yang di inginkan dan dirancangkan akan jadi lain.. kadang-kadang langsung tak jadi apa-apa... betul tak? mesti korang semua pon penah rasa benda yang sama kan? tapi masalahnye, bila aku dah final year ni lah baru aku terasa sangat perasaan tu datang.. rasa menyampah dengan perasaan tu.. ada tak apa-apa yang boleh memotivasikan diri dan menghilangkan segala perasaan dan penyakit M yang aku hadapi ni? aku rasa macam penyakit ni dah makin menular dalam diri sampai kadang-kadang aku tak dapat nak bendung langsung.

Kesian pulak kat ibu dengan papa.. bila di fikir-fikir, ibu dengan papa adalah motivator terbaik pernah aku jumpa.. tapi bila berjauhan, memang hilang semuanya.. Rasa macam nak duduk bawah ketiak mereka hari-hari untuk mendapatkan semangat yang mula luntur ni..
Terima Kasih Sudi Singgah

18 January 2012

Kerja rumah

rasa bangga bila dah sampai rumah dengan selamat.. 
rasa terlepas segala bebanan yang ditanggung semester ni.. 
kenapa pulak aku cakap macam ni erk?
jawapannya sebab aku dah mula rasa geram dengan semester yang tah apa-apa.. 
tingga satu semester je lagi nak menghabiskan apa yang telah aku belajar.. 
insyaallah tahun ni segala penantian akan berakhir. 

eh.. korang ingat dok umah ni aku tak buat kerja rumah ke? hello..
cakap baik-baik sikit.. 
sampai rumah je aku dah kena buatkan keje sekolah adik-adik..
senang lenang la korang yea adik-adikku
mentang-mentang ada kakak kat rumah, semua kerja sekolah, korang campak kat kakak korang ni kan?
untunggglaaahhh... 
aku dah rasa macam budak sekolah.. kena melukis gambar bobot, bobo dan macam-macam lagi la.. 
hishhh... hihihi
tak apa lah.. yang penting adik-adik senang.. tp kakak susah.. adoii..

lagi satu..
kerja yang menyakitkan kepala..
nak kena buat 2 proposal dan kena submit sebelum 6th february 2012.. mak aiii..
ingatkan cuti boleh lah tido tak hingat dunia
boleh lah jalan sampai haus tapak kasut
tapi semua tu angan-angan belaka.. 
dah la tajuk untuk proposal pon tak ada lagi ni..
idea pon samar-samar lagi..
ada tak sesiapa yang boleh bagi idea yang menarik untuk proposal kali ini? hishhh
what the fisshhhh... 


Terima Kasih Sudi Singgah