30 July 2012

hargailah sebelum terlambat

Belajarlah menghargai orang yang hari ini masih lagi milikmu sebelum si dia pergi dari hidupmu.. 
hari ini dia mungkin masih mencintaimu sepenuh hatinya tapi jika dirinya tidak dihargai sebagaimana dia menghargai dirimu, maka esok bukanlah penentu bagi dirinya untuk mengekalkan cintanya buatmu.. 

Janganlah selepas si dia melepaskanmu, barulah kamu tahu erti cinta yang sebenar kerana tika itu, semuanya tidak bermakna lagi.. 

Namun bila ternyata dia bukan milikmu lagi dan cintanya telah luntur buatmu, lepaskanlah walau seberatmana sekalipun. janganlah mengungkit kesalahan yang dilakukan olehnya. setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. anggaplah segalanya adalah takdir.. kita hanya mampu merancang, namun Dialah yang menentukan. 

JADI... jangan pernah sia-siakan cinta yang masih lagi mengisi ruang hatimu kala ini.. 




Terima Kasih Sudi Singgah

2 si baik hati :