8 December 2013

Tuhan pernah berbisik

Ketika Aku kirimkan seseorang padamu,
Aku tidak memberikan seseorang yang sempurna
Kerana engkaupun tidak sempurna.
Aku mempertemukan mu dengannya
Sehingga kalian saling berbahagi
Dan tumbuh bersama
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya
Yang membawa kebaikan kepada dirimu
Menyayangimu, mengasihimu dengan tulus dan sepenuh hati
Mengapa kamu harus bertelagah dan mencuba membandingkannya dengan yang lain?
Ingatlah, jangan pernah mengejar kesempurnaan kerana kelak kamu akan kehilangan yang terbaik
Yang sudah kamu raih dan akhirnya..
Kamu akan menyesal..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

1 November 2013

ku inginkan kekuatan

ya Allah aku inginkan kekuatan... aku terima segala ujian dariMu ya Allah. aku hanya mahukan kekuatan dariMu..

Lupakan segala masa silam ku. Jauhkan lah kenangan yang pernah muncul dalam hidupku. Berilah aku kekuatan itu. Ku percaya segala yang berlaku ada hikmah yang cukup besar. Kau hilangkan aku matahari itu dan kau berikan pula aku pelangi yang sunguh indah. Indah di luar dan Insyaallah indah di dalam nya.  Ku bersyukur dengan kurniaan Mu yang satu ini ya Allah.

Wahai sang pelangi indah, ku harap kau terima kekurangan ku. Ku mengharapkan kau dapat menerimaku seadanya. Baik ku dan buruk ku selepas ini kau lah yang akan mencoraknya.

Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari-hari ku. Kau bimbinglah aku semampu mu. Kau corakkanlah hari-hari ku dengan warna yang indah seindah budi mu, secantik pekerti mu. Kau warnai lah diri ku dengan kegembiraan, dengan kebahagiaan yang hanya engkau sahaja yang mampu. 

Ku berserah pada takdir yang telah menentukan corak hidupku. 



Terima Kasih Sudi Singgah

31 October 2013

Stalker

Masa itu emas.

Uols ada lebihan masa terluang ke sampai sanggup habiskan masa untuk stalk orang lain? Kenapa perlu jadi stalker yea? Kesian pulak iols tengok orang-orang yang macam ni.. Sepatutnya masa-masa terluang yang uols ada tu boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tak payah la nak sakitkan hati sendiri dengan mengambil tahu hal perihal individu lain.

Bukan lah iols bermaksud atau menyatakan kita ni langsung tak boleh nak tengok life others but it depends on the situation la.. Kalau dah sampai nak stalk orang, tengok life orang lain setiap saat bukan ke dah boleh dikategorikan sebagai psycho?

Kadang-kadang being a stalker boleh menyakitkan hati sendiri di mana: 

1. Cuba menjadi stalker kepada teman baru kepada bekas kekasih sendiri. Dalam situasi ini pasti hati sendiri sakit kan bila uols melihat bekas kekasih uols dengan teman barunya bermesra bagai dan segala macam jenis mesra ada.Lepas itu, uols tengok pulak muka teman baru bekas kekasih uols ni memang cantik, comel dan mengancam. Mesti uols akan makan hati berulam jantung kan..

2. Menjadi stalker kepada musuh anda. Dalam situasi yang ini pula, pastinya uols akan merasa iri hati bila musuh uols dilihat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Musuh uols ni hidup dalam keadaan yang sangat tenteram dan tidak tertekan seperti uols yang terasa iri hati, busuk hati, dan segala jenis hati yang adalah.. Padahal musuh uols ni tak langsung ambil peduli pasal uols. haihh.. Kesian

3. Menjadi stalker kepada someone yang uols admire. Yang ni pon kadang-kadang boleh buat uols makan hati kan. Uols suka kat someone tu, tup-tup uols tengok someone tu bermesra dengan kekasih hatinya. Kalau pun someone itu tiada kekasih hati, mungkin uols akan terasa tak tenteram sebab mungkin ada juga orang lain yang tengah nak masuk line meng'usha' someone itu. 

ok.. Stop being such a stalker person. Make your own life. Jangan rasa tercabar with other person sebab uols sendiri pon ada kelebihan masing-masing. Put your trust not on others but put your trust on your own shoulder. InsyaAllah uols punya life akan berjalan seperti biasa dan tiada dendam kesumat, sakit hati, busuk hati dan segala jenis hati lagi lah. 

Just let it go. Bila kita bersihkan hati kita, insyaAllah ianya juga akan terpancar di wajah..



Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

13 October 2013

Menghitung hari

Tajuk nak gah macam lagu Kris Dayanti. Padahal post dengan tajuk kaitan hanyalah sebesar zarah.

Kadang-kala terasa seperti tak nak menghitung hari. Penat untuk menunggu hari-hari yang mendatang. Kadang-kala pula rasa macam hari tu cepat sangat berlalu. Berkawan dalam keadaan jarak yang jauh memang agak susah namun atas dasar kepercayaan satu sama lain, ianya menjadi sangat manis. Dengan perasaan ingin berjumpa yang di simpan, yang di pendam ianya jugak mendatangkan kemanisan yang hanya mereka yang mengalami sahaja mengetahui. Bukan tak biasa untuk berjauhan tapi dalam keadaan untuk merentas lautan, ianya agak terkesan.

Biar jarak yang memisahkan 
Biar masa yang menentukan
Jarak hanya satu ukuran
Masa masih berjalan

Menghitung hari sementara sahaja
Bila keadaan menjadi sedia-kala 
ku harap semuanya baik-baik sahaja
Ku menanti saat itu tiba 

Hanya mimpi yang mendekatkan hubungan 
Hanya alam maya yang menyampaikan rinduku padanya
Ku harap ianya tidak lama. 



Terima Kasih Sudi Singgah

Small Reunion - Broga Hill

Planning yang tidak disangka-sangka. Mula-mula aku rasa macam planning ni mungkin tak akan menjadi jugak. Al-maklumlah kami memang selalu plan macam-macam dan akhirnya kami senyap macam tu je. Bila semua dah senyap tu, jadi kena faham-faham sendiri lah. So masa awal-awal planning dalam mind aku dah terfikir dah 'nanti senyap lagi la tu'.. Jahat gila kepala otak ni.. Bukan nak fikir yang positive, ni pergi fikir yang negative dulu.. Ishh.. Teruk sungguh.

Mula-mula planning nak pergi petang sabtu, tapi masa planning nak pergi petang sabtu tu masing-masing buat macam tak tahu je. So memang tekaan aku betul, tepat dan tidak dapat disangkal lah yang memang tak akan mejadi planning kami untuk buat small reunion ni. Tapi tah macam mana malam sabtu tu masing-masing  macam bersemangat nak pergi jugak Bukit Broga hari ahad pagi. So planning kami berubah dari hari sabtu pada sebelah petang ke hari pagi Ahad..

Mula-mula tu semua dah setuju nak kumpul dekat masjid berdekatan broga untuk solat subuh terlebih dahulu. Konon-konon nak kumpul tu dalam pukul 6 pagi la, then pukul 6.30 dah boleh naik.. Tapi semua angan-angan belaka.. Aku sendiri sampai kat semenyih tu dalam pukul 6.15 pagi. So kami solat kat bawah dulu. Aku solat dekat petronas je.. Tak pergi masjid pon. Last-last plan kami nak panjat masa cuaca gelap tak menjadi langsung sebab kami sampai kat kaki bukit broga pon cuaca dah cerah. Cuma kami tak terasa terkilan sangat pon sebab hari tu tak ada matahari terbit. Matahari malu-malu nak keluar dan dilitupi awan.

On the way nak naik tu ramai yang dah nak turun. Jadi nampak kan yang kami ni memang lambat dan ketinggalan zaman. Orang dah siap ber'huuhaaa' kat atas kami ni masih terhegeh-hegeh nak mendaki. Tapi sebenarnya ada gak geng-geng lain yang still baru nak panjat. Cuma masa kami panjat tu tak ada la stuck kat tengah-tengah jalan sebab memang dah tak  ramai wa cakap sama lu. Jadi kami dapat menghirup udara segar  la kononnya (dah ada kena mengena ok).

Once kami sampai atas, aku tengok masih ramai yang sedang menghayati keindahan alam semula jadi. Ada yang berdua, bertiga, berempat dan ber-ber lagi lah. Tak payah nak mention sangat pon tak apa sebenarnya tapi saja je aku nak mention kat sini yang kami pergi berempat. Dua lelaki dan dua perempuan nak mention jugak tu. Bila dah sampai atas jadi masing-masing pon mulalah mengeluarkan camera masing-masing tapi aku just keluarkan camera handphone je sebab senang nak masukkan dalam instagram terus. Cepat, pantas dan berkesan.. cheewaahh..


outfit of the day.

mus dan syam

fahim

mus and me

mus and me again.

three of them 



Dah penat panjat so tibalah masa kami turun. Masa turun tu agak mencabar jugak lah. Bagi sesiapa yang rasa nak mendaki tu, tak kira lah mendaki dekat mana-mana sekalipun, pastikan kita memakai outfit yang proper. I mean pakailah kasut sukan yang selesa, yang boleh grip dengan baik, seluar yang selesa baju yang sukati korang lah nak pakai macam mana pon.. hihihi.. asalkan semuanya selesa dan selamat. This is because it is happen in front of me. Ada budak yang jatuh tersungkur betul-betul depan mata aku tanpa aku sempat nak tolong (adik, akak mintak maaf tak dapat nak tolong sebab jarak memisahkan kita) cheewaaahh.. Budak tu mungkin turun dengan tergesa-gesa dan mungkin kasut yang dipakai tu tak ada grip dan dia tak dapat nak break so faham-faham lah bila dah laju sangat dan tak ada break, memang tersungkur lah. Sangat kesian melihat keadaan dia, tapi selamat dia tak mengalami kecederaan yang teruk.

Lepas kejadian budak tersungkur tu, kami teruskan perjalanan kami turun ke kaki bukit semula, dan on the way nak turun tu, kami terjumpa pula satu kumpulan budak perempuan yang nampak macam salah seorang mereka tengah tahan sakit. Mungkin kaki cramp sebab kawan-kawan yang lain tengah urut kaki dia. So yang ini lagi satu aku nak nasihat, sebelum nak pergi hiking tu, pastikan kita ada stamina yang cukup. Bukanlah nak cakap kena pergi berjogging hari-hari atau kena pergi gym hari-hari semata-mata nak hiking kat broga tu, tapi at least kita tahu tahap kemampuan diri kita sendiri dan kalau boleh, buat la stretching sikit untuk elakkan benda-benda macam ni. Kalau dah sakit tu bukan orang lain yang tanggung kan, diri sendiri yang tanggung, so elakkan lah selagi boleh. Tapi kalau nak kena jugak tu, tak boleh nak buat macam mana kan.. Ouh tu je lah nasihat dari kakak yang tak berapa nak pro ni.. :)

Akhirnya kami sampai ke bawah dengan selamat. Alhamdulillah kami berempat tak mengalami kecederaan atau apa-apa kejadian yang tak di ingini. Selamat naik dan selamat turun. Sampai je kat bawah kitorang tros makan. Makan KFC uollss.. Gila betul. Lepas hilang 2 kilo sebab hiking, sampai bawah naik 5 kilo dek non gara-gara breakfast dengan KFC. tapi tak apa lah kot, just make our tummy happy so telan je..

Bagi yang rasa nak mandi sungai lepas panjat gunung tu, boleh lah pergi ke sungai tekala. Tak jauh pon dari broga hill tu. Ada sign board dia jadi pandai-pandai lah cari sendiri. Kalau tak reti tengok sign board atau malas nak mencari sign board, guna je app dalam hp masing-masing. Sekarang mesti semua orang ada GPS dalam hp tu kan. Tak kan nak simpan je, jadi gunakanlah ianya sebaik mungkin.

Sekian..



Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

7 October 2013

Erti hidup

Sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebab tersendiri..

Assalamualaikum..

Ok pembuka bicara dah cakap sesuatu yang berlaku mesti ada sebab. Jadi setelah apa yang aku lalui dulu dan sekarang aku dah sedar kenapa benda yang dah lepas tu terjadi. Bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku dah lalui selama ini.

Perlukah aku ucapkan terima kasih? Ya!! Jawapan dia ya, aku patut berterima kasih kat orang sekeliling aku. Terutama keluarga aku. Mereka buat aku sedar erti kehidupan.. Hidup bukan semata-mata untuk mencari keseronokan di usia remaja tapi hidup sebenarnya perlu ada tujuan. Tujuan yang perlu kita create sendiri.. Terima kasih sekali lagi.. Jika tanpa bimbingan dari keluarga aku mungkin dah tersasar dari erti hidup sebenar. Walau kadang-kala aku rasa terkongkong dengan hidup yang sering diatur oleh keluarga namun aku tahu segalanya pasti ada hikmah.

Walau dari segi jodoh pon tetap diatur oleh keluarga, namun aku tau pilihan itu adalah yg terbaik buat diri ini. Walau mula-mula rasa tertekan namun aku teruskan juga demi untuk mencari erti hidup yang sebenar dan sekarang dah terbukti yang aku patut berterima kasih pada mereka. Ternyata pilihan dan tindakan yang dilakukan oleh mereka membuatkan aku lebih tenang sekarang. Keluarga mana yang inginkan ahli keluarga yang lain menderita kan?

Erti hidup yang dulu hanya mengikut kata hati sendiri boleh buat hati mati.. Namun erti hidup yang ku lalui sekarang lebih menghidupkan diri ini.. Ianya membawa 1001 makna yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Ianya juga membawa 1001 kemanisan yang tak semua orang ada peluang untuk merasa.. Lupakanlah apa yang ada dibelakang dan aku akan genggam apa yang berada di genggaman ku. Itu janji aku kepada diri sendiri.

Bila bersendirian, terasa macam tak masuk akal dengan apa yang sedang berlaku. Bila difikirkan semula boleh tergelak. Namun semua yang berlaku sekarang membuatkan aku makin matang. Hilang semua resah dalam diri, datang 1001 kegembiraan dalam hati. Gembira bila dapat menggembirakan hati keluarga, gembira bila dapat membuatkn keluarga tersenyum dengan pengorbanan yang dilakukan walaupun ianya boleh dianggap kecil dan dalam masa yang sama aku juga gembira dengan keputusan yang aku lakukan.. Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati ini. Terima kasih atas segalanya.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

26 September 2013

Broga hill


Borga Hill atau nama melayunya Bukit Broga terletak di Semenyih. Perasaan nak panjat Broga Hill ni memang dah lama ada.. Sejak zaman muda-muda dulu konon sekarang dah tua, sejak belajar kat UTM lagi. Al-maklumlah bila tengok gambar-gambar dalam internet yang cantik-cantik semua cakap pasal keindahan Bukit Broga, hati mana yang tahan kan.. Lagi-lagi aku ni memang jenis suka sesuatu yang mencabar konon-konon advature la.. Tapi sekarang baru ada peluang dan masa untuk panjat Broga Hill.. 

Sebelum panjat Broga Hill, macam biasa aku akan survey dulu jalan ke sana, berapa ketinggian Broga itu sendiri dan juga jangka masa pendakian. So aku dapat rumuskan yang jalan ke Broga Hill tidak lah susah sangat. Lagi pon aku guna Waze application so memang tidak sesatlah jawabnya walaupun kadang-kadang orang cakap GPS = Guna Pasti Sesat.. Bagi ketinggian Broga Hill ini hanyalah 400 m dari paras laut.. Jadi tidaklah berapa tinggi.. So aku masih boleh tersenyum untuk mendaki.. blagak gila. Dan untuk jangka masa pendakian, kebanyakan orang yang pernah mendaki cakap dalam 45 minit dah boleh sampai ke puncak.. 

Here we go. 

Aku plan dengan si dia untuk panjat Broga pada hari sabtu 31 August 2013. Jadi disebabkan masa tu adalah hari kemerdekaan dan memang tengah cuti, jadi ramailah orang. Siap ada yang bawak bendera Malaysia.. sangat Patriotik anak muda sekarang. Alhamdulillah.. 

Si dia ambil aku kat rumah dalam pukul 5.00 pagi kalau tak silap sebab kami budget tak nak tertinggal sunrise. Seperti yang di rancang, kami sampai di kaki bukit dalam pukul 5.45 dan orang telah ramai. Parking di kawasan kelapa sawit dengan bayaran sebanyak RM 2.00 sekali masuk. Tapi tak apa lah bayar pon bayar lah.. yang penting selamat.. 

So sementara menunggu masuk waktu subuh, kami just berborak. Lepas subuh baru lah kami bergerak naik ke atas. Aku dah sediakan 1 botol air mineral kecil, swiggum dan juga 2 bungkus roti untuk bekalan. Alhamdulillah aku tak lah semput pon nak naik atas. Perjalanan pendakian kami berjalan dengan lancar tapi ada jugaklah berhenti sekejap sebab ada beberapa kumpulan pelajar mendaki masa itu. But we managed to reach up by 30 minutes hiking.. Alhamdulillah laju dari apa yang dirancang dan kami dapat tengok sunrise seperti yang di inginkan. 

#nikmatmanayangharuskudustakan. Ini lah yang boleh ku ungkapkan apabila melihat keindahan matahari terbit dari atas puncak Broga Hill.. 






This is us.. Cukup lah 3 gambar yang aku kongsikan kat sini.. Sebab aku hanya nak highlight kan keindahan Sunrise dari puncak. Jadi gambar-gambar lain biarlah menjadi simpanan peribadi aku sahaja.... :) 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

20 September 2013

Kepercayaan

Trust to each other.
Senang untuk tulis, senang untuk di ungkapkan. 
Tapi sebenarnya susah untuk di laksanakan. 
Betul kan apa yang aku cakap kan ni? 

sources : mr.google


Kadang-kadang kita lagi susah untuk percaya bila kebenaran sebenarnya telah dapat di rungkaikan. Boleh ke kita nak pejamkan mata dengan apa yang telah di ketahui namun masih cuba untuk disorok? Namun wahai hati, cubalah sebaik mungkin untuk tidak memikirkan apa yang telah di ketahui. Walau sebenarnya pedih, tapi setiap manusia ada kekurangan dan juga kesilapan yang telah di lakukan.. Kesilapan masa lalu yang tidak perlu lah kita ungkit. Mungkin dengan berdiam-diri, kita boleh selamatkan hubungan yang baru terbina. Mungkin juga dengan berdiam diri, kita dapat menenangkan diri sendiri. 

Rasanya tak perlulah di buka buku lama. Bukalah lembaran baru yang mungkin akan menampakkan sinaran pelangi untuk hari esok. Kuatkanlah hati dan tutuplah mulut dari berkata-kata. Diam itu lebih baik dari mengeluarkan satu perkataan yang mungkin akan merosakkan segala-galanya.

Biarlah hati ini pedih untuk menelan apa yang telah tersurat, namun aku sanggup untuk secebis kebahagiaan. Aku juga insan biasa. Aku juga punya masa silam. Jadi mengapa tidak bagi aku untuk mendiamkan masa silamnya? mengapa perlu aku ungkit masa silamnya? Sedangkan masa depannya lebih bercahaya dari yang lepas.. Aku cuba untuk jadi yang terbaik. Aku juga mencuba untuk menjadi seseorang yang sangat memahami. Namun kadang-kala hati kecil ku memberontak untuk bersuara.

Ya Allah, kau kuatkanlah semangat ku. Kau teguhkan lah pendirian ku. Hanya kepadaMu ku memohon. 

Terima Kasih Sudi Singgah

19 September 2013

Astrid - Mendua




Ku tak habis pikir, kurangku di manaKau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap, namun terlalu jauhImajinasiku terberaiTerdiam aku beku tanpamuDimanakah letak hatimu?
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Ku tak habis pikirKurangku di mana?Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap, namun terlalu jauhImajinasiku terberaiTerdiam aku beku tanpamu,Di manakah letak hatimu?
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Terima Kasih Sudi Singgah

25 August 2013

Pilihan sendiri vs pilihan keluarga

Perkahwinan merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Setiap orang impikan perkahwinan dan juga rumah tangga yang sempurna. Dalam zaman yang serba moden ini, kebiasaannya pasangan hidup dipilih oleh diri sendiri. Jarang kita lihat pasangan hidup dipilih oleh keluarga. Namun masih terdapat segelintir orang yang  tidak kisah dengan pilihan dari keluarga.

Pilihan sendiri VS pilihan keluarga mana yang terbaik? Terdapat pro dan contra dalam setiap keputusan yang dibuat. Namun bagi diri aku sendiri, aku merasakan pilihan keluarga adalah yang terbaik. Mana ada keluarga yang inginkan sesuatu yang tidak baik buat ahli keluarga mereka sendiri kan? Kadang kala pilihan kita sendiri hanyalah berlandaskan perasaan semata tanpa mengetahui sesuatu itu baik atau tidak. Namun bagi ibu bapa, mahupun orang yang lebih tua, mereka mungkin lebih berpengalaman dalam memilih yang terbaik. Al-maklumlah mereka kan terlebih dahulu makan garam dari kita yang baru setahun jagung nak mengenal dunia.

Mungkin ramai yang akan bidas pendapat aku ini. Tapi setiap orang ada pendapat masing-masing kan. Tapi pernah tak kita terbayang dapat bercinta selepas nikah? Romantik kan. Berbeza dengan mereka yang bercinta sebelum berkahwin, bagi mereka yang bercinta selepas nikah, mesti lebih banyak cerita yang dapat dikongsi bersama. Kemudian, dapat merasa kemanisan cinta selepas menjadi yang halal baginya. Masyaallah, bahagianya rasa.

Namun, sebaik-baiknya kita kenal lah dahulu dengan bakal suami yang akan menjadi teman hidup kita. Mintalah restu dari kedua ibu bapa kerna restu dari ibu bapa itu amat penting dalam setiap apa yang dilakukan. Niatlah kerana Allah. Insyaallah bahagia.


Terima Kasih Sudi Singgah

Takdir

Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Dia tahu apa yang terbaik buat umat-Nya.

Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir.

Kita pernah merancang semalam.
kita juga merancang apa yang ajkan dilakukan hari ini.
kita merancang untuk perkara esok
dan kita juga punya perancangan untuk 10 tahun akan datang.
Namun perancangan sebaik-baiknya datang dari Allah S.W.T

Takdir menentukan segalanya. Selama mana kita usaha, sekuat mana sekalipun kita mencuba, jika telah ditulis takdir itu bukan buat kita, maka terimalah segalanya dengan hati yang terbuka. Jangan disalahkan takdir. Jangan menyalahkan diri sendiri. Semuanya telah ditulis sejak azali.

Redha dengan apa yang terjadi...


Terima Kasih Sudi Singgah

19 August 2013

Raya bersama teman




Assalamualaikum.  

Rasanya belum terlambat for me untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua. 

Kali ni just nak share gambar-gambar raya bersama ex-coursemate. 





Akhir sekali mesti ada gambar seorang. Saja nak bagi tau yang seorang tu adalah tuan punya belog,.. sekian terima kasih.. lalalalal~~~~~




Terima Kasih Sudi Singgah

30 July 2013

ZQ BATIK - batik cantik

Hai guys. 

Ni I nak PROMOTE lagi 1 page.. PROMOTE PROMOTE PROMOTE.. 

Kalau u all ni jenis yang suka shopping online, ni salah satu page online yang superb!! yeah superb sangat.. Barang yang di order dijamin berkualiti dan cantik seperti dalam gambar. 

Page yang i nak promote ni jual batik yang cantik-cantik.. I sendiri tengok pon boleh rambang mata.. U all boleh je visit page ZQ BATIK ni untuk lebih banyak pilihan menarik. 

Motto ZQ BATIK ni sahaja dan menunjukkan yang kita boleh beri kepercayaan 100% tanpa ragu-ragu >> KEPUASAN ANDA INSPIRASI KAMI.

Jom kita cuci mata tengok batik-batik yang gorgeous dr ZQ batik. 







Cantik kan? Sebenarnya harga ZQ batik ni masih boleh dirunding dan di bincang. Tengok kuantiti pembelian jugak la.. ZQ Batik ni qualiti dia memang sangat-sangat superb.Selain itu, ZQ Batik juga menerima tempahan baju kurung, kemeja dan juga pakaian seragam batik. Marilah kita martabatkan barangan buatan tempatan.. cheewaaahh.. 

Untuk maklumat lanjut, U all boleh la hubungi no ini: 
Rahmat : 013-2877995
Kimi : 014-5053504

Jangan lupa yea, like page ZQ Batik ni skali.. 
TQ.. 






Terima Kasih Sudi Singgah

Lissa boutique. Pakej perkahwinan menarik

Hai guys. 

I nak promote ni.. PROMOTE PROMOTE PROMOTE.. 
I nak promote satu page perkahwinan yang superb. Harga menarik, PR dari owner boutique pon sangat superb.

Mesti ada yang tanya kenapa I cakap superb kan? macam good good je.. Tp percayalah memang boutique ni good pon.. Tak percaya? Kalau tak percaya, u all boleh je likes page ni lissa boutique then u all judge la sendiri ok.. :) 

Jom kita cuci-cuci mata sikit tengok hasil kerja dari Lissa boutique ni.. 




So, macam mana? cantik kan.. sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar menarik, untuk maklumat lanjut, u all boleh contact no ni: 

Liza : 017 4000 994 / 019 2286 609

Jangan lupa yea.. like page Lissa Boutique ni skali yea.. 

TQ.. 




Terima Kasih Sudi Singgah

21 June 2013

Hati - 2

bila mana hati kata ya, 
jangan lah menidakkan kata hati
bila mana hati kata tidak, 
jangan lah melawan kata hati itu
bila mana hati mahukan sesuatu
usahalah hingga mencapai apa yang di inginkan 
bila mana hati berubah, 
percayalah ada hikmah!!

sumber : Mr. google 

Terima Kasih Sudi Singgah

5 June 2013

Hati

Bila mana hati berat untuk melakukan sesuatu, 
berfikirlah walaupun untuk yang ke seratus kali. 
Bila mana hati senang melakukannya, 
maka teruskan langkah tanpa perlu berpaling. 
walau perit yang mendatang 
yakinlah itu adalah sebahagian daripada ujian dari-Nya

Seringkali pertelingkahan itu tiada akhirnya. 


Terima Kasih Sudi Singgah

31 May 2013

Bertukar angin

Assalamualaikum w.b.t

Semenjak aku habis belajar rasanya tak ada sekalipun aku post pasal kerja kan? Actually benda tu tak adalah penting sangatkan, asalkan pekerjaan yang kita buat tu halal untuk di gunakan dan juga duit itu berkat di sisiNya. Chewahh.. Berceramah pulak. Tak apa, sikit je pon ceramah ni.. Untuk pembuka bicara la katakan..

Lepas aku habis belajar sekitar pertengahan tahun lepas, alhamdulillah aku terus masuk kerja dalam satu company consultant. Maknanya, aku memang kerja dalam bidang yang aku belajar selama empat tahun bersengkang mata serta berseronok di UTM dulu la. Aku kerja sebagai Landscape Architect a.k.a LA. Nama company tu biarlah menjadi rahsia antara aku dan dia.. cheewwaahh..

Aku kerja kat company ni tak ada lah lama sangat.. lebih kurang setengah tahun je.. Awal tahun 2013 aku dah hantar surat resign 24 hour atas alasan-alasan tertentu. Ex-office mate semua best. sporting. Rindu gila-gila mereka semua. Tapi aku ada sikit je gambar yang boleh dikongsi.

Ini lah semua ex-office mate aku. 

Yang tengah ambil lauk tu one of my ex-boss.

Sekarang ni aku dah bertukar angin. Aku tidak lagi bekerja dengan company consultant tapi aku bekerja dengan company contractor dan 100% bukan contractor landscape tapi contractor dalam bidang cleaning services. Walau bagaimanapun, company sekarang ini still ada buat maintenance dalam bidang landscaping, jadi aku tetap dapat praktikkan apa yang aku belajar dulu.

Aku suka sangat dengan company sekarang sebab aku tak stress menghadap design 24/7 tapi aku perlu selalu keluar menghadap client. Tapi best, sebab makan semua di tanggung beres.. ngeh ngeh ngeh (gelak jahat) 

**Kalau korang nak cari company untuk cleaning services boleh la direct contact aku kat ddzureen@yahoo.com. 


Terima Kasih Sudi Singgah

16 May 2013

C-Day 7th May 2013

Assalamualaikum w.b.t

Mood konvo dah habis. 7th May yang lepas aku dah merasa naik ke pentas yang konon-konon gah tak hingat. Sebenarnya mula-mula aku memanglah rasa sangat excited nak konvo. Al-maklumlah ini first time aku nak rasa pakai jubah yang besar dari saiz badan dan juga nak merasa letak mortar board di atas kepala.. Feeling ala-ala puteri dengan square crown la konon.. 

Tapi... bila tarikh PRU 13 bertembung dengan tarikh konvo, aku jadi macam tak tentu arah. Mana tak nya, sepatutnya tarikh konvo aku jatuh pada 5th May 2013 bersamaan dengan hari Ahad, so boleh la nak merasa angkut seluruh family, bawak pak cik, makcik, sepupu, dua pupu, dan juga semua kupu-kupu, tapi semuanya musnah. Hancur luluh, impian yang ku impikan.. ceehhh... So lepas tahu tarikh tu terpaksa diubah due to PRU 13, jadi mood konvo telah bertukar kepada mood PRU 13.. 

Masa konvo aku pon tak de la aku nak angkut semua sedara-mara mahupun kupu-kupu aku pergi. Even adik kandung aku sendiri pon tak dapat nak join sebab dia ada exam. Jadinya, majlis konvokesyen ini aku anggap biasa-biasa sahaja.. 













Gambar pon tak dapat nak captured banyak-banyak sebab hujan. Jadi, kami ambil gambar di dalam library sahaja.. Mesti ada yang pelik kenapa 4 orang je yang beriya. Mana the rest of our members? Sebenarnya kami 4 orang ni tercicir dari list mereka-meraka yang lain.. Kami berempat lambat. The rest dah konvo awal.. huarghhh.. sebenarnya sedih, tp tak apa.. Konco lambat ke cepat, yang penting kami tetap kawan smpai bila-bila.. Insyaallah.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang dr jauh semata-mata nak meraikan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga.. :) 


FINALLY IT'S OURS!!!!!!

Terima Kasih Sudi Singgah

27 February 2013

let it go

Yang lepas biarkan lah ia nya berlalu pergi. Apa yang penting adalah masa akan datang.

    hey.. itu baru pembuka bicara ok. bukan penutup kata.. cewwaahh.. hari ni rajin pulak aku nak buat entry baru. Konon-konon hari ini hari ahad la kan? so budget ada masa free walaupun hakikatnya memang aku sangat free hari ini.. cuma disebabkan penyakit M yang memang semulajadi dah melekat dan sebati dalam diri aku, jadi aku tetap mengatakan yang aku sangat busy.. busy dengan 'game poker fb'.. (mr. poker, ko ni memang melekakan aku lah) eh tak pasal-pasal mr.poker tu yang kena marah kan? tah apa apa tah nak marah tak tentu pasal.

   entry kali ni aku bagi tajuk seperti di atas, cheewahh.. kenapa tetibe aku nak emo time-time macam ni? sebab sememangnya aku nak meng'emo'kan diri aku . al -maklumlah semenjak dua menjak ni macam-macam perkara telah berlaku. Banyak benda yang lepas telah memberikan aku seribu satu pengajaran yang tak mungkin aku lupakan. dari segi kerja, belajar, cinta dan segala-galanya. Kehidupan aku pun mungkin berubah dari dulu..

  Berubah? eh, jangan salah sangka pulak ok.. aku berubah apa mesti korang nak tau kan? (padahal x de sape nak tahu) budget blog ni glamor cam blog Hanis Zalikha atau Fatin Liyana atau Maria Elena la konon nya.. padahal ko sedar lah aku  yang ko tu bukan sapa-sapa pon.. ko tu hanyalah insan yang asyik merepek di blog usang ko nih.. haha (sedeyh seyh ayat aku) haha..

   Sebenarnye aku berubah bukanlah seratus peratus.. cuma sekarang ni tak macam dulu.. kalau dulu tangan aku ni tak lepas dari hp. kadang-kadang tu sampai pergi toilet pon nak bawak hp.. addict la konon dengan hp tu.. Ni semua disebabkan hp aku tak pernah berhenti dari berbunyi.. tapi sekarang semuanya dah berubah 100%.. sekarang aku dah tak kisah kalau tak pegang hp tu even untuk sehari sebab aku tau hp aku susah nak berbunyi macam dulu dah..Tapi bila hp tu tak berbunyi, tak bermakna aku rasa sunyi.. tapi aku sangat suka dengan kehidupan sekarang. sebab tu lah aku cakap 'let it go'.

  Selain itu, aku juga berubah dari segi umur.. aku dah makin membesar.. dah makin matang.. 'wal  hal ramai yang cakap aku ni cam budak-budak'.. pekeheii nye aku ni cam budak-budak.. haha.. disebabkan aku dah rasa matang, jadi aku rasa macam dah tak nak jadi kanak-kanak yang asyik bergaduh sana, bergaduh sini.. jadi senyap itu lebih baik dari berkata-kata..

  Cuba kita appreciate apa yang ada depan mata sekarang. nescaya apa yang akan berlaku akan datang dapat memberikan kita cahaya yang lebih indah dari semalam. jangan lah nak sedih-sedih sangat.. lepaskan apa yang sudah lepas, hargai apa yang akan datang.

Terima kasih sejarah.. sejarah mengajar kita erti sebuah kehidupan.




Terima Kasih Sudi Singgah

Lasagna

Lasagna memang awesome.. Dulu-dulu aku tak tahu apakah itu lasagna? sedapkah lasagna tu? binatang bertandukkah, bermisaikah atau apakah itu lasagna sebenarnya. But now aku dah tahu apakah itu lasagna dan aku semakin suka akan 'dirinya'.. oh apakah aku jugak tergolong dalam manusia yang digelar perosak bahasa....

ini pertama kali lah aku buat lasagna tapi lebih tepat lagi 'belajar' buat lasagna. Mula-mula memang rasa macam susah sangat nak buat lasagna ni. huh!! leceh sungguh tapi bila lasagna itu siap, rasanya macam wow.. amazing.. sluurrppp tambah banyak kali. buat 4 loyang pon tak cukup wa cakap sama lu.




Ini lah rupa lasagna yang dilayerkan. yang putih sebelah kanan itu adalah white sauce. yang disebelah kiri itu pula kepingan lasagna yang telah dilayerkan dengan sauce spagethi. lepas tu ditaburkan juga dengan cheedar cheese.



Ini pula rupa lasagna yang siap dibakar. Masa aku nak ambil gambar ni, banyak tangan yang tak sabar nak merasa lasagna ni.. jadi beginilah rupa lasagna yang telah siap dimasak dan juga dimakan..

Macam nak buat lagi la besok, tapi lasagna ni kalau makan selalu memang boleh menambahkan kalori-kalori di dalam badan dan silap hari bulan boleh jadi lemak tepu di dalam badan. Dah la sekarang ni memang kerja aku ni menambahkan lemak-lemak yang telah tersedia dalam badan. Tapi bagi aku, lupakanlah diet semua itu, asalkan perut kenyang. Aku ni spesis 'jaga perut' dan bukan jaga badan.. hahaha..

apa yang penting? kita HAPPY..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

3 January 2013

Jangan menghina

Ini memang satu amaran yang keras sekeras-kerasnya seperti batu yang susah dipecahkan.. Ape?? Uolss tak takut? Phewww... Konon aku ni garang la kan sampai nak bagi amaran kat orang lain.
Tak lah, sebenarnya aku bukan nak bagi amaran atau nak budget garang mahupun buat-buat garang. Tapi aku rasa sedih bila ada manusia yang sanggup menghina manusia lain yakni makhluk Allah yang lain atas faktor fizikal contohnya. Tak ada ke rasa belas kasihan kita pada sesama manusia? Kenapa lah kita nak menghina orang lain sedangkan kita juga tidak sempurna..

Kenapa aku tiba-tiba beremosi? Mesti uolss pelikkan.. Kalau uolsss tak pelik skalipon, tolonglah buat-buat pelik atau buat-buat nak tau. Kesian Lah kat aku excited sorang-sorang tapi tak ada pon nak tahu. Ceh.. Ok, sebenarnya aku beremosi ni sebab aku ada dengar cerita dari rakan-rakan aku. Diaorang macam gembira je gelakkan sorang budak ni.. Walaupun aku tak kenal budak tu tapi aku boleh menangis bila terkenangkan keadaan si budak itu. Kenapa aku panggil budak sebab dia memang budak kecik lagi. Baru 12 tahun dan nak ambil upsr. Budak tu badan dia memanglah besar tapi patut ke weolss nak ejek dia dengan perkataan 'budak gemok' dikhalayak orang ramai? Patutkah weolss nak malukan dia sampai dia rasa rendah diri dengan fizikal dia sendiri?


Ada lagi tu, selain malukan dia dengan gelaran budak gemok, Dia juga dipulaukan. Disingkirkan oleh rakan-rakan sebaya semuanya disebabkan keadaan fizikal dia yang besar dari usia. Tapi dia tak salah. Bukan dia yang minta untuk dilahirkan besar, membesar dengan fizikal yang sebegitu.

Macam ini lah, cubalah weols bayangkan kita sendiri di tempat budak itu, apa perasaan kita? Ok, kalaupun bukan weols sendiri di tempat budak itu, tapi cubalah uols bayangkan adik-beradik uols yang berada ditempat budak itu, apa perasaan uolss yaeh? Sedih tak? Kalau uols tak ada perasaan sedih tu aku tak boleh nak cakap apa lah. Cuma aku nak cakap setiap manusia di muka bumi ini tiada yang sempurna. Sempurna kita di mata manusia lain tapi bolehkah kita jamin yang kita ini sempurna di mata Allah S.W.T.. Wallahualam..


Jadi ingatlah di dalam hati, jangan sesekali memperkecilkan orang lain walau sebesar zarah sekalipun.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Sudi Singgah

Vacation - Jakarta (bermanja bersama si cerdik)

Siapakah gerangan si cerdik yang aku maksudkan? Adakah adik aku? adakah adik kau? atau.. adakah engkau sendiri yang sangat cerdik? Teka... Teka.. Teka.. haaa... Memang tak dinafikanlah adik aku, adik kau dengan engkau-engkau skali cerdik.. tapi kat sini aku nak bagi tau sebenarnya si cerdik yang aku maksudkan itu adalah seekor binatang.. haihh.. kalau dah nama pun 'seekor', memanglah binatang betul tak?

Haaa...Hapee kau hingat manusia je ke yang cherdikh  cerdik? Dah tentu air pepsi  persepsi korang-korang semua salah.. Jahatnya lah aku ni kan sebab suka-suka je nak cakap persepsi korang semua salah... Erk, siapa sokong aku, silalah angkat tangan dengan kesepuluh jari anda keatas. Tak percaya cakap aku, tak apa lah. Siapalah aku ini kan untuk buat korang percaya (padahal dah tahu ramai yang percaya) konon-konon aku nak merajuk budget ada yang nak pujuk. puihh.. Jangan harap lah cik Zureen oii.


jeng jeng jeng....

***
**
*

vromm vromm vroomm.. ops ada polis.. 

line clear ni, laju sikit pon tak apa. AES bukan ada kat sini.. 


Perlahankan kenderaan.. ada orang nak melintas.. 

 Inilah si cerdik yang aku ingin hebah-hebahkan.. Bukan yang berbaju belang tapi yang seekor lagi sebab yang baju belang itu adik aku.. Kesian plak dia kalau kita samakan dia dengan si monyet yang cerdik itu.. haha jahat giler kakak dia ni..Adik, maafkan kakakmu ini. Kakakmu ini tahu yang kamu lagi cerdik dari si monyet yang cerdik itu.. ngeh ngeh ngeh gelak jahat.... Kalau korang tengok si cerdik tu dengan motor dia pon korang mesti terpegun kan. Si cerdik ini pandai menghiburkan hati.. Bawak moto laju siap buat willy lagi tu dengan moto REPSOL lagi tu. giler merempit betul. Wahai mat rempit, anda boleh dikategorikan berkawan dengan monyet la kot. OPPPSSS.. PANAS.. 


seperti penarik beca professional

Rehat sebentar bersama Kit-Kat
Setelah penat merempit, si cerdik ni buat aktiviti lain plak. Tengok lah dalam gambar tu, dia boleh buat muka selamberk je tarik roda tu.. Lagak macam penarik beca professional. Pusing-pusing, bila tak ada penumpang dia jadi penat siap duduk berehat sambil angkat kaki sebelah lagi tu. Selamat je dia tak duduk bersila kat situ. Hyeelahhh si cerdik, pandai betul engkau menghiburkan hati kami. Gelak tak hengat punya bila tengok gelagat si cerdik ini.

uwangnya bisa ngak dikasi.. 

adik blaja rajin-rajin ok. 

Lepas penat buat semua aksi, si cerdik ini ambil pulak props yang lain. Yang ini paling special sebab si cerdik ini pergi kat sorang-sorang penonton dan mintak duit. Haik, korang ingat ni performance free ke? Masuk toilet pon berbayar tau. Jadi, si cerdik bawaklah bekas duit tu, dan dapatlah si cerdik bersama tuannya duit belanja harian. Bab ini, kita boleh kasi seikhlas hati. Comel kan si cerdik itu.. Gambar last tu kakak ipar aku dengan adik-adik tengah bermesra dengan si cerdik. Entah apa yang diaorang borak, aku pon tak pasti.. hihi..


peta Taman Mini Indonesia Indah
Lupa pulak nak bagi tau nama tempat ni. Kalau korang pergi area jakarta dan teringin nak pergi tengok si cerdik ini, korang patut pergi kat Taman Mini Indonesia Indah. Taman mini Indonesia Indah ini merupakan salah satu tempat yang popular di Jakarta. Banyak info-info menarik yang kita dapat peroleh di sana. Chhewwwaahh.. promote pulak.  Tempat ini lebih kurang macam Taman Mini Malaysia Melaka tapi di Indonesia ini, kawasan dia lebih besar dari Taman Mini Melaka. Jadi kalau nak jalan kaki, memang aku nasihatkan, hentikanlah angan-anganmu itu sedari awal menjejakkan kaki kalau tak nak penat. Tapi kalau memang niat nak lakukan aktiviti kardio, dan aktiviti menguruskan badan serta membunag lemak-lemak tepu yang telah disimpan sekian lama, jadi teruskanlah dengan niat anda untuk mengelilingi taman itu dengan berjalan kaki..

Inilah salah satu tempat yang tak patut korang lepaskan jika pergi ke Jakarta.. Have fun.. :)


Terima Kasih Sudi Singgah