Sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebab tersendiri..
Assalamualaikum..
Ok pembuka bicara dah cakap sesuatu yang berlaku mesti ada sebab. Jadi setelah apa yang aku lalui dulu dan sekarang aku dah sedar kenapa benda yang dah lepas tu terjadi. Bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku dah lalui selama ini.
Perlukah aku ucapkan terima kasih? Ya!! Jawapan dia ya, aku patut berterima kasih kat orang sekeliling aku. Terutama keluarga aku. Mereka buat aku sedar erti kehidupan.. Hidup bukan semata-mata untuk mencari keseronokan di usia remaja tapi hidup sebenarnya perlu ada tujuan. Tujuan yang perlu kita create sendiri.. Terima kasih sekali lagi.. Jika tanpa bimbingan dari keluarga aku mungkin dah tersasar dari erti hidup sebenar. Walau kadang-kala aku rasa terkongkong dengan hidup yang sering diatur oleh keluarga namun aku tahu segalanya pasti ada hikmah.
Walau dari segi jodoh pon tetap diatur oleh keluarga, namun aku tau pilihan itu adalah yg terbaik buat diri ini. Walau mula-mula rasa tertekan namun aku teruskan juga demi untuk mencari erti hidup yang sebenar dan sekarang dah terbukti yang aku patut berterima kasih pada mereka. Ternyata pilihan dan tindakan yang dilakukan oleh mereka membuatkan aku lebih tenang sekarang. Keluarga mana yang inginkan ahli keluarga yang lain menderita kan?
Erti hidup yang dulu hanya mengikut kata hati sendiri boleh buat hati mati.. Namun erti hidup yang ku lalui sekarang lebih menghidupkan diri ini.. Ianya membawa 1001 makna yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Ianya juga membawa 1001 kemanisan yang tak semua orang ada peluang untuk merasa.. Lupakanlah apa yang ada dibelakang dan aku akan genggam apa yang berada di genggaman ku. Itu janji aku kepada diri sendiri.
Bila bersendirian, terasa macam tak masuk akal dengan apa yang sedang berlaku. Bila difikirkan semula boleh tergelak. Namun semua yang berlaku sekarang membuatkan aku makin matang. Hilang semua resah dalam diri, datang 1001 kegembiraan dalam hati. Gembira bila dapat menggembirakan hati keluarga, gembira bila dapat membuatkn keluarga tersenyum dengan pengorbanan yang dilakukan walaupun ianya boleh dianggap kecil dan dalam masa yang sama aku juga gembira dengan keputusan yang aku lakukan.. Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati ini. Terima kasih atas segalanya.
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 si baik hati :
Post a Comment