26 September 2013

Broga hill


Borga Hill atau nama melayunya Bukit Broga terletak di Semenyih. Perasaan nak panjat Broga Hill ni memang dah lama ada.. Sejak zaman muda-muda dulu konon sekarang dah tua, sejak belajar kat UTM lagi. Al-maklumlah bila tengok gambar-gambar dalam internet yang cantik-cantik semua cakap pasal keindahan Bukit Broga, hati mana yang tahan kan.. Lagi-lagi aku ni memang jenis suka sesuatu yang mencabar konon-konon advature la.. Tapi sekarang baru ada peluang dan masa untuk panjat Broga Hill.. 

Sebelum panjat Broga Hill, macam biasa aku akan survey dulu jalan ke sana, berapa ketinggian Broga itu sendiri dan juga jangka masa pendakian. So aku dapat rumuskan yang jalan ke Broga Hill tidak lah susah sangat. Lagi pon aku guna Waze application so memang tidak sesatlah jawabnya walaupun kadang-kadang orang cakap GPS = Guna Pasti Sesat.. Bagi ketinggian Broga Hill ini hanyalah 400 m dari paras laut.. Jadi tidaklah berapa tinggi.. So aku masih boleh tersenyum untuk mendaki.. blagak gila. Dan untuk jangka masa pendakian, kebanyakan orang yang pernah mendaki cakap dalam 45 minit dah boleh sampai ke puncak.. 

Here we go. 

Aku plan dengan si dia untuk panjat Broga pada hari sabtu 31 August 2013. Jadi disebabkan masa tu adalah hari kemerdekaan dan memang tengah cuti, jadi ramailah orang. Siap ada yang bawak bendera Malaysia.. sangat Patriotik anak muda sekarang. Alhamdulillah.. 

Si dia ambil aku kat rumah dalam pukul 5.00 pagi kalau tak silap sebab kami budget tak nak tertinggal sunrise. Seperti yang di rancang, kami sampai di kaki bukit dalam pukul 5.45 dan orang telah ramai. Parking di kawasan kelapa sawit dengan bayaran sebanyak RM 2.00 sekali masuk. Tapi tak apa lah bayar pon bayar lah.. yang penting selamat.. 

So sementara menunggu masuk waktu subuh, kami just berborak. Lepas subuh baru lah kami bergerak naik ke atas. Aku dah sediakan 1 botol air mineral kecil, swiggum dan juga 2 bungkus roti untuk bekalan. Alhamdulillah aku tak lah semput pon nak naik atas. Perjalanan pendakian kami berjalan dengan lancar tapi ada jugaklah berhenti sekejap sebab ada beberapa kumpulan pelajar mendaki masa itu. But we managed to reach up by 30 minutes hiking.. Alhamdulillah laju dari apa yang dirancang dan kami dapat tengok sunrise seperti yang di inginkan. 

#nikmatmanayangharuskudustakan. Ini lah yang boleh ku ungkapkan apabila melihat keindahan matahari terbit dari atas puncak Broga Hill.. 






This is us.. Cukup lah 3 gambar yang aku kongsikan kat sini.. Sebab aku hanya nak highlight kan keindahan Sunrise dari puncak. Jadi gambar-gambar lain biarlah menjadi simpanan peribadi aku sahaja.... :) 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment