Kadang-kala terasa seperti tak nak menghitung hari. Penat untuk menunggu hari-hari yang mendatang. Kadang-kala pula rasa macam hari tu cepat sangat berlalu. Berkawan dalam keadaan jarak yang jauh memang agak susah namun atas dasar kepercayaan satu sama lain, ianya menjadi sangat manis. Dengan perasaan ingin berjumpa yang di simpan, yang di pendam ianya jugak mendatangkan kemanisan yang hanya mereka yang mengalami sahaja mengetahui. Bukan tak biasa untuk berjauhan tapi dalam keadaan untuk merentas lautan, ianya agak terkesan.
Biar jarak yang memisahkan
Biar masa yang menentukan
Jarak hanya satu ukuran
Masa masih berjalan
Menghitung hari sementara sahaja
Bila keadaan menjadi sedia-kala
ku harap semuanya baik-baik sahaja
Ku menanti saat itu tiba
Hanya mimpi yang mendekatkan hubungan
Hanya alam maya yang menyampaikan rinduku padanya
Ku harap ianya tidak lama.
0 si baik hati :
Post a Comment