ya Allah aku inginkan kekuatan... aku terima segala ujian dariMu ya Allah. aku hanya mahukan kekuatan dariMu..
Lupakan segala masa silam ku. Jauhkan lah kenangan yang pernah muncul dalam hidupku. Berilah aku kekuatan itu. Ku percaya segala yang berlaku ada hikmah yang cukup besar. Kau hilangkan aku matahari itu dan kau berikan pula aku pelangi yang sunguh indah. Indah di luar dan Insyaallah indah di dalam nya. Ku bersyukur dengan kurniaan Mu yang satu ini ya Allah.
Wahai sang pelangi indah, ku harap kau terima kekurangan ku. Ku mengharapkan kau dapat menerimaku seadanya. Baik ku dan buruk ku selepas ini kau lah yang akan mencoraknya.
Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari-hari ku. Kau bimbinglah aku semampu mu. Kau corakkanlah hari-hari ku dengan warna yang indah seindah budi mu, secantik pekerti mu. Kau warnai lah diri ku dengan kegembiraan, dengan kebahagiaan yang hanya engkau sahaja yang mampu.
Ku berserah pada takdir yang telah menentukan corak hidupku.
0 si baik hati :
Post a Comment