25 August 2013

Pilihan sendiri vs pilihan keluarga

Perkahwinan merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Setiap orang impikan perkahwinan dan juga rumah tangga yang sempurna. Dalam zaman yang serba moden ini, kebiasaannya pasangan hidup dipilih oleh diri sendiri. Jarang kita lihat pasangan hidup dipilih oleh keluarga. Namun masih terdapat segelintir orang yang  tidak kisah dengan pilihan dari keluarga.

Pilihan sendiri VS pilihan keluarga mana yang terbaik? Terdapat pro dan contra dalam setiap keputusan yang dibuat. Namun bagi diri aku sendiri, aku merasakan pilihan keluarga adalah yang terbaik. Mana ada keluarga yang inginkan sesuatu yang tidak baik buat ahli keluarga mereka sendiri kan? Kadang kala pilihan kita sendiri hanyalah berlandaskan perasaan semata tanpa mengetahui sesuatu itu baik atau tidak. Namun bagi ibu bapa, mahupun orang yang lebih tua, mereka mungkin lebih berpengalaman dalam memilih yang terbaik. Al-maklumlah mereka kan terlebih dahulu makan garam dari kita yang baru setahun jagung nak mengenal dunia.

Mungkin ramai yang akan bidas pendapat aku ini. Tapi setiap orang ada pendapat masing-masing kan. Tapi pernah tak kita terbayang dapat bercinta selepas nikah? Romantik kan. Berbeza dengan mereka yang bercinta sebelum berkahwin, bagi mereka yang bercinta selepas nikah, mesti lebih banyak cerita yang dapat dikongsi bersama. Kemudian, dapat merasa kemanisan cinta selepas menjadi yang halal baginya. Masyaallah, bahagianya rasa.

Namun, sebaik-baiknya kita kenal lah dahulu dengan bakal suami yang akan menjadi teman hidup kita. Mintalah restu dari kedua ibu bapa kerna restu dari ibu bapa itu amat penting dalam setiap apa yang dilakukan. Niatlah kerana Allah. Insyaallah bahagia.


Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment