21 October 2011

gathering

ha..
sebulan sekali baru nak hupdate blog.. bagus btol la..
macam mana nak maju kalau macam ni?
jangan harap la orang lain nak jenguk blog kau ni kalau kau nak jadi seorang yang pemalas
(padan muka kena marah dengan diri sendiri)

bukan aku x nak hupdate ini belog tapi seriously aku tersangatlah tak ada idea untuk menghupdate nya.
ok tak ada idea!! pham.. (T___T)
kali ni pon aku curi je idea apa-apa pon demi nak mencuci belog yang dah agak lusuh ni..
fuhhh fuhhhh.. nyah kau habuk..

hokeyhhh...
aku rindukan team lawn bowl.. yeahh..
btol.. aku rindukan team lawn bowl sukma Johor 2010
guys... i miss u very MUCH la..

disebabkan rindu, aku dengan budak-budak lawn bowl yang lain dah buat plan cantik punya
pelan melepakkan diri di rumah ayah a.k.a. coach a.k.a en. Yassin.
jadi lama jugak lah kamu-kami ni melepakkan diri di rumah beliau..
nak tengok tak ape yang kami-kami lakukan??
ha.. ni dia...

senyum yea korang..

terliur tak tengok buah-buahan ni?? haha

ni la TUKANG potong buah..

ayah a.k.a coach KAMI

Kak Zura : coach jugak nih.. sporting habes beb....

mak DATIN wanie hawany..

Terima Kasih Sudi Singgah

8 October 2011

tetibe



tetibe plak ade rasa bersalah kat someone.. 
mak aii.. ni bukan kat boyfie atau so over tau..
kali ini memang rasa bersalah kat membe sendiri..
adoii... 
tu la ko minah..
cakap tk reti nak fikir dulu.
kan dah rasa bersalah kat diri sendiri sampai sudah..
(tujukan kat diri)
hambek kau!!!

tak pe la.. rasanya manusia boleh memaafkan kan?
jadi, terima je la.. adoii.. 
T_________T'

sorry kat sesape yg penah terasa dengan aku... 
ngeee~~~~~
setiap manusia tak lepas dari melakukan kesalahan 
dan aku pon tak lepas dari benda tu jugak..
sorry yea...
 
Terima Kasih Sudi Singgah

3 October 2011

one day trip to singapore

holla..
tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba ada bunyi handphone..
pergh.. rasa nak marah pon ade kan.. 
yea la, ko tengah sedap-sedap tidur tapi tiba-tiba ada yang kacau..
dah la hari minggu pulak tu.. 
hari cuti sedunia..
time ni la nak rehat secukupnya kan kan kan...
masa bunyi handphone tu, rasa macam nak baling handphone pon ada...
tapi selamat la aku ni waras lagi untuk berfikir walaupun mata terpejam

dengan perasaan yang sangat malas, nak tak nak, aku angkat jugak la call in tu..
rupa-rupanya MINAH NI yang call.. korang nak tau sapa? click la kat situ..
hei minah.. selamat la kau kawan aku, kalau tak memang dah makan maki aku..
hahahha..  
(gurau je beb) jgn marah haaa....

bila aku angkat je phone call tu, membe aku ni pon ajak aku pergi singapore.. kiranya macam pergi overseas la kan.. poyo je la.. 
konon macam Singapore tu jauh sangat dari Malaysia ni.. 
puihhh.. tak da maknanya jauh..
balik kampung aku lagi jauh tau.. hahaha

so bila dah end call, dengan sepantas kilat nye aku bersiap-siap tuk ke oversea tu.. 
amek towel, zazzzzzsssssss... zzzuupp.. zaaapppp... siap..
wink-wink..

dan inilah hasilnya pergi ke oversea tanpa dirancang dalam masa sehari,...
chill.. 












motif entry ni saje je nak upload gambar-gambar g singapore.. kalau tak di upload, baik tak payah kan.. simpan buat pekasam je.. haha

ok.. byee.. chill..


Terima Kasih Sudi Singgah

27 September 2011

lambat lagi

assalamualaikum..
(jawab!!! tak jawab dosa... aiiyoookkk)

hari ini kelas aku start jam 2 petang... 
so aku punya masa yang sangat panjang untuk tidur.. 
tidur itu sangat penting untuk kecergasan minda btol tak?
ko ni fikir tidur je kan

sebenarnya, walaupun hari ini kelas aku start jam 2 petang, tapi tak bermakna aku bebas untuk bangun jam 12 tengah hari.. 
hei2.. anak dara mana boleh bangun tengah hari la.. tak sopan..
dulu-dulu aku selalu la bangun tengah hari.. konon nye nak cukupkan masa tidur 8 jam la kan.. 
padahal memang aku tak suka bangun pagi..
tapi sekarang ni aku dah jadi baik sikit
tak payah nak puji diri sendiri
eh.. btol la.. sekarang aku dah tak biasa nak bangun lambat.. 
perghh.. baik la konon. 
pooooodaaahhh

eh, ehh..
tak percaya yea? 
tak percaya sudah.. AAK!! :p

disebabkan hari ini kelas lamnbat, dan aku bosan menunggu masa untuk ke kelas, jadi aku telah bersiap dengan lebih awal.. 
bersiap satu jam lebih awal.. maknanya jam 1 tengah hari aku dah start untuk bersiap-siap nak ke kelas.. 
giler kau... 
semangat tau..
tapi last-last pergi kelas lambat jugak gara-gara tertinggal barang.. 
cehh.. tak guna betul!!



sebelum pergi kelas.. sempat la snap gambar yang tah apa-apa..


Terima Kasih Sudi Singgah

26 September 2011

on diet

fuhh fuhhh
berhabuk + bersawang dah blog ni.
kesian ko kan blog.. tuan ko ni pemalas giler nak update.. 
tp suka sgt nak jeles dengan blog kawan2 yang slalu mengupdate tu.. 

eh eh eh... 
macam mana la korang semua boleh dapat idea nak update blog hari-hari yea?
kadang-kala rasa jeles tu singgah plak kat diri ni.. 
perghhh.. jeles seyh... 
serious jeles giles babsss kat korang yang rajin nak mengupdate n rajin cari follower tu..
aku ni malas ya amat... 
follower still di takuk lama.. 
tp lantak lah.. arghh.. persetankan semua itu..
haha

ok.. ZZ, anda dah lari tajuk owkeyyhh.. 
tajuk anda adalah on diet.. so berceritalah pasal ondiet.. janganlah nak merepek meraban pasal benda lain.. 
(marah diri sendiri)

perghhh.. ON DIET seyh..
yeaa.. aku nak bg tau kat satu dunia ni bahawasanya aku nak on diet.. 
berat makin bertambah.. 
pipi makin tembam
babat makin banyak
badan bakin boolat.. 
(macam la slame ni semua tu x de kat ko ZZ)
haha... 

tapi tak apa.. aku nak motivate kan diri sendiri supaya dapat menurunkan berat badan.. 
aku ada target sendiri.. 
aku just nak turun sikit je pon.. nak turun 5 KG dalam masa dua bulan..
(5 KG ko kata sikit?) perghhh...

yeahh.. rasanya boleh tak aku nak turunkan berat badan ku ini?
boleh ke tak boleh, korang tengok je la nanti k.. ada tak perubahan dalam diri ini
tp jangan lah korang tengok tang pipi sebab pipi ni mmg tak boleh nak diet..
haha.. (semulajadi tembam)
korang ada? tak ada kan?
jadi korang dok senyap-senyap tengok je perubahan yang bakal berlaku insyaallah... 
doakan aku berjaya dalam misi kali ini yea...






Terima Kasih Sudi Singgah

22 September 2011

penghujung cintaku - Pasha ungu ft.Adelia


berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi 
hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku
dipenghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi 
kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu
aku akan menjagamu
ku kan slalu disisimu 
seumur hidupmu

aku akan menyayangimu
ku kan setia kepadamu
ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Terima Kasih Sudi Singgah

13 September 2011

Kelab rakan muda dan cerita aku dan dia..

ni cerita dulu-dulu..
saje nak simpan dalam kertas nota aku yang tak seberapa ini..

pertama sekali sebelum aku membuka bicara lebih lanjut, aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam cerita ini..maaf sekiranya korang tak suka untuk membaca cerita ini.. Namun bukan niat aku nak aibkan sesiapa sebab cerita yang aku nak cerita ini, hanyalah berkenaan diri aku dan dia..

hari ini aku terfikir untuk membuka cerita dulu-dulu.. cerita pertemuan kami..

zuupppsssss... (kembali ke tahun 2006)

wahh.. macam cerita doraemon plak.. boleh kembali ke masa silam..(^_^)

*****
****
PJKN... anjuran rakan muda
PJKN ni lah yang menemukan kami..
masa tu aku tak sangka pulak aku leh jumpe jodoh.. (jodoh la sgt)

Tahun 2006, aku sangat aktif dengan kelab rakan muda daerah gombak.. masa ni aku dengan kawan baik aku Filzahruz a.k.a feel sangat gile dengan kelab ni.. Setiap aktiviti yang kelab rakan muda adakan, mesti kami berdua orang pertama yang beri nama untuk sertai.. tak kiralah sebagai peserta mahupun sebagai fasilitator..



Rakan muda ni telah mengajar kami banyak benda. Program-program yang dianjurkan rakan muda telah membentuk aku sebagai seorang pelajar, seorang anak dan juga seorang rakyat yang mempunyai matlamat dan arah tujuan. Pada tahun 2006 ini, kelab rakan muda daerah Gombak sangat aktif. Kelab rakan muda telah digerakkan secdara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti melalui gaya hidup sihat. 

ok.. salah satu aktiviti yang aku sertai dengan kelab rakan muda ini adalah kem Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) tahun 2006.. yea.. tahun yang sangat-sangat bermakna buat diri aku..
PJKN 2006 anjuran Kelab Rakan Muda daerah Gombak ini diadakan pada bulan november kalau tak silap aku.. yea.. masa ini, ada beberapa buah sekolah yang join lah.. dan terdapat juga pelajar dari Giat Mara..

haa.. nak dijadikan cerita.. masa PJKN ini lah aku dengan 'si dia' berjumpa. Masa ni umur aku baru 18 tahun... muda kan? muda-muda dah gatal.. tak senonoh betul.. tapi nak buat macam mana kan? memang aku gatal sikit time ni.. jiwa muda lah katakan.. hihi...

masa dekat PJKN inilah berlakunya sesi mengorat.. haha.. ayat tak boleh blah... 'si dia' amik nombor hp aku kat siapa pon aku tak pasti tapi yang pastinya memang si dia telah 'mengganggu' ketenangan ku.. hari-hari si dia msg.. hari-hari si dia kacau aku tak kira masa..

Aku tak kenal siapa beliau yang suka sangat nak kacau aku.. bagi hp aku bergetar selalu.. sampai kadang-kadang aku rasa jemu diganggu.. tapi cara si dia menarik perhatian aku.. sgt chomel..

tepat 26 nov 2011, si dia dengan gentle nye minta hubungan kami diteruskan dengan lebih rapat lagi.. maknanya lebih dari seorang kawan... dan bermula dari saat itu, kami declare..
yea.. kami declare sebagai sepasang kekasih...

si dia sangat caring, baik, jujur, setia... setiap bulan tak pernah walau sekali dia tak wish anniversary.. kitorang punye anniversary setiap bulan.. korang ada? tak ada kan? kalau korang muak, ade aku kisah? hihi

dan tahun ini dah nak masuk 5 tahun hubungan kami..

****
**
*



 namun.............................



Terima Kasih Sudi Singgah

8 September 2011

What goes around comes around

Hari ini dalam sejarah.. 
What goes around will comes around..
dan benda itu telah tejadi kat diri aku sendiri..

kenapa aku cakap what goes around comes around??
benda ini hanya aku dan dia yang tahu.. 
hanya kami yang tahu.. 
tapi aku tak boleh nak salahkan dia 
sebab ada juga kesalahan yang datang dari diri sendiri..

Namun aku bersyukur.. 
Tuhan tunjukkan segalanya yang tersembunyi..
Tuhan beri aku petunjuk dari awal...
Alhamdulillah..
aku bersyukur dengan takdir-Nya..
aku berterima kasih kepada-Nya..

mulai saat ini, aku akan mulakan hidup baru
dengan buku baru
yang lebih cantik
lebih suci 
lebih baik dari sebelum ini

mulai saat ini juga
aku akan kuatkan segala yang rapuh..
aku akan teguhkan segala yang goyang..

aku berterima kasih kepada si dia kerana telah melukakan hati ini
terima kasih kerana menduakan cinta ini
terima kasih kerana meminjam kan aku secebis kasih sayang
walau hanya untuk seketika
terima kasih atas segalanya... 

aku akan lupakan segalanya.. 
0-0 ok...
aku pernah buat kat kau, dan benda yang sama telah kau buat dekat aku..
sekarang aku tahu peritnya 
bila kasih sayang yang kita beri di sia-siakan...

CHILL (^_^)

Terima Kasih Sudi Singgah

19 August 2011

rara zikry

office hour.. time-tima macam ni lah masa yang sesuai untuk ZZ men-google-kan diri dengan current issues.. Tadi masa tengah go through tengok wall kat fb, ZZ nampak satu link yang direct to the link yang menceritakan pasal Rara Zikry ni.. ZZ rasa mesti ramai yang tak kenal Rara Zikry.. She's not a public figure.. She's just a girl who need help from us.. Yes from all of us..

Sebenarnya ZZ sendiri tak kenal siapa itu rara Zikry.. tapi lepas baca cerita dari link ini ZZ rasa macam makin menyenali siapa Rara Zikry.. Bagi ZZ personally, Rara ni seorang yang sangat cantik.. Siapa yang tak suka tengok sesuatu yang cantik kan? Walaupun ZZ ni seorang perempuan, ZZ tak malu nak puji orang yang cantik.. Bagi ZZ memang sangat cantik.. Walaupun dia bukan pelakon, atau apa sahaja, namun dia memang cantik mengalahkan seorang pelakon.. Senyuman dia memang boleh buat lelaki cair.. percayalah... kalau tak percaya click je kat sini (RARA ZIKRY)..

ini sedikit info pasal Rara ( Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri )




Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika mengayuh basikal (tapi mummy dia cakap, masa dia tgh jogging) bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Tak lama lepas tu dia terjaga tapi dah tak boleh cakap dan mengalami beberapa komplikasi lain. 
Tak berapa lama lepas tu, dia telah dipindahkan ke Hospital University untuk further treatment dan doktor diagnose dia telah mengalami Hypoxic Ischemic Encephalopathy (brain damage). Dan sekrang keluarga dia memerlukan sumbangan dari apa jua jenis tak kira wang ringgit, doa mahupun apa sahaja yang boleh meringankan beban mereka..

Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan rara cepat sembuh..


for more info about rara click SINI
Terima Kasih Sudi Singgah

18 August 2011

Cebisan kata buat Papa

12.08.2011
pada tarikh ini, genaplah 68 tahun umur beliau
papa telah genap 68 tahun..

papa,
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang sangat-sangat penyayang di dunia ini
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang amat memahami anak-anak mu
terima kasih kerana sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak mu tersenyum
terima kasih papa
jasamu tak kan dapat kami balas walau dengan sejuta ringgit sekalipun

papa,
kau telah menjaga kami dari kami sebesar tapak tangan sehinggalah kami boleh melihat dunia ini
kasih sayang mu terhadap anak-anak tak pernah berbelah bahagi.
kau sanggup menahan lapar demi melihat anak-anak tersenyum girang
kau sanggup mengerah tenaga tua mu demi memberikan kami apa yang diinginkan.
semua itu tak mungkin dapat di balas..

papa,
kasihmu di dunia ini tiada tandingan nya.
tidak akan ada lelaki yang bisa menyayangi diri ini lebih dari kasih sayang mu kepadaku
tidak akan ada lelaki yang sanggup menggadaikan nyawanya demi anak mu seperti mana kau sanggup menggadaikan nyawamu demi anak-anak tercinta
kasih sayang mu tetap menjadi yang pertama..

Ya Allah.. hanya terima kasih yang dapat ku zahirkan..
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku seorang bapa yang tiada tolok bandingnya...

Selamat Hari Lahir papa..







Terima Kasih Sudi Singgah

17 August 2011

## wordless wednesday ## 1 ##



Terima Kasih Sudi Singgah

8 August 2011

let it go

Yang lepas biarkan lah ia nya berlalu pergi. Apa yang penting adalah masa akan datang.

    hey.. itu baru pembuka bicara ok. bukan penutup kata.. cewwaahh.. hari ni rajin pulak iolls nak buat entry baru. Konon-konon hari ini hari ahad la kan? so budget ada masa free walaupun hakikatnya memang iolls sangat free hari ini.. cuma disebabkan penyakit M yang memang semulajadi dah melekat dan sebati dalam diri iolls, jadi iolls tetap mengatakan yang iolls sangat busy.. busy dengan 'game poker fb'.. (mr. poker, ko ni memang melekakan aku lah) eh tak pasal-pasal mr.poker tu yang kena marah kan? tah apa apa tah nak marah tak tentu pasal.

   entry kali ni iolls bagi tajuk seperti di atas, cheewahh.. kenapa tetibe iolls nak emo time-time macam ni? sebab sememangnya iolls nak meng'emo'kan diri iolls.. al -maklumlah semenjak dua menjak ni macam-macam perkara telah berlaku. Banyak benda yang lepas telah memberikan iolls seribu satu pengajaran yang tak mungkin iolls lupakan. dari segi kerja, belajar, cinta dan segala-galanya. Kehidupan iolls pun mungkin berubah dari dulu..

  Berubah? eh, jangan salah sangka pulak ok.. iolls berubah apa mesti korang nak tau kan? (padahal x de sape nak tahu) budget blog ni glamor cam blog Hanis Zalikha atau Fatin Liyana atau Maria Elena la konon nya.. padahal ko sedar lah iolls, yang ko tu bukan sapa-sapa pon.. ko tu hanyalah insan yang asyik merepek di blog usang ko nih.. haha (sedeyh seyh ayat aku) haha..

   Sebenarnye iolls berubah bukanlah seratus peratus.. cuma sekarang ni tak macam dulu.. kalau dulu tangan iolls ni tak lepas dari hp. kadang-kadang tu sampai pergi toilet pon nak bawak hp.. addict la konon dengan hp tu.. Ni semua disebabkan hp iolls tak pernah berhenti dari berbunyi.. tapi sekarang semuanya dah berubah 100%.. sekarang iolls dah tak kisah kalau tak pegang hp tu even untuk sehari sebab iolls tau hp iolls susah nak berbunyi macam dulu dah..Tapi bila hp tu tak berbunyi, tak bermakna iolls rasa sunyi.. tapi iolls sangat suka dengan kehidupan sekarang. sebab tu lah iolls cakap 'let it go'.

  Selain itu, iolls juga berubah dari segi umur.. iolls dah makin membesar.. dah makin matang.. 'wal  hal ramai yang cakap iolls ni cam budak-budak'.. pekeheii nye aku ni cam budak-budak.. haha.. disebabkan iolls dah rasa matang, jadi iolls rasa macam dah tak nak jadi kanak-kanak yang asyik bergaduh sana, bergaduh sini.. jadi senyap itu lebih baik dari berkata-kata..

  Cuba kita appreciate apa yang ada depan mata sekarang. nescaya apa yang akan berlaku akan datang dapat memberikan kita cahaya yang lebih indah dari semalam. jangan lah nak sedih-sedih sangat.. lepaskan apa yang sudah lepas, hargai apa yang akan datang.

Terima kasih sejarah.. sejarah mengajar kita erti sebuah kehidupan.




Terima Kasih Sudi Singgah

4 August 2011

Untunglah trend

Nowadays, teenagers kat luar tu dah ada trend baru..
owhh.. trend yang jadi ikutan la kata kan... alaa.. macam lah korang tak pernah dengar trend yang jadi sebutan. alaa.. yang itu tu.. alaa.. korang tak tahu ke yang mane? hurmm.. trend UNTUNGLAH tu...haaa.. ZZ dah tau dah.. trend UNTUNGLAH...

kadang-kadang nampak chumel la kan bila guna this kind of word.. UNTUNGLAH kau..tp bila dengar balik perkataan tu macam perkataan perli pon ade.. tapi kadang-kadang word UNTUNGLAH ni mmg nak bagi tau betapa beruntungnya seseorang itu..

UNTUNGLAH kau ada bf hensome
UNTUNGLAH kau ada bf penyayang
UNTUNGLAH kau ada bf setia..
UNTUNGLAH kau muka cantik..
UNTUNGLAH kau pandai menipu.. (haha)
UNTUNGLAH kau ada kete
UNTUNGLAH kau ada rumah sendiri
UNTUNGLAH kau ada segala-galanya
orang cakap perfecto...

jadi.. kalau dengar cam tu kadang-kadang terasa kene perli kan?
UNTUNGLAH aku kalau ada bf hensome
UNTUNGLAH aku kalau ada bf penyayang
UNTUNGLAH aku kalau ada bf setia
UNTUNGLAH aku kalau aku ni cantik macam Ayu Raudah
UNTUNGLAH aku kalau aku ni pandai menipu
UNTUNGLAH aku kalau aku ni ada rumah hasil titik peluh sendiri
UNTUNGLAH aku kalau aku lahir-lahir dah ada segalanya...


perghh.. UNTNGLAH aku kalau ada semua itu...

tapi yang penting... UNTUNGLAH aku ada keluarga bahagia.. hihi...

mak aii.. UNTUNGLAH kau dapat online time keje
UNTUNGLAH kalau boss aku nampak aku online ni.. haha

so ada terasa comel tak bila bercakap guna ayat UNTUNGLAH ni?
kalau rasa macam chomel UNTUNGLAH aku... hihihi...

UNTUNGLAH!!!!


p/s: ayat pedas dr one of my friend, UNTUNGLAH LAKI DAPAT KAWEN 4..
menang UNTUNGLAH kau...


Terima Kasih Sudi Singgah

Melaka River


Gambar ni ZZ amek time bila pon ZZ tak bape nak ingat.. tapi rasa nya tahun 2010... waktu ni ZZ baru nak berjinak dengan camera.. so ini lah hasil nya.. kalau nak tengok beberapa lagi hasil kerja ZZ direct tros kat link ini ------> http://lensalensi.blogspot.com/




Terima Kasih Sudi Singgah

3 August 2011

Silent reader

holla...
tetibe rasa terbuka hati ni nak update blog yang dah bersawang ni..
kesian kat blog aku ni... tuan dia dah jadi pemalas.. terok btol la ko ni kan iolls.. adoii

sebenarnye iolls update ni pon sebab ada yg request swoh update.. maybe dah lame sgt kan iolls senyap..
sebenarnye iolls dah tak tahu nak membebel ape? kadang-kadang apa yang di bebelkan tu tak berilmu langsung..
jadi, diri sendiri yang rasa menyampah nak update..
tapi tak baik la cakap cam tu kan?
at least blog yg tak seberapa ni ada jugak org yang nak baca.. 
ada jugak pembaca setia.. 
even he's only such a silent reader.. but for me, its ok
silent reader ni la yang buat traffic en .nuff iolls jadi meningkat..
thanks to Mr.Silent reader.. hihihi
MySpace
pas ni bace la slalu k...
even sometimes and most of the time zz merepek tak tentu arah macam orang tak de arah tujuan..
tq so much... hihihi 
nanti end of this week, iolls mula rajin-rajin kan diri iolls tuk update ok.. 
chill ya.. (^_^)


Terima Kasih Sudi Singgah

12 July 2011

Andai Lelaki Tahu

 
 
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan  untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila  seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya  tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan  menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada  seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya  lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah  bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya  dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia  mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda  seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk  dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak  sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau  sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang  diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik  untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia  mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau  hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan  rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu  merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga  melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia  rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,  bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya  kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya  memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,  percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih  baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi  degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar  dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai  kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya  dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, tolong  tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali  tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia  benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia  terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat  sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang  tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling  melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah  indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan  yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan  tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat  lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang  perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan  sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan  membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi  perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

entry ni zz copy paste.. tapi zz suka dengan baca  sebab entry ni sangat bermakna...

Terima Kasih Sudi Singgah

11 July 2011

cahaya pelangi

air mata duka
sakit tak terperi
duka yang tiada diubati
kesakitan yang tak mungkin padam
kau bagi aku kebahagiaan sementara waktu
kau beri aku senyuman mu

ah.. 
sekelip mata kau tarik segalanya
sekelip mata kita berubah
tiada lagi tawa
tiada lagi senyum
hanya duka menyusur hari 
hanya kesedihan membaluti tubuh

pulangkan aku pelangi itu
berikan aku cahaya semalam
andai dapat ku undur masa
tak ingin aku berjumpa dengan mu
andai dapat ku putar waktu, 
kan ku jauhkan diri darimu

dan jika itu berlaku,
tak kan duka menyelubungi hidupku.. 




Terima Kasih Sudi Singgah

6 July 2011

polisi jalan

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya 
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane 
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu 
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak 
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 
7 berhenti di sebelah kancil tadi. 

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda 
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple 
aje.... 

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta 
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. 

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju 
pakcik akan hon dan bagi high beam" 

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta 
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. 
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima 
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi 
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. 

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan 
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, 
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia 
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. 

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam 
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. 
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat 
bawah jambatan. 

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman 
kereta-kereta yg laju nie... 

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah 
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak 
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

    Terima Kasih Sudi Singgah

    30 June 2011

    burung kakak tua

    Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan. 

    Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?" 

    Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? 

    Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... 
    secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... 
    Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, 
    burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula... 

    Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?" 

    Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!" 

    Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah 
    tangannya dan terdengarlah... 

    Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

    Terima Kasih Sudi Singgah

    23 June 2011

    my artwork **part 4

    Photographer : Zureen Zakaria
    MUA : Asrinna Ibrahim
    Model : Asrinna Ibrahim





    Terima Kasih Sudi Singgah

    my artwork **part 3

    Photographer : Zureen Zakaria
    MUA : Anjer Leez
    Model : Yanna Zakaria

    Terima Kasih Sudi Singgah

    my artwork **part 2

    Photographer : Zureen Zakaria
    Mua :Anjer Leez
    Model : Anjer Leez

    ***
    **
    *



    Terima Kasih Sudi Singgah

    my artwork

    my art work..

    ***
    **
    *










    Photographer :Zureen Zakaria
    MUA: Swaya Zamrin
    Model: Swaya Zamrin




    Terima Kasih Sudi Singgah

    20 June 2011

    cuti-cuti Malaysia - teluk Intan, Perak

    Cuti-cuti Malaysia kali ini, kami adik-beradik pergi jalan-jalan dekat Perak.. Bukan nak cakap kami semua tak pernah pergi Perak tapi kali ini kami pergi Perak sambil mengambil gambar.. Selalunya pergi Perak tu semata-mata sebab nak balik kampung.. Jadi tujuan kali ini sangat menyimpang dari kebiasaannya..

    Kali ini kami semua balik perak dengan 2 tujuan dan yang utama nya untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang photographer.. cheewahh.. perasan ko ni ZZ.. tak apa.. korang nak cakap ZZ perasan pon ZZ tak kisah sebab itulah kenyataannya.. tanpa angan-angan, tidak akan muncul kenyataan.. Tanpa impian, kita tidak memperoleh kejayaan... yea.. start berceramah walaupun sangat lah tidak layak.. 


    ni salah satu hasil tangan ZZ.. tapi yang ini di edit oleh kakak ZZ.. 

    ok.. nantikan gambar-gambar yang lain pula di next entry ok.. 

    P/S : Kakak ZZ ni ada buat catering.. jadi kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan catering terutama sekitar kuala lumpur ni, boleh la inform kat ZZ atau lagi senang pergi terus ke LINK INI... 



    Terima Kasih Sudi Singgah

    10 June 2011

    mana lebih selamat?

    holla
    hello
    hallu

    rasa happy la sangat bila fikir pasal keluarga.. almaklum lah sekarang ni duduk dengan family.. makan, minum, baju, semua dijaga.. lala~~ hati sangat lah gembira.. sapa yang tak gembira kan?

    Sekarang ni iolls dok ngan family sebab iolls tengah practical.. iolls practical dekat je dengan rumah.. kalau keluar rumah jam 8.20, compon boleh sampai ofis sebelum 8.30 tapi masalahnye iolls ni suka keluar rumah jam 8.25.. so korang rasa boleh tak iolls nak sampai ofis before 8.30? mesti tak boleh punya lah.. haha.. selalu nya iolls akan sampai ofis lambat 3 minit.. paling lambat iolls sampai 8.39... tu la rekod.. tapi rekod tu sangat lah tak cantik sebab rumah dekat tapi still tak boleh nak datang awal.. buroookk nye perangai kau ni iolls.. haha

    kalau sebelum ni iolls duduk kat johor, iolls rasa kan hidup ini sangat lah susah.. almaklumlah dari kecik memang duduk bawah ketiak ibu je.. jadi bila kena berdiri atas kaki sendiri a.k.a berdikari, memang susah la.. kalau u all nak tahu, every time iolls  balik johor je, mesti iolls kurus.. percaya tak? percaya tak? nak percaya atau tak, memang itu kenyataannya.. tapi once iolls balik kl, even for a week pon, badan iolls boleh naik... semua itu penangan dari perasaan senang hati bila duduk di rumah dan makan, minum serta pakai di jaga dengan rapi.. 

    Dulu masa kecik-kecik, pernah tak korang terfikir nak duduk sendiri dengan kawan-kawan.. haa... mesti pernah kan? jangan nak tipu la.. mesti korang rasa cool gila bila duduk berjauhan dari family kan kan kan? iolls pon sama jugak.. dulu kecik-kecik siap plan dengan kawan-kawan nak sewa rumah sama-sama.. pergi kerja sama-sama.. itu lah ini lah.. semua nya sebab tak nak di kongkong bila tinggal  dengan parents.. tapi al-kisahnya mnasa tu bukan kita tahu susah atau senang duduk jauh kan? ni bila dah besar barulah masing-masing realize yang duduk dengan family adalah segala-galanya.. betul ke tak pe? hehe... 

    jadi... bagi iolls lah.. duduk dengan family is more save + safe = better... 


    Terima Kasih Sudi Singgah

    8 June 2011

    mulut

    bila hati kata sayang
    ia tak mungkin menipu

    bila mulut kata cinta
    ianya mungkin tidak lahir dari hati yang luhur

    bila rasa inginkan perhatian
    mungkinkah akan datang tanpa penantian

    bila diri ingin kasih sayang
    adakah ianya muncul dengan sekelip mata

    bila diri ingin di manja
    adakah sesiapa yang tulus memberi belaian
     
    Terima Kasih Sudi Singgah

    7 June 2011

    rintihan anak kecil

    ibu,
    terima kasih kerana berikan aku walau secebis nyawa
    tapi mengapa tergamak kau tidak mengaku aku sebagai anak mu?
    ibu, 
    terima kasih kerana beriku masa untuk melihat dunia ini
    tapi mengapa kau sanggup membiarkan ku terkapai-kapai dalam gelap?

    ibu, 
    terima kasih kerana kau sanggup melahirkan diri ini
    tapi mengapa kau tidak mahu berfikir sejenak
    mengapa kau sanggup melihat ku menderita?

    ibu,
    terima kasih kerana memberiku nafas
    namun mengapa kau mengikut nafsu semata?

    ibu, 
    terima kasih kerana menjagaku selama 9 bulan di dalam rahim mu itu
    tapi mengapa kau sanggup membunuh ku di kala ku baru mahu melihat keindahan ciptaan-Nya



    ya Allah.. 

    tidakkan kita semua kasihan kepada nasib si kecil?
    mengapa tergamak kita melihat semua ini terjadi?
    mengapa masih ada yang sanggup untuk membuang si kecil?
    wahai manusia, jangan lah kita berfikiran sempit sehingga sanggup membunuh nyawa mereka yang tidak bersalah.
    janganlah kita ikut kan nafsu yang sering membawa kita kepada keburukan. 
    ya.,. mungkin kita semua sudah puas melihat dunia, tapi...
    berilah sedikit masa buat mereka untuk merasai kenikmatan dunia yang kecil ini... 


    Terima Kasih Sudi Singgah