18 August 2011

Cebisan kata buat Papa

12.08.2011
pada tarikh ini, genaplah 68 tahun umur beliau
papa telah genap 68 tahun..

papa,
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang sangat-sangat penyayang di dunia ini
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang amat memahami anak-anak mu
terima kasih kerana sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak mu tersenyum
terima kasih papa
jasamu tak kan dapat kami balas walau dengan sejuta ringgit sekalipun

papa,
kau telah menjaga kami dari kami sebesar tapak tangan sehinggalah kami boleh melihat dunia ini
kasih sayang mu terhadap anak-anak tak pernah berbelah bahagi.
kau sanggup menahan lapar demi melihat anak-anak tersenyum girang
kau sanggup mengerah tenaga tua mu demi memberikan kami apa yang diinginkan.
semua itu tak mungkin dapat di balas..

papa,
kasihmu di dunia ini tiada tandingan nya.
tidak akan ada lelaki yang bisa menyayangi diri ini lebih dari kasih sayang mu kepadaku
tidak akan ada lelaki yang sanggup menggadaikan nyawanya demi anak mu seperti mana kau sanggup menggadaikan nyawamu demi anak-anak tercinta
kasih sayang mu tetap menjadi yang pertama..

Ya Allah.. hanya terima kasih yang dapat ku zahirkan..
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku seorang bapa yang tiada tolok bandingnya...

Selamat Hari Lahir papa..







Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment