25 May 2014

Ready for Short Vacation - Bali 2014

Assalamulaikum. 

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk masih bernafas hari ini. 

2 hari lepas habis paper untuk semester ini. Rasa macam lega sangat walhal soalan tu ternyata sangat susah. Tapi kena yakin dengan diri sendiri bukan bermakna over confident  untuk lulus dengan cemerlang dan boleh lag grad cepat. Satu semester ni rasa macam agak stress even actually iolls baru je first semester as PG student. Betul lah orang cakap, makin tinggi kita belajar, makin susah apa yang perlu di pelajari.. Fuh.. 


Ha kau!! Nama tu konon-konon ayu. Poyo je letak nama Zuriani. Terserlah keayuan iolls kan dan di harap uolls tak jeles lah dengan nama iolls yang budget ayu gittew. Hihi. By the way, iolls baru berkesempatan nak update pasal study ni. Alhamdulillah iolls dapat further study tapu bukan jauh sangat pon. Sekangkang kera je dari rumah iolls. IIUM pulak kali ni. Lepas UTM, sekarang bergelar IIUM student. Moga diberkati perjalanan ku ini untuk menuntuk ilmu. Insyaallah. 

Alamak, baru perasan intro iolls dah lari dari tajuk. Tapi tak apa, pembuka bicara kenalah bebel pepanjang kan. 

Actually iolls tak sabar nak pergi short vacation which is TOMORROW hoccay.. Moga perjalanan pergi balik iolls ni selamat. Esok iolls nak terbang tau uolls. Bali tunggu iolls yea. Semangat punya pasal, iolls dah packing barang dari semalam lagi tau. Moga tiada barang yang tertinggal. 

List barang tu better uolls buat sendiri la yea, kang kalau iolls nak listkan susah pulak. Cuma iolls nak ingatkan 'Buku Merah jangan Lupa Bawak' a.k.a PASSPORT. 

Nak tukar duit pulak iolls suggestkan pergilah dekat jalan TAR bagi uolls-uolls yang tinggal di sekitar KL sebab rate dia sangatlah murah. Iolls tukat tadi rate Indonesia Rupiah - MYR ( 1M = RM 284.50).
Murah kan.. Tapi pergi yang dekat dengan Mydin tau. Opposite mydin. 

Next week iolls akan bagi gambar-gambar menarik insyaallah selama iolls di Bali tu.. 

Vacation Bali - Tips 4

Vacation Bali - Tips 3

Vacation Bali - Tips 2

Vacation Bali - Tips 1


Terima Kasih Sudi Singgah

8 May 2014

Selamat bertunang Sepupu

Assalamualaikum 

3rd of May 2014 
Maka dengan ini diishtiharkan bahawa sepupu kesayangan ku a.k.a kembar sejak kecil dah melangkah sebelah kaki sebelum membina mahligai sendiri. Maka dengan ini juga diishtiharkan bahawa aku adalah orang yang paling gembira bila dapat tengok senyuman dari bibir sepupu kesayangaku. 

Dari kecil lagi segala rahsia dia ada dalam poket ku. Tawa, tangis, perit, bahagia semua kami lalui bersama. Bila dia dah di lamar ni, aku rasa macam aku dah kehilangan tempat tuk gelak ketawa. tapi aku tetap gembira sebab dia dah temui apa yang dia cari selama ini. Alhamdulillah. 
Aku doakan engkau bahagia hingga ke akhirnya Asrinna Ibrahim. 

Lagi tiga bulan insyaallah engkau akan melangkah ke alam baru. Ke fasa yang lebih mencabar. Aku harap kau dah tak macam budak-budak. Lepas ni kau akan jadi mak budak dah. Apa-apa pon aku harapkan kau bersedia sepenuhnya..

gubahan hantaran in the making

Alhamdulillah. Sah menjadi tunangan orang




mesti kena ada gambar bersama tuan blog a.k.a sepupu kesayangan.. :) 





semoga bahagia hingga akhirnya


Terima Kasih Sudi Singgah