Assalamualaikum
3rd of May 2014
Maka dengan ini diishtiharkan bahawa sepupu kesayangan ku a.k.a kembar sejak kecil dah melangkah sebelah kaki sebelum membina mahligai sendiri. Maka dengan ini juga diishtiharkan bahawa aku adalah orang yang paling gembira bila dapat tengok senyuman dari bibir sepupu kesayangaku.
Dari kecil lagi segala rahsia dia ada dalam poket ku. Tawa, tangis, perit, bahagia semua kami lalui bersama. Bila dia dah di lamar ni, aku rasa macam aku dah kehilangan tempat tuk gelak ketawa. tapi aku tetap gembira sebab dia dah temui apa yang dia cari selama ini. Alhamdulillah.
Aku doakan engkau bahagia hingga ke akhirnya Asrinna Ibrahim.
Lagi tiga bulan insyaallah engkau akan melangkah ke alam baru. Ke fasa yang lebih mencabar. Aku harap kau dah tak macam budak-budak. Lepas ni kau akan jadi mak budak dah. Apa-apa pon aku harapkan kau bersedia sepenuhnya..
gubahan hantaran in the making |
Alhamdulillah. Sah menjadi tunangan orang |
mesti kena ada gambar bersama tuan blog a.k.a sepupu kesayangan.. :) |
semoga bahagia hingga akhirnya
0 si baik hati :
Post a Comment