31 December 2012

Vacation - Jakarta (bermain dengan binatang)

Lambat btol baru nak update blog.. Dah nampak dah sikap PEMALAS yang menular dalam diri aku ni kan.. memang sejak azali la kot aku ni PEMALAS.. pheww.. mcm mendoakan jerk.. cehh.. Jauhkan lah sikap ini dari dalam diri.. Haik, tadi mintak, ni tolak plak.. Pening kepala aku..

Entry sebelum ni cakap pasal makan kat Jakarta.. tapi entry kali ini aku nak bercerita pasal bermain dengan haiwan eksotik.. Cuba korang teka haiwan apa yang aku main? Kucing? alaa.. kalau setakat main dengan kucing, kat tepi jalan pon boleh kan.. Main dengan anak ikan? tak boleh pulak sebab aku tak amek lesen diving lagi.. hanya boleh snorkeling.. jadi binatang apa yang aku maksudkan??


haa.. ini lah binatang yang aku maksudkan.. Nampak tak muka ketakutan disitu.. Berat sungguh la si batik ni.. Mula-mula rasa takut sangat nak pegang si batik ni.. Al-maklumlah rasa macam sangatlah tidak selamat untuk bermain dengan ular.. Tapi u know what, once dah pegang si batik ni, rasa macam tak nak lepas.. Rasa teruja sampai nak melompat-lompat dan hebohkan kat satu duania yang aku suka bermain dengan si batik ni.

Kalau korang perhatikan betul-betul, nampak kan kaki aku di belit oleh si batin.. Tapi serius rasa best.. Macam nak cari seekor dan jadikan haiwan peliharaan.. Tapi aku nak yang jinak seperti di dalam gambar la..

abaikan posing yang agak pelik ini


Cer korang tengok si batik tu.. Muka si batik tu macam nerd sangat.. baik je.. Dok belit-belit kat leher aku.. Mula-mula nak bagi si batik naik kat atas leher tu, aku rasa gigih sangat nak menahan ketakutan yang bersarang dalam diri. Tiba-tiba terbayang macam mana kalau tiba-tiba si batik mengganas, apa yang akan jadi pada diri ini.. Pasti ramai yang menangis.. haha ( konon-konon ramai peminat macam blogger terkenal) puihhh..   Tapi demi keinginan aku yang tinggi, akhirnya aku dapat rasa kelembutan kulit si batik, lenggok badan apabila dipegang seperti penari ballet yang tengah focus membuat persembahan dan juga bunyi siulan seperti lelaki nak mengayat wanita di tepi jalan.. fuhhh... Satu pengalaman yang indah. Masa kat Malaysia rasa takut gila nak pegang si batik, tapi bila kat Jakarta, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu yang akan menjadi kenang-kenangan aku.. jadi, ini lah hasilnya salah satu kenangan yang tak mungkin aku lupa dan insyaallah aku teringin nak bermain dengan si batik yang jinak, manja dan sporting macam ni..



Habis bab si batik, sambung untuk next haiwan pulak lah.. sebab aku nak sambung tdo.. zzzz.. Selamat tdo di tengah hari..


Terima Kasih Sudi Singgah

22 December 2012

Vacation - Jakarta

Assalamualaikum..

Tahun 2012 dah nak melabuhkan tirai.. konon ade tirai la kan..  Jadi sebelum cerita lama diperam dan akhirnya basi, baik aku cerita sekarang... At least ada juga kenangan yang boleh aku ingat dan ada juga sources yang boleh dijadikan bahan bukti buat anak cucu di masa depan... Aku kononnya beranganlah nak beranak dan bercucu dalam masa terdekat, namun apakan daya, aku masih lagi KANAK-KANAK REBINA walaupun umur dah nak masuk suku abad.. Angan-angan tinggal kenangan je lah kot.. Sabarlah wahai hati..

nak check in flight... with adik ku yang ngada-ngada tp amat disayangi.. puihh


Eh.. November lepas, aku ada ambil cuti 4 hari untuk bercuti bersama adik-beradik tersayang... Eh, mesti pelik kan kenapa adik-beradik je? mana pergi parents aku yang tercinta kan? haa.. kami tinggalkan mereka berdua untuk b'honey moon berdua.. hihi.. jahat giler pergi vacation tak ajak parents kan.. Tapi sebenarnya parents aku yang tak nak ikut.. ok, tak apa lah, even dia orang tak ikut, kami tetap teruskan juga apa yang dah di plan... sebenarnya percutian ini disponsor 120%.. wahh.. untung tak untung tak? percutian SPONSOR ok.. haha.. cakap nak kencang macam menang pertandingan plak sampai ada yang baik hati nak sponsor vacation kami ni kan.. hihi..

Vacation ni tak ada lah lama sangat tapi lama jugak lah.. ehh.. ape kau merepek ni senah.. Actually aku pergi Jakarta dalam 8 hari 7 malam.. macam lama kan sampai 8 hari noksss... padahal bila dah berjalan rasa tersangatlah sekejap.. Rasa tak puas gila.. Kat sana kami adik-beradik tak ada pakai agen langsung.. Tempat penginapan kami selama 7 malam adalah di Aston Rasuna.. Rasa nak tahu kat mana Aston Rasuna tu, silalah berkawan baik dengan En.Google..

cakap banyak pon tak boleh jugak kan.. jadi biarlah gambar yang bercakap.. lebih bermanfaat dari membaca apa yang aku merepek ni kan..


Hari 1st sampai jakarta tak sempat nak pergi mana-mana even nak convert duit pon tak sempat sebab money changer dah tutup.. semuanya disebabkan flight delay selama 2 jam.. jadi kami sampai kat Jakarta almost 10.30 malam waktu tempatan.. huh.. sedih jerk.. jadi, sampai ja kat jakarta tu, kitorang just pergi supper dekat Blok S.. Makanana dekat sana agak sedap.. Sedap-sedap pon aku cuma boleh telan martabak dia.. Martabak kat sana memang sangatlah superb.. Martabak Telur Special.. pheww... makan skali, nak lagi.. opss.. kat sana memang panggil martabak dan bukan murtabak ok.


Hari kedua makan dekat wak solo.. Ayam penyek wak solo memang power.. terbaik dari ladang.. macam nak makan lagi je rasanya.. sambal dia.. perghh.. hingga menjilat jari.. Dicampur dengan tempe goreng yang kow-kow punya sedap memang akan menjadi kenangan..

Habis bab makan.. sambung untuk next entry pulak lah... tunggu 'Vacation - Jakarta part-2'





Terima Kasih Sudi Singgah

21 December 2012

Rumahku syurgaku


Betullah kata orang lama-lama... Rumahku adalah syurgaku... Sesibuk mana sekalipun hidup kita, bila balik rumah pasti rasa macam syurga dunia.. Ketenangan berada dirumah, macam dunia ini aku yang punya... Puihh..

Walaupun deco rumah aku ni tak se 'gah' rumah orang lain, tapi bagi aku, rumah ini adalah yang terbaik buat diri aku dan keluarga.. Alhamdulillah... Bila balik rumah mesti rasa nak duduk-duduk dan lepak-lepak macam dekat kedai kopi.. Sambil layan air suam sbb air suam tu fav aku..

Dok lepak-lepak tengok tv sambil minum air suam kat hall tingkat bawah memang layan... Lepas itu kacau adik-adik yang busuk kat rumah.. Heaven gila.. Bila hari minggu walaupun aku hanya duduk rumah 24 hour, aku tetap happy... Duduk menghayati kebersepahan bilik, bebelan ibu, duduk sembang-sembang ngan papa buatkan aku gembira..

Nak dating hari minggu memang tak dapatlah disebabkan si dia jauh dari ku.. Cinta jarak jauh memang memberikan ku ruang untuk bersama keluarga.. Alhamdulillah.. Allah beri yang terbaik untuk ku.. DIA jauhkan kedudukan aku dengan si dia, dan DIA dekatkan aku dengan keluargaku.. Alhamdulillah..



Rumahku adalah syurgaku...



Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Sudi Singgah

16 December 2012

Tragedi amuk SANDY HOOK

Kesian kan bila anak-anak yang tak berdosa menjadi mangsa.. Sedih bila baca paper yang mengatakan lebih daripada 20 orang maut termasuk kanak-kanak telah menjadi mangsa amuk manusia yang tidak menggunakan akal yang diberi sepenuhnya..

Lelaki dikenali sebagai Adan Lanza yang berumur 20 tahun u olls.. 20 tahun aku repeat.. ok.. 20 TAHUN.. muda sangat lagi dah menjadi seorang pembunuh dan telah mengejutkan seluruh dunia dengan perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan... Adam Lanza telah menembak mati kira-kira 27 orang termasuk 20 orang kanak-kanak yang mungkin bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.. Bukan tu saja, dia juga telah menembak mati ibunya sendiri.. Ya Allah.. manalah letaknya hati perut si Lanza ni.. 

Berdasarkan sumber yang didapati, Adam Lanza telah membawa sekurang-kurangnya 2 senjata api selepas menembak ibunya sendiri, Nancy Lanza di rumah kediaman mereka dan terus ke Sekolah Elementary Hook Sandy, Newtown, Connecticut di mana sekolah ini memberi pendidikan kepada kanak-kanak berumur antara 5 hingga 10 tahun.. 


Terdapat juga sumber yang mengatakan Adam Lanza ini merupakan pelajar pintar yang pelik.. Dia tidak pernah bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan sering duduk di tepi pintu semasa di dalam kelas untuk memudahkan dia keluar dan masuk kelas sesuka hati. Adam Lanza dikatakan mengalami gangguan personaliti.

Bayangkanlah betapa sedihnya perasaan ibu bapa kepada kanak-kanak yang telah menjadi mangsa. Bayangkanlah jika adik-adik kita mahupun saudara-mara kita yang menjadi mangsa.. Kuatkah kita untuk hadapi segala ujian-Nya ini? ya Allah, jauhkan lah perkara sebegini dari terjadi di kalangan ahli saudara kami.. 



Terima Kasih Sudi Singgah

14 December 2012

staff di jabatan kerajaan

Sape cakap nak deal dengan authority susah?? Bagi aku yang susah bukan untuk deal dengan authority tp yg buat kita susah adalah bila deal dengan orang yang sangatlah cerewet.... Mestiade yang argue dengan pendapat aku ni kan. Dan mesti ada yang tetap tak puas hati dengan statement ni...

Sebenarnya, dulu pon aku berpendapat macam tu.. Aku ingatkan orang-orang yang bekerja dengan jabatan kerajaan ni semua kerek-kerek belaka.. Walhal tak semua yang macam tu... Ada juga yang baik, sopan, lemah lembut dan pandai entertain orang lain... Bukan lah nak back up staff jabatan kerajaan tapi aku tulis ni dalam keadaan yang masih waras.. Waraslah sgt... Booo kat diri sendiri..

Mana bukti?? Bukti dia tanyalah kat diri masing-masing.. Janganlah judge semua orang sama sebab walaupun rambut sama hitam tapi hati dan sifat kita lain-lain.. Btol kan? Xmalu suruh orang iyea kan..

Aku buat post ni bukan sebab aku dah kerja dengan mana-mana authority or mana-mana cawangan dalam kerajaan tapi aku saje je nak buat post ni dah deal ngan ramai staff dr jabatan kerajaan yang baik hati.. Sila bagi award kat sy sbb memuji anda wahai staff di jabatan kerajaan..

Wallahua'lam...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Terima Kasih Sudi Singgah

11 December 2012

Idea

Assalamualaikum..

Serius kali ni memang lama sungguh aku tak tulis apa-apa kat belog aku sendiri.. Sampai rasa macam dah lupa yang aku ada blog. haishhh... Macam mana la nak buat eh.. macam mana nak update blog hari-hari tanpa rasa malas? Ada idea tak? pleasee lah guys.. Bagi la aku idea untuk jadi rajin serajin-rajinnya untuk menghupdate belog ni hari-hari..

Setelah lama menii nggalkan dunia IPT, dan sekarang bila dah mula bekerja, rasa-rasanya tak sampai 10 pon entry yang aku post dalam blog ni..

Actually aku baru je lepas holiday with my sibling.. ok la.. next entry rasanya dah ada idea nak buat pasal apa.. macam nak hupdate pasal vacation aku baru-baru ni.. ok.. C U then... byee...

sumber : Mr. google... 


Terima Kasih Sudi Singgah