3 January 2020

Kehilangan


Assalamualaikum.

Lebih dua tahun aku tak update apa-apa dalam blog ni. Terasa rindu untuk menulis semula. Terasa rindu untuk luahkan perasaan dan terasa rindu untuk mencoretkan rasa.

Allahyarham Mohamad Hafis Mohamad Saleh

Hari ini telah genap 16 bulan dan 6 hari aku kehilangan suami. Ya, aku telah kehilangan insan yang amat aku cintai iaitu suamiku pada 31 ogos 2018. Insan yang aku impikan untuk hidup bersama selamanya telah dulu pergi meninggalkan aku.

Kami hanya sempat melayari bahtera rumah tangga selama tiga tahun tiga minggu dan tiga hari. Hanya dalam waktu yang singkat ini, Allah pinjamkan dia buatku dan kini Allah telah ambil dirinya kembali. Aku redha dan aku makin redha.

Dahulu, dahulu kami sering lakukan segala aktiviti bersama. Tidak pernah walau sekali aku membelakangkan dirinya. Walau apa yang aku lakukan, pasti… pasti aku akan mendapatkan keizinan darinya. Walau hanya tiga tahun 3 minggu dan 3 hari aku bergelar seorang isteri kepada seorang suami, itu tak bermakna aku tidak punya rasa.

Walau ada yang kata, tempoh perkahwinan kami masih singkat, tapi itu tak bermakna bahawa cinta dan kasih sayang kami tidak sekuat kalian yang berkahwin lebih 5 tahun, lebih 10 tahun mahupun lebih 15 tahun dan seterusnya. Ya, aku tidak sama sekali membezakan tahap kasih sayang kalian terhadap pasangan masing-masing dengan diri aku. Tapi ingin aku tekankan, janganlah kalian cakap, ‘korang baru kawen 3 tahun, masih tak banyak kenangan bersama, so kau mesti senang nak move on’. Kalian tidak berada di dalam kasut aku dan kalian juga tidak tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Kita semua tidak sama.

Sedangkan mereka yang berkahwin satu bulan, satu minggu mahupun satu hari akan terasa peritnya jika kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi kehilangan selamanya. Jadi, janganlah kita menjadi hakim yang mempersoalkan rasa kasih sayang antara pasangan kerana Allah telah menciptakan hambanya berpasang-pasangan.

Alhamdulillah, setelah lebih setahun, kini aku dah boleh terima kenyataan yang aku tidak lagi mempunyai pasangan dan hanya setakat itu sahaja Allah pinjamkan masa untuk kami berkasih sayang. Walau hanya sekejap Cuma, namun aku tahu, nilai kasih sayang ini akan kekal selamanya. Walau tidak banyak kenangan yang sempat kami cipta, namun kami masih punya penyambung zuriat yang Allah berikan buat kami. Nur Hafizah Qalby. Ya, sekarang dah bijak walaupun baru masuk umur satu tahun satu minggu.


Doakan aku untuk terus kuat dan semakin kuat dari hari ke hari.




Terima Kasih Sudi Singgah

21 September 2017

Hobi baru

Assalamualaikum. 

Pejam celik pejam celik dah bulan sembilan. Rupa-rupanya dah masuk dua tahun aku berkahwin. Terasa macam baru sebulan kami kahwin. Wah, nampak tak kami sentiasa dalam mood honeymoon? 

Jangan pula ada yang tanya, aku merancang ke sebab dah dua tahun kahwin tapi tak ada anak lagi? Dan jawapan kepada soalan itu, aku tak pernah merancang. Masing-masing dah nak menginjak ke angka 30. Takkan nak merancang sampai dah masuk umur 40 baru nak fikir pasal rezeki anak kan? Since hari pertama bernikah, tak pernah pon dalam fikiran ni terlintas untuk merancang honeymoon lama-lama. Siap merancang nak ada baby cepat-cepat adalah. Tapi kita kena ingat, sebaik-baik perancang adalah Allah Swt. 

Tapi aku tak pernah putus asa dan aku masih bahagia walau hidup berdua sebab masih ada keluarga besar yang lain. chill lah. 

Since masih berdua, Jadi timbullah hobi baru yang dapat mengeratkan lagi kasih sayang. Sekarang ni aku dah start cycling. Mula-mula masa nak beli basikal tu rasa macam saja-saja nak try. Tapi once dah beli, aktiviti ni dah jadi aktiviti rutin mingguan. Mesti kena ride. Atleast 15km per ride. Kalau tak cycle tu rasa semacam. 

Nak keluarkan peluh dengan berjogging, dah rasa malas sangat. Tak macam sebelum kahwin dulu memang rajn. Tapi bila dah kahwin ni dia ada tabiat lain macam sikit. Tabiat suka duduk rumah dan malas nak keluar rumah. Al-maklumlah, rumahku syurgaku lah katakan. 
Gittew.. 

Tapi sekarang ni tabiat tu dah berubah. Kena jugak keluar rumah walau sekali dalam seminggu untuk berbasikal. Dan yang paling penting kena ada my partner in crime lah kan. Kalau tak ada dia, tak jadi jugak. 

Kami pernah berbasikal berdua je dari selayang masuk ke kuala lumpur. Saje je nak test samada masih mampu nak bersukan ke tak. Nah... ni buktinya yang kami masih mampu. 



Ha, sampai ke KLCC tu. Dari selayang nak ke KLCC tu jarak dia dalam 25 km jugak lah sebab lalu jalan dalam which is jalan kampung nak perumahan. Kami elakkan untuk lalu jalan Kuching atau pun highway. 

Selain itu, kami jugak pernah pergi ke event Shah Alam free car day. Yang tu pon best jugak. Tapi masa hari event tu hujan. Walaupun hujan, berjaya jugak lah habiskan 3 round pusing bandar Shah Alam masa tu. 

Target kami pulak nak balik kampung si dia naik beskal. Maklumlah, minyak makin mahal. Naik basikal ni dah boleh save duit minyak dengan tol. hihi

Untuk yang baru nak start berbasikal macam kami-kami ni, aku sarankan belilah 'gear' yang lengkap. Helmet dan lampu basikal tu paling utama kalau rasa nak ride masuk KL ni. Sebenarnya bukan masuk KL je kena pakai gear ni, kalau ride kat kawasan pekan pon di sarankan pakailah peralatan yang lengkap dalam berbasikal. 






Terima Kasih Sudi Singgah

13 April 2017

Fast and Furious 8

Assalamualaikum.

Sekali sekala keluar malam, hang out dengan family memang boleh hilangkan stress dan juga penat bekerja.

So here we go for last night.



Jalan-jalan jumpa Vin Diesel and family. Sememangnya akak peminat tegar fast and furious ni. Dari first series dia akak ikut till now dah siri yang ke 8 dan jujur akak tunggu untuk siri yang ke seterusnya. 

Untuk FF8 ni, bagi akak dia mempunyai story line yang agak kuat berkisarkan family. Bagi sesiapa yang ikut cerita ni dari siri-siri yang awal dulu memang watak Dominic Toretto ni merupakan seorang family man. Macam mana cara dia jaga adiknya, Mia dan dia anggap team dia sebagai satu family mesti kita semua dapat rasakan. 

Jadi dalam episod 8 kali ni, dia berkisarkan Dom dan family nya. 

Permulaan jalan cerita dah membuatkan penonton terpegun, tersenyum dan menanti jalan cerita seterusnya. 

At first before kita step into cinema mesti kita akan fikir mungkin cerita ni tak akan sama macam siri-siri yang sebelum ni sebab Paul Walker a.k.a Brian dah mati. Ye lah, Brian kan dah berlakon F&F since 1st episode. Tapi siapa sangka kan dia mati dalam usia muda.

Tapi tak dinafikan cerita fast and furious 8 ni tak kurang hebatnya. 

Terutama bila Dom ambil keputusan untuk beralih arah dan sanggup berlawan mendapatkan nuclear missile. Siapa sangka Dom yang seorang family man akan beralih arah kan? 

Sebelum Dom ambil keputusan beralih arah tu, dia ada jumpa pengganas cyber yang di gelar chyper. Dan lepas tulah bermulanya Dom beralih arah dan meninggalkan Letty serta rakan-rakan yang lain. 

Tentunya ada sebab kenapa Dom beralih arah kan? Jadi nak tau kenapa Dom beralih arah, boleh lah tengok sendiri kat wayang atau tunggu pirate dvd keluar lah ye. 

Kat sini akak nak bagi 5 star untuk Fast and Furious 8. 

Terima Kasih Sudi Singgah

Rezeki

Allahu. Dah lama sangat lah tak update blog ni. Mungkin ada yang tak perasan dengan kewujudan blog ni sebab blog ni tak sefemes blog hanis zalikha, blog cik epal, fatin liyana, irine nadia dan so on. Walaupun ini hanya blog cipisan tapi blog ni tetap disayangai. cheewah

Pejam celik pejam celik, dah lebih satu tahun setengah bertukar status cik kepada status Puan. Alhamdulillah, walaupun masih tidak dikurniakan cahaya mata, tapi rezeki Allah itu luas. Rezeki masing-masing tidak sama. Mungkin si dia di limpahkan dengan rezeki wang ringgit, mungkin yang lagi satu dilimpahkan dengan rezeki sihat tubuh badan, ada juga yang dilimpahkan dengan rezeki cahaya mata yang comel yang mewarai hari-hari dan bermacam lagi rezeki sebenarnya. Walaupun akak belum lagi dikurniakan rezeki cahay mata, tapi alhamdulillah Allah masih kurniakan akak rezeki sihat tubuh badan, rezeki kasih sayang dari orang sekeliling dan itu cukup memadai.

Kadang kala bila berjalan dan jumpa orang yang dikenali mesti salah satu soalan yang di tanya mestilah haruslah dan wajiblah, dah berisi ke? ehh ehh.. tanya macam tu nak tau dah berisi ke atau sebab akak ni yang nampak dah 'berisi'? Sebenarnya akak tak lah nak heran sangat bila orang keliling nak tanya pasal rezeki anak ni sebab semua yang tanya tu ambil berat pasal kita. Rasa macam di sayangi pulak bila ramai yang tanya pasal rezeki anak ni.

Akak dikelilingi oleh ramai pasangan yang masih tidak mempunyai zuriat dan di sebabkan ini jugaklah akak tahu perasaan mereka ditambah dengan diri sendiri yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bila baca status kat FB, ramai yang rasa tak selesa dengan soalan tu tapi bagi akak, akak tak terkesan langsung dengan soalan seperti tu sebab akak anggap semua soalan macam tu soalan yang sangat menggembirakan. siapa yang tak nak anak kan? Ya, setiap pasangan nak kan zuriat. Tapi kena ingat, semua tu dari kuasa Allah. Kalau Dia mengatakan belum tiba masanya, kena percaya yang masa sesuai belum tiba. Mungkin Allah tak mengizinkan ianya terjadi sekarang sebab Allah tahu mungkin kita tak bersedia sepenuhnya. Setiap perjalanan yang dah diaturkan adalah yang terbaik  buat setiap insan.


Bertanya tentang rezeki ni bukanlah untuk menyindir pasangan lain. Ye lah, mungkin anak si polan baru bernikah dua tiga bulan dan di sahkan mengandung tapi yang kami-kami ni walau dah lebih setahun dua tahun tiga tahun masih belum dikurniakan rezeki ke arah itu dan sebab tu juga lah si polan bertanya. Sebenarnya si polan ni nak meraikan kegembiraan tu bersama.

Tapi....

Ok, ada tapi tau. Tapi kalau dah setiap minggu jumpa dan tanya benda yang sama, mungkin akan datang perasaan annoying tu pada si penanya. Jadi pada yang ambil berat tu, nak bertanya tengok pada situasi ye. Kalau dah selalu sangat soalan sama diulang, lebih baik tanya soalan lain ataupun lebih baik diam dari bagi orang lain sedih.

Jom sama-sama kita doakan adik beradik, saudara-mara, dan juga kenalan yang kita kenal moga dikurniakan rezeki yang diinginkan.

Ingatlah, rezeki Allah itu luas.









Terima Kasih Sudi Singgah

11 September 2016

Fatty crab taman megah

Assalamualaikum..

Hari ni akak nak share sikit pengalaman akak yang tak seberapa makan kat Fatty Crab Taman Megah semalam. Ni memang first time la akak makan kat sini. Selalu dok tengok abg dengan kakak ipar akak je yang post pasal fatty crab ni. Katanya super duper sedap, jadi ape lagi? Memang akak teringin sesangat la nak rasa ape yang sedap sangat tu?

Akak gerak dari rumah dalam pukul 4.45 petang sebab tak nak stuck dalam traffic conjunction plus tak nak kena beratur tunggu meja nak makan. Sampai kat area fatty crab tu dalam pkul 5.40 petang memang sedang elok la masa tu sebab kedai tu pon bukak pukul 5.30 petang jadi aku tak payah la nak beratur bagai.

Sampai- sampai je kami terus order dan yang paling wajib mestilah order si fatty crab yang gemok-gemok. Kat kedai ni dia ikut kati. 1 kati fatty crab RM48 dan akak order 4 kati je, cujup lah untuk 4 orang makan walaupun sebenarnya memang tak cukup. Selain tu akak juga order nasi goreng 2 mangkuk besar, chicken wing dengan chinese tea.



Sempat borak-borak lepas tu makanan pon sampai.. hammek ko, penuh 1 meja. walaupun meja penuh, akak yakin perut-perut yang ada depan makanan yang dihidang boleh dipenuhkan tanpa pembaziran. Dan tekaan tu memang tepat, makanan habis licin selicinnya.


Untuk fatty crab dia akak bagi berbintang-bintang sebab memang tak dinafikan sangat sedap. Untuk nasi goreng pulak, akak memang terpegun. Walaupun rupa nasi goreng dia macam nasi goreng bodoh-bodoh tapi rasa dia tak sebodoh yang disangka. Sedap wehhh.. last but not least untuk chicken wing dia pon boleh diberi ibu jari.

Jadi dari keseluruhan makanan kat Fatty Crab Taman megah ni akak bagi berbintang-bintang. Very recommended.

Terima Kasih Sudi Singgah

10 February 2016

Happy Birthday Sang Suami

Assalamualaikum.

Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Mohamad Hafis.
Allah selamatkan kamu.

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Mohamad Hafis
Happy Birthday to you..

Selamat hari jadi 
Selamat hari jadi 
Selamat hari jadi Mohamad Hafis
Selamat hari jadi 

Tak kisah lah bahasa mana yang kita pakai dan cara nyanyian macam mana tapi makna semuanya adalah sama. Selamat hari jadi wahai sang suami. Walaupun dah lambat nak update pasal birthday (seperti kebiasaan anak papa memang selalu lambat update blog) tapi akak tetap nak update jugak.
Alhamdulillah sang suami dah pon selamat jadi tua lebih satu angka dari aku. Yes yes. akhirnya akak lebih muda dari sang suami. 
Sempena hari lahir sang suami 28 Jan yang lepas, sejujurnya akak tak beli apa-apa yang special untuk sang suami tapi akak buatkan sesuatu yang special untuk dia. Mungkin sang isteri di luar boleh lah amek idea akak ni sikit-sikit. 

Bagi akak, hadiah mahal-mahal itu bukanlah sesuatu yang di cari oleh sang suami tapi kalau ada tu mungkin bonus bagi mereka. akak pulak hanya buatkan sesuatu yang boleh sang suami ingat dan boleh bagi dia sentiasa tersenyum. 

1st thing yang akak buat is masakkan something special for him. Since akak ni tak berapa reti nak masak, akak just buatkan sang suami lamb chop with black paper sauce. Tu je yang akak buat. Lagi pon sang suami memang tak makan banyak-banyak lauk in one time. Jadi, tak payah nak membazir sangat lah kan. Membazir tu kan amalan syaiitooonnn.. 

Then the 2nd thing yang aku buat is........


Nothing much.. Just a little surprise. Kebetulan on that day, memang sang suami balik lambat jadi akak awal-awal dah padam lampu. Konon-konon dah tdo la padahal aku dok baring atas sofa dalam kegelapan. Selamat la rumah atas awan, jadi tak risau pasal nyamuk. 

Tapi... sang suami balik awal 30 minit before 0000!! akak plak yang 'tersurprise'.. haihhhh.. Lantakkan.. Bila sang suami buka pintu je, akak tros nyanyi lagu birthday.. Biarlah awal 30 minit pon. As long as jadi orang 1st yang wish birthday sang suami. Tapi... ada tapi lagi. Tapi akak tak bagi sang suami tiup lilin tu dulu sebab still nak sang suami tiup tepat pukul 0000.. So biarkan je la lilin-lilin tu menyala dan kami duduk lepak menghayati pemandangan Puchong sambil borak-borak konon-konon dating up to the sky. Bila tepat je jam berbunyi pukul 0000 akak tarik sang suami dan dia tiup semua lilin tu. Tak ada kek, tak ada hadiah mahal, dan tak ada makan di restoran mahal. Hanya penghargaan je yang akak bagi untuk sang suami. 

Mungkin korang-korang rasa akak ni macam out dated, tapi entahlah. akak memang tak ada idea lain yg nak dibuat untuk birthday sang suami. Ni pon boleh consider as candle light dinner jugak la kot sbb kami makan berdua, dengan lampu samar-samar sambil borak-borak.. 

Last but not least, akak juga jadi fulltime driver sang suami untuk satu hari tu. :) 







Terima Kasih Sudi Singgah

6 February 2016

Sotong Kang Kung Dataran Ipoh

Assalamualaikum semua. 

Ni sebenarnya cerita bulan lepas. Macam biasa lah, anak papa memang suka perap cerita lelama. Al-maklumlah, isteri orang memang busy sentiasa sampai blog sendiri pon dah berhabuk. Maafkan beta wahai rakyat jelata.. 

Awal januari which is 2nd January if i'm not mistaken. akak dengan sang suami pergi ke Ipoh Perak. Actually tujuan asal kami ke Ipoh sebab kami kena shoot gambar orang kahwin. 

Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam, 
biar sampai ke pangkal lengan. 
Alang-alang dah sampai Ipoh, 
Perut kosong, di biar jangan.. 

Cheewah, berpantun seloka la pulak kau ni cik anak papa.. 
Nak dijadikan cerita, seminggu dua sebelum ke Ipoh, akak dengan mengada-ngadanya dah request kat sang suami nak makan sotong kang kung kat dataran ipoh. By hook or by crook, nak jugak. Full stop! hahaha.. sungguh kejam diriku ini. (Tp yang penting, perut tak kempunan) hihi.. 

Kitorang pergi Ipoh sehari je. Awal pagi gerak dari KL, tengah malam plak terus gerak balik kampung sang suami. Tapi sebab kami memang masih dalam mood honeymoon, jadi semuanya terasa manis sekali. Hilang penat bila masing-masing dapat berjalan. Huntung lah dapat pasangan yang sekepala ni. 

Dengan gagah perkasa, lepas habis je shoot gambar kahwin, sang suami dan sang isteri ni terus pergi ke dataran ipoh. Alhamdulillah Dataran Ipoh tak tutup (tak pasti pernah tutup ke tak), jadi dapatlah sang isteri ni memanjakan perutnya sendiri. 

Actually akak tak pasti kedai mana yang paling sedap untuk makan sotong kang kung ni, tapi bagi akak, kedai yang aku pergi masa tu pon not bad. Boleh kata sedap sebab akak berjaya habiskan apa yang di pesan. 





 Untuk hidangan sotong kang kung ni, akak mintak separuh hidangan je sebab kami hanya berdua . Jadi perut kami tak muat pulak untuk order satu hidangan penuh , separuh hidangan pon dah boleh buat perut akak macam mengandung 3 bulan. Maknanya, separuh hidangan untuk sotong kang kung memang cukup untuk dua orang makan. 

sotong kang kung separuh hidangan.

Selain sotong kang kung, sang suami pula order char kuey tiow, dan char kuey tiow dia pon tak mengecewakan walau tak setanding char kuey tiow puchong. akak bagi 4 bintang untuk char kuey tiow dan 4.5 bintang untuk sotong kang kung. yeahhh..



Air pulak, kami cuma order air green tea di sebabkan akak dengan sang suami memang suka berkongsi air. Barulah romantik katanyaaaa..... Sesungguhnya air green tea dia pon boleh tahan walau tak setanding dengan air green tea kaki lima republic puchong. 

Habis semua makanan yang di order, ape tunggu lagi? jom lah balik sekinchan plak. Perjalanan dari Ipoh ke sekinchan agak jauh sebab kami ikut jalan lama. Kami malas nak ikut highway sebab masing-masing rasa macam nak hirup udara segar hutan-hutan, sawit dan bendang walaupun sebenarnya kami tak nampak pon semua tu sebab dah malam kan. Tapi ape ada hal? Yang penting happy.. 



Terima Kasih Sudi Singgah

1 January 2016

Resepsi anak papa

Assalamualaikum. 

Kali ni aku nak cerita sikit la pasal resepsi aku beberapa bulan lepas. Beberapa bulan lepas tau. Selamat la tak makan tahun lagi. Pemalas sungguh kau ni anak papa oii.. Resepsi sebelah pengantin perempuan diadakan sehari selepas nikah. Which is 8th August 2015 jatuh pada hari Sabtu. Kenapa aku pilih hari Sabtu dan bukan hari Ahad adalah disebabkan aku tak nak kaum keluarga semua penat. Al-maklumlah kalau buat hari Ahad, nnt tak cukup rest, Isnin semua dah kena kerja. Tak kan lah kita nak paksa diorang amek cuti kawen gak macam kita-kita ni kan? Jadi, hari Sabtu adalah hari yang paling afdhal. Lagi satu tarikh tu macam cantik ye dak? 8.8.2015. Boleh lah dari tak ada kan? Nak tunggu 8.8.18 macam lama sangat. Kang dah masuk 3 series tak kawen-kawen plak.. 

Majlis resepsi aku pon aku buat simple-simple je. Buat ala kadar. Orang kata asal ada tapi tak ada lah sampai teruk benar preparation dia kan. Aku buat dengan kadar asal sedap mata memandang dan sedap mulut menjamu selera. Di sebabkan memang aku dah plan nak Nur Warisan jadi wedding planner aku, jadi aku memang serahkan deco dan segala-galanya kepada pihak Nur warisan lah. Dari baju sanding, catering, make up, deco pelamin semuanya Nur Warisan yang carikan. 

1. Make up By Mimie Zoll 







Macam yang aku cakap masa post nikah aku, make up memang aku beri kepercayaan kat Mimie. Kalau cantik make up dia, cantik lah aku di hari persandingan tu. Kalau dia make up tak cantik, aku still nampak cantik jugak. Hahah (perasan tahap Mr.Bean) Tapi bagi aku, alhamdulillah hasil dia memang memuaskan. Lagi yang aku boleh puji mimie ni sebab dia sangat punctual. Kalau janji dengan dia pukul 10 pagi, pukul 9.45 dia dah terpacak kat rumah. Memang tak ada lambat la. Time management dia memang superb. Thanks Mie. (komisyen please) miahaha.. 

2. Bridal by Kay ibrahim.






 

Baju yang sangat cantik ni pula dari bridal D'rampai Butik. Aku just cakap kat Kay yang aku nak kaler macam ni macam tu. Baju macam ni macam tu. Pastu aku g fitting. Tau-tau baju siap.. Tadaaaaa... Cantik kau.. Cantik gilos. Memang puas hati sampai aku rasa nak berjalan kat shopping mall pakai baju ni sebab confident level aku dah memuncak kan. Tapi selamat aku tak buat kerja gila tu, kalau tak mesti ada yang amek gambar aku then viral. Malu ai noks. hihi

3. Pelamin by D'rampai Butik




Ada tak yang suka dengan pelamin ni? Pelamin ni memang btol dari D'rampai butik. Tak tipu. As i wish. Alhamdulillah impian jadi kenyataan. Pelamin ni memang aku yang request kat Kay macam ni.  Kalau kerusi satu-satu bagi aku nanti dia jadi leceh sebab bila bergambar, kepala kerusi akan ganggu orang yang berdiri kat belakang. Lepas tu bagi aku, kerusi panjang ni jugak senang bila nak bergambar dengan family. Ibu dengan papa aku dapat duduk sebelah. Mak dengan abah pon dapat duduk sebelah, tak ke anak yang baik tu. Cheewah. Yang platform depan pelamin tu pon aku yang request dekat kay sebab aku nak tunaikan impian ibu aku. Ibu pernah cakap yang dia nak aku punya pelamin penuh dengan bunga putih. Jadi, this is for you ibu. :) So, conclusion nya, memang aku sangat puas hati. Sampai sekarang aku akan senyum bila tengok pelamin sendiri. 

4. Catering + Khemah + Arrangement by Nur Warisan






susunan meja panjang
susunan meja bulat untuk keluarga penganti lelaki
Deco meja makan pengantin yang penuh dengan bunga-bunga putih
 


Untuk catering yang super duper best sampai ramai yang dok menambah lauk ni dari Nur Warisan. Bukan aku yang cakap catering diorang sedap tapi ini dari feedback tetamu yang datang. Masa resepsi aku, kitorang ada buat sedikit kelainan dari segi lauk pauk yang di hidang. Nasi minyak tu memang ada dengan lauk-lauk wajib nasi minyak. Tapi kami ada tambah lauk masak lemak pucuk ubi + petai nogori sembilan, dengan Fillet fish. Memang laku macam pisang goreng panas. Ni idea papa aku la sebab dia memang orang nogori, so ramai lah sedara mara dari nogori yang datang. Jadi alang-alang nak buat kelainan, jadi malam sebelum kenduri tu, memang ramai-ramai la di kerah untuk memotong pucuk ubi tu sampai pengantin pon dok pegang pisau. hihi

Selain itu, kami jugak request cendol masa hari kenduri sebab kami tahu hari mesti panas, jadi cendol pasti laku dan memang tak dinafikan ramai yang beratur dekat booth cendol sebab yang buat cendolnye pon cantik-cantik belaka. Thanks to adik beradik dan juga anak buah yang mengerah tenaga masing-masing untuk tolong masa kenduri.

Untuk susunan meja, pihak Nur Warisan yang cadangkan untuk buat meja panjang disebabkan kami nak jimat khemah. Kalau buat meja bulat, katanya akan makan space tapi kalau meja panjang, boleh jimat space dan jalan pon senang. Mula-mula aku rasa macam tak confident sebab aku rasa majlis aku akan jadi macam majlis orang dulu-dulu. Kena pakai meja panjang pas tu macam tak de yang special tapi di sebabkan aku percaya kat wedding planner aku, so aku teruskan je la dengan idea untuk letak meja panjang dan ketepikan impian meja bulat. Then bila dah pasang meja aku tengok macam agak kecewa sebab nampak kusam dan tak menarik tapi semuanya tak berakhir disitu. Lepas je pihak Nur Warisan letak alas meja sequin dengan kerusi and sarung kerusi semua, aku rasa macam WOW!! unbelievable. Rupanya susunan meja panjang ada seri dia tersendiri. Lepas tu wedding planner aku letak lagi bunga-bunga atas meja tu aku rasa macam...... speechless beb. Seriously cantik. Tu lah orang kata, jangan buat kesimpulan kalau tak tahu hujung pangkal dia macam mana. Thanks sangat-sangat kat my super duper wedding planner! Very recommended.

5. Photograper by The Papis Pictures team




 





Untuk gambar-gambar yang menarik ni aku just ajak team The Papis Pictures untuk captured moment-moment bahagia masa wedding aku. Selain dari gambar team The Papis Pictures, anak buah, abg ipar, adik-adik aku jugak memainkan peranan penting dalam menghasilkan gambar-gambar ni sebab aku memang bagi camera kat diorang untuk amek gambar. Lepas tu semua gambar aku simpan dan di edit oleh diri sendiri. Kan dah save budget di situ. Tapi sesungguhnya aku memang sangat berpuas hati dengan gambar-gambar yang ada dalam simpanan aku.

Alhamdulillah segala yang aku rancang berjalan dengan lancar. Walaupun pada awal perancangan nak mendirikan rumah tangga aku tak punya simpanan yang cukup, tapi janji Allah itu pasti. Dengan niat untuk mencari redha Allah, akhirnya Allah permudahkan segalanya tanpa aku perlu berhutang untuk kahwin. Alhamdulillah.

Terima kasih juga aku ucapkn kepada kedua orang tuaku, adik beradik, ipar-ipar, pak cik, makcik, sepupu-sepapat sebab banyak tolong aku untuk pastikan majlis aku berjalan lancar. Terima kasih sangat-sangat atas sumbangan kalian semua. Alhamdulillah #nikmatmanayangharuskudustakan.

Akhir kata, terima kasih kepada semua tetamu yang hadir untuk sama-sama meraikan hari bahagia aku dan juga suami. :)

p/s : untuk sebarang pertanyaan bg majlis perkahwinan, boleh direct hubungi aku di 019-7889634.. 

Terima Kasih Sudi Singgah

30 December 2015

Majlis pernikahan yang super duper simple.

Assalamulaikum.

Dah berkurun nak update pasal nikah ni tapi la ni baru la aku rasa ada mood nak menulis. Aku dah nikah lama dah. 7 Ogos 2015 weh.. Aku repeat, 7 Ogos. Berkurun sangat dah tapi mood baru kawen tu masih ada. Cheewaah.. Honeymoon sentiasa la katakan. 

Majlis pernikahan aku di adakan sangat simple. Hanya keluarga terdekat je yang di jemput masa nikah tu. Nikah pulak di buat di masjid je di sebabkan rumah aku tak ada la besar mana. Kalau buat kat rumah nanti banyak benda kena fikir. Jadi untuk mengelakkan aku dari pening-pening kepala, aku decide untuk bernikah di masjid. Sebenarnya jarak antara masjid dengan rumah aku tak ada la jauh mana pon, jadi lepas sahaja akad nikah berlangsung, keluarga pihak perempuan ada la buat makan-makan sikit. Makan simple-simple gittew.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 






Aku dinikahkan sendiri oleh papa kesayangan. Menggigil suara papa masa nak lepaskan aku dekat suami aku. Gila kau tak sebak, 27 tahun kot hidup bawah ketiak papa, sekali kena ikut lelaki lain memang menangis la weh. 

Gambar-gambar masa majlis aku ni di ambil oleh geng Papis Pictures. Korang boleh follow insta @thepapis_pictures and like page fb The papis pictures. Alhamdulillah banyak moment-moment best yang dapat di captured. Thanks sangat-sangat pada team photographer. 






Untuk persalinan aku masa nikah ni, baju nikah aku buat simple je. Buat baju kurung moden. Alhamdulillah baju sedap pakai. Selesa sangat-sangat. Kain aku guna kain jenis chiffon dengan lining beli kat Jakel je. Lepas tu tailor dekat medan mara. Dekat dengan escalator tingkat satu. Tudung nikah aku beli kat jalan TAR je. RM10. Veil pulak aku rembat kakak aku punya. Sebab tu veil aku tu nampak mcm kejung je. Tapi ada aku kisah? Asal ada sudah la.. hahaha. 

Masuk bab make up pulak. MUA aku dari masa nikah, sanding dengan bertandang semua orang yang sama. Aku guna khidmat Mimie Zoll. Make up dia memang recommended. Long lasting dan yang paling penting tak nampak fake. Natural beauty gittew.








Kalau bab catering, dari masa tunang lagi aku menggunakan khidmat Nur Warisan Catering. Makanan super duper sedap. Kalau masak tak pernah tak sedap. Masak la ikut sukatan banyak mana pon, sukatan untuk tunang, untuk nikah, untuk sanding, semuanya mmg superb sedap. Tapi harga memang berbaloi. Kenapa aku cakap berbaloi? Sebab Nur Warisan Catering ni sediakan all in 1. Semua dalam satu bumbung. Suruhlah dia buat apa je untuk wedding korang, mesti owner dia akan usahakan.. cheewaahh... 








Senang cerita kalau korang rasa nak wedding korang perfect tapi tak nak membazir, boleh contact Puan Siti Norliza  atau boleh email aku di ddzureen@gmail.com atau nak senang lagi, boleh je watsapp aku kat 019-7889634 untuk dapat info lebih detail. 

Aku promote sebab aku sendiri rasa kepuasan dengan apa yang aku dapat masa majlis aku. Maklumlah sekarang ni banyak je aku baca pasal pengantin yang tak puas hati dengan wedding planner masing-masing. Rasa kesian tu memang ada tapi majlis pon dah berlangsungkan, nak buat macam mana lagi. Btol tak? 



Terima Kasih Sudi Singgah