10 February 2016

Happy Birthday Sang Suami

Assalamualaikum.

Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Mohamad Hafis.
Allah selamatkan kamu.

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Mohamad Hafis
Happy Birthday to you..

Selamat hari jadi 
Selamat hari jadi 
Selamat hari jadi Mohamad Hafis
Selamat hari jadi 

Tak kisah lah bahasa mana yang kita pakai dan cara nyanyian macam mana tapi makna semuanya adalah sama. Selamat hari jadi wahai sang suami. Walaupun dah lambat nak update pasal birthday (seperti kebiasaan anak papa memang selalu lambat update blog) tapi aku tetap nak update jugak.
Alhamdulillah sang suami dah pon selamat jadi tua lebih satu angka dari aku. Yes yes. akhirnya aku lebih muda dari sang suami. haha
Sempena hari lahir sang suami 28 Jan yang lepas, sejujurnya aku tak beli apa-apa yang special untuk sang suami tapi aku buatkan sesuatu yang special untuk dia. Mungkin sang isteri di luar boleh lah amek idea aku ni sikit-sikit. 

Bagi aku, hadiah mahal-mahal itu bukanlah sesuatu yang di cari oleh sang suami tapi kalau ada tu mungkin bonus bagi mereka. Aku pulak hanya buatkan sesuatu yang boleh sang suami ingat dan boleh bagi dia sentiasa tersenyum. 

1st thing yang aku buat is masakkan something special for him. Since aku ni tak berapa reti nak masak, aku just buatkan sang suami lamb chop with black paper sauce. Tu je yang aku buat. Lagi pon sang suami aku memang tak makan banyak-banyak lauk in one time. Jadi, tak payah nak membazir sangat lah kan. Membazir tu kan amalan syaiitooonnn.. 

Then the 2nd thing yang aku buat is........


Nothing much.. Just a little surprise. Kebetulan on that day, memang sang suami balik lambat jadi aku awal-awal dah padam lampu. Konon-konon dah tdo la padahal aku dok baring atas sofa dalam kegelapan. Selamat la rumah atas awan, jadi tak risau pasal nyamuk. 

Tapi... sang suami balik awal 30 minit before 0000!! aku plak yang 'tersurprise'.. haihhhh.. Lantakkan.. Bila sang suami buka pintu je, aku tros nyanyi lagu birthday.. Biarlah awal 30 minit pon. As long as aku jadi orang 1st yang wish birthday sang suami. Tapi... ada tapi lagi. Tapi aku tak bagi sang suami tiup lilin tu dulu sebab aku still nak sang suami tiup tepat pukul 0000.. So aku biarkan je la lilin-lilin tu menyala dan kami duduk lepak menghayati pemandangan Puchong sambil borak-borak konon-konon dating up to the sky. Bila tepat je jam berbunyi pukul 0000 aku tarik sang suami dan dia tiup semua lilin tu. Tak ada kek, tak ada hadiah mahal, dan tak ada makan di restoran mahal. Hanya penghargaan je yang aku bagi untuk sang suami. 

Mungkin korang-korang rasa aku ni macam out dated, tapi entahlah. Aku memang tak ada idea lain yg nak dibuat untuk birthday sang suami. Ni pon boleh consider as candle light dinner jugak la kot sbb kami makan berdua, dengan lampu samar-samar sambil borak-borak.. 

Last but not least, aku juga jadi fulltime driver sang suami untuk satu hari tu. :) 







Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment