6 February 2016

Sotong Kang Kung Dataran Ipoh

Assalamualaikum semua. 

Ni sebenarnya cerita bulan lepas. Macam biasa lah, anak papa memang suka perap cerita lelama. Al-maklumlah, isteri orang memang busy sentiasa sampai blog sendiri pon dah berhabuk. Maafkan beta wahai rakyat jelata.. 

Awal januari which is 2nd January if i'm not mistaken. Aku dengan sang suami pergi ke Ipoh Perak. Actually tujuan asal kami ke Ipoh sebab kami kena shoot gambar orang kahwin. 

Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam, 
biar sampai ke pangkal lengan. 
Alang-alang dah sampai Ipoh, 
Perut kosong, di biar jangan.. 

Cheewah, berpantun seloka la pulak kau ni cik anak papa.. 
Nak dijadikan cerita, seminggu dua sebelum ke Ipoh, aku dengan mengada-ngadanya dah request kat sang suami nak makan sotong kang kung kat dataran ipoh. By hook or by crook, aku nak jugak. Full stop! hahaha.. sungguh kejam diriku ini. (Tp yang penting, perut tak kempunan) hihi.. 

Kitorang pergi Ipoh sehari je. Awal pagi gerak dari KL, tengah malam plak terus gerak balik kampung sang suami. Tapi sebab kami memang masih dalam mood honeymoon, jadi semuanya terasa manis sekali. Hilang penat bila masing-masing dapat berjalan. Huntung lah dapat pasangan yang sekepala ni. 

Dengan gagah perkasa, lepas habis je shoot gambar kahwin, sang suami dan sang isteri ni terus pergi ke dataran ipoh. Alhamdulillah Dataran Ipoh tak tutup (tak pasti pernah tutup ke tak), jadi dapatlah sang isteri ni memanjakan perutnya sendiri. 

Actually aku tak pasti kedai mana yang paling sedap untuk makan sotong kang kung ni, tapi bagi aku, kedai yang aku pergi masa tu pon not bad. Boleh kata sedap sebab aku berjaya habiskan apa yang di pesan. Untuk pengetahuan semua, aku sebenarnya tak berapa ingat nama kedai yang aku pergi tu tapi sesungguhnya kedai tu dekat dengan jalan masuk ke gerai-gerai yang ada kat situ dan seingat aku, itulah satu-satunya gerai yang ada jual air-air tea thai mcm green tea and red tea thai. Jadi, pandai-pandai lah kalian cari kedainya ok. Maafkan beta sebab memori lost.. :p 





 Untuk hidangan sotong kang kung ni, aku mintak separuh hidangan je sebab aku hanya berdua dengan sang suami. Jadi perut kami tak muat pulak untuk order satu hidangan penuh sebab bagi aku, separuh hidangan pon dah boleh buat perut aku macam mengandung 3 bulan. Maknanya, separuh hidangan untuk sotong kang kung memang cukup untuk dua orang makan. 

sotong kang kung separuh hidangan.

Selain sotong kang kung, sang suami pula order char kuey tiow, dan char kuey tiow dia pon tak mengecewakan walau tak setanding char kuey tiow puchong. Aku bagi 4 bintang untuk char kuey tiow dan 4.5 bintang untuk sotong kang kung. yeahhh..



Air pulak, kami cuma order air green tea di sebabkan aku dengan sang suami memang suka berkongsi air. Barulah romantik katanyaaaa..... Sesungguhnya air green tea dia pon boleh tahan walau tak setanding dengan air green tea kaki lima republic puchong. 

Habis semua makanan yang di order, ape tunggu lagi? jom lah balik sekinchan plak. Perjalanan dari Ipoh ke sekinchan agak jauh sebab kami ikut jalan lama. Kami malas nak ikut highway sebab masing-masing rasa macam nak hirup udara segar hutan-hutan, sawit dan bendang walaupun sebenarnya kami tak nampak pon semua tu sebab dah malam kan. Tapi ape ada hal? Yang penting happy.. 



Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment