11 September 2016

Fatty crab taman megah

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku yang tak seberapa makan kat Fatty Crab Taman Megah semalam. Ni memang first time la aku makan kat sini. Selalu dok tengok abg dengan kakak ipar aku je yang post pasal fatty crab ni. Katanya super duper sedap, jadi ape lagi? Memang aku teringin sesangat la nak rasa ape yang sedap sangat tu?

Aku gerak dari rumah dalam pukul 4.45 petang sebab aku tak nak stuck dalam traffic conjunction plus aku tak nak kena beratur tunggu meja nak makan. Sampai kat area fatty crab tu dalam pkul 5.40 petang memang sedang elok la masa tu sebab kedai tu pon bukak pukul 5.30 petang jadi aku tak payah la nak beratur bagai.

Sampai- sampai je kami terus order dan yang paling wajib mestilah order si fatty crab yang gemok-gemok. Kat kedai ni dia ikut kati. 1 kati fatty crab RM48 dan aku order 4 kati je, cujup lah untuk 4 orang makan walaupun sebenarnya memang tak cukup. Lepas tu aku order nasi goreng 2 mangkuk besar, chicken wing dengan chinese tea.



Sempat borak-borak lepas tu makanan pon sampai.. hammek ko, penuh 1 meja. walaupun meja penuh, aku yakin perut-perut yang ada depan makanan yang dihidang boleh dipenuhkan tanpa pembaziran. Dan tekaan aku memang tepat, makanan habis licin selicinnya.


Untuk fatty crab dia aku bagi berbintang-bintang sebab memang tak dinafikan sangat sedap. Untuk nasi goreng pulak, aku memang terpegun. Walaupun rupa nasi goreng dia macam nasi goreng bodoh-bodoh tapi rasa dia tak sebodoh yang disangka. Sedap wehhh.. last but not least untuk chicken wing dia pon boleh diberi ibu jari.

Jadi dari keseluruhan makanan kat Fatty Crab Taman megah ni aku bagi berbintang-bintang. Very recommended.

Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment