Assalamulaikum.
Dah berkurun nak update pasal nikah ni tapi la ni baru la aku rasa ada mood nak menulis. Aku dah nikah lama dah. 7 Ogos 2015 weh.. Aku repeat, 7 Ogos. Berkurun sangat dah tapi mood baru kawen tu masih ada. Cheewaah.. Honeymoon sentiasa la katakan.
Majlis pernikahan aku di adakan sangat simple. Hanya keluarga terdekat je yang di jemput masa nikah tu. Nikah pulak di buat di masjid je di sebabkan rumah aku tak ada la besar mana. Kalau buat kat rumah nanti banyak benda kena fikir. Jadi untuk mengelakkan aku dari pening-pening kepala, aku decide untuk bernikah di masjid. Sebenarnya jarak antara masjid dengan rumah aku tak ada la jauh mana pon, jadi lepas sahaja akad nikah berlangsung, keluarga pihak perempuan ada la buat makan-makan sikit. Makan simple-simple gittew.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Aku dinikahkan sendiri oleh papa kesayangan. Menggigil suara papa masa nak lepaskan aku dekat suami aku. Gila kau tak sebak, 27 tahun kot hidup bawah ketiak papa, sekali kena ikut lelaki lain memang menangis la weh.
Gambar-gambar masa majlis aku ni di ambil oleh geng Papis Pictures. Korang boleh follow insta @thepapis_pictures and like page fb The papis pictures. Alhamdulillah banyak moment-moment best yang dapat di captured. Thanks sangat-sangat pada team photographer.
Untuk persalinan aku masa nikah ni, baju nikah aku buat simple je. Buat baju kurung moden. Alhamdulillah baju sedap pakai. Selesa sangat-sangat. Kain aku guna kain jenis chiffon dengan lining beli kat Jakel je. Lepas tu tailor dekat medan mara. Dekat dengan escalator tingkat satu. Tudung nikah aku beli kat jalan TAR je. RM10. Veil pulak aku rembat kakak aku punya. Sebab tu veil aku tu nampak mcm kejung je. Tapi ada aku kisah? Asal ada sudah la.. hahaha.
Masuk bab make up pulak. MUA aku dari masa nikah, sanding dengan bertandang semua orang yang sama. Aku guna khidmat Mimie Zoll. Make up dia memang recommended. Long lasting dan yang paling penting tak nampak fake. Natural beauty gittew.
Kalau bab catering, dari masa tunang lagi aku menggunakan khidmat Nur Warisan Catering. Makanan super duper sedap. Kalau masak tak pernah tak sedap. Masak la ikut sukatan banyak mana pon, sukatan untuk tunang, untuk nikah, untuk sanding, semuanya mmg superb sedap. Tapi harga memang berbaloi. Kenapa aku cakap berbaloi? Sebab Nur Warisan Catering ni sediakan all in 1. Semua dalam satu bumbung. Suruhlah dia buat apa je untuk wedding korang, mesti owner dia akan usahakan.. cheewaahh...
Senang cerita kalau korang rasa nak wedding korang perfect tapi tak nak membazir, boleh contact Puan Siti Norliza atau boleh email aku di ddzureen@gmail.com atau nak senang lagi, boleh je watsapp aku kat 019-7889634 untuk dapat info lebih detail.
Aku promote sebab aku sendiri rasa kepuasan dengan apa yang aku dapat masa majlis aku. Maklumlah sekarang ni banyak je aku baca pasal pengantin yang tak puas hati dengan wedding planner masing-masing. Rasa kesian tu memang ada tapi majlis pon dah berlangsungkan, nak buat macam mana lagi. Btol tak?
Tak share gambar yg Nur warisan deco pun . Boleh puan share?
ReplyDeleteok. sy akan edit semula post ni dengan deco dari Nur Warisan. Cik boleh ke page nur warisan untuk lebih info
Delete